FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MENGURUSKAN ASMA

3 posters

Go down

MENGURUSKAN ASMA Empty MENGURUSKAN ASMA

Post by Fieza Wed 04 Jun 2008, 8:39 pm

Menguruskan asma


Asma bukanlah penyakit yang asing dalam masyarakat. Tetapi oleh kerana terlalu biasa, ramai yang membiarkan penyakit itu mengganggu aktiviti harian begitu sahaja.
MENGURUSKAN ASMA Ke_02.1
ASMA merupakan penyakit kronik yang boleh dikawal. - Gambar hiasan
<hr noShade SIZE=1>


BAGI membantu pesakit mengawal sepenuhnya penyakit asma, Majlis Asma Malaysia mengambil inisiatif dengan melancarkan program di seluruh negara buat kali pertama.
Program yang diberi nama Pengurusan Asma Mudah Lengkap (TEAM) ini dijalankan untuk meningkatkan tahap pengurusan asma di negara ini.
TEAM akan melatih pengamal perubatan am merawat dan menguruskan asma dengan lebih berkesan, justeru memberi pesakit kawalan penuh terhadap penyakit mereka.
"Penyakit asma boleh dikawal," kata Pengerusi Jawatakuasa Pemandu ACE, Datin Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin dalam satu sidang media baru-baru ini.
"Tugas kami ialah untuk mendidik pesakit dan doktor bahawa asma tidak boleh diuruskan dengan merawat gejalanya sahaja. Asma ialah sejenis penyakit kronik, seperti diabetes atau hipertensi.
"Ia perlu diuruskan dalam jangka panjang supaya pesakit dapat mengawalnya dengan baik. Ini adalah sebahagian daripada proses pendidikan dan latihan TEAM," ujar Dr. Aziah.
Dua komponen penting dalam program TEAM ialah Ujian Kawalan Asma (ACT) dan Panduan Perubatan Protokol.
ACT ialah alat bagi pesakit menentukan tahap kawalan asma masing-masing dengan cara yang objektif. Soal selidik ini menggabungkan skala penarafan lima peringkat bagi setiap pemboleh ubah dan jawapan dijumlahkan untuk memberikan markah daripada 5 (kurang baik) kepada 25 (kawalan penuh).
Markah ini membolehkan doktor memberikan rawatan yang sewajarnya berasaskan Panduan Perubatan Protokol.
MENGURUSKAN ASMA Ke_02.2
DARI kiri: Dr. Ng Chong Koon, Aziah Ahmad Mahayiddin, Norzila Mohamed Zainudin dan Datuk Dr. Abdul Razak Mutalif.
<hr noShade SIZE=1>


Fasa perintis program ini berjaya dilaksanakan pada bulan Jun 2007 di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Ipoh yang memberikan latihan kepada 21 pengamal perubatan.
"Program ini memberi peluang kepada doktor mendapat latihan dan maklumat terkini mengenai penyakit yang lazimnya tidak diuruskan dengan baik dan membolehkan pesakit mengawal asma mereka dengan lebih baik," kata Pengerusi ACM, Dr. Norzila Mohamed Zainudin.
"Usaha meningkatkan tahap pengurusan asma di Malaysia sentiasa menjadi antara objektif ACM. Ini merupakan satu langkah positif ke arah yang menggalakkan.
"Untuk itu TEAM akan dilaksanakan di setiap negeri untuk memberi peluang kepada pengamal perubatan di seluruh Malaysia mengambil bahagian dan kami berharap sambutan yang menggalakkan diberikan, sama seperti yang dilihat dalam fasa perintis.
"Menerusi pendekatan TEAM, kami harap dapat membantu doktor am untuk menguruskan asma pesakit dengan lebih cekap menerusi alat aplikasi ringkas yang dinamakan Ujian Kawalan Asma (ACT). ACT mempercepat masa rundingan dan membolehkan doktor memberikan rawatan yang betul secara objektif dengan matlamat mutlak untuk mengawal sepenuhnya penyakit asma."
Maklumat tambahan mengenai TEAM dimuatkan di laman web rasmi Majlis Asma Malaysia, www.asthma-acm.com.my. Pengamal perubatan am dan profesional penjagaan kesihatan lain perlu mendaftar dan log masuk untuk melayari laman ini.
Tinjauan yang dijalankan terhadap doktor tersebut mendedahkan perkara berikut:
* ACT ialah alat yang berharga bagi doktor kerana membolehkan mereka mempercepat masa rundingan mereka.
* ACT juga amat mudah digunakan bagi melatih kakitangan dan membantu menetapkan penarafan dan menyelaraskan pangkalan data asma pesakit.
* ACT mudah digunakan dan memperkasakan pesakit.
* Panduan Perubatan Protokol dianggap sebagai berguna atau sangat berguna oleh hampir 90 peratus daripada doktor dalam tinjauan soal selidik ini.
* Sambutan pada amnya amat positif terhadap TEAM di mana 20 daripada 21 doktor sanggup menggunakan TEAM dalam amalan atau klinik mereka.
* Maklum balas positif daripada pesakit.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : MENGURUSKAN ASMA Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

MENGURUSKAN ASMA Empty Re: MENGURUSKAN ASMA

Post by Adzhar Wed 05 May 2010, 5:06 pm

Dapatkan rawatan khusus asthma/lelah diwww.asthmalelah.blogspot.com
avatar
Adzhar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Technical Ast
Gender : Male
Jumlah Post : 8
Umur : 46
Tarikh Register : 09/11/2009
Reputation : 0
Points : 5501

Back to top Go down

MENGURUSKAN ASMA Empty Re: MENGURUSKAN ASMA

Post by azrunia Wed 14 Jul 2010, 8:20 am

MENGURUSKAN ASMA 107399 MENGURUSKAN ASMA 107399 MENGURUSKAN ASMA 107399
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : MENGURUSKAN ASMA Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

MENGURUSKAN ASMA Empty Re: MENGURUSKAN ASMA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum