Menguruskan kehilangan kandungan
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu :: Juga Menarik: Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Menguruskan kehilangan kandungan
Menguruskan kehilangan kandungan
- copy from utusan online
TAHNIAH, puan hamil! Anda teruja membuat persiapan awal sambil memasang angan untuk menyusui dan menukarkan lampin bayi. Tetapi, tiba-tiba sahaja, kehamilan anda berakhir.
Tidak kiralah nama apa pun yang diberikan kepadanya – keguguran, mengandung luar rahim/kehamilan ektopik atau bayi mati dalam kandungan atau lahir mati (stillbirth) - anda kehilangannya.
Kehilangan kandungan, boleh menjadi satu pengalaman yang membingungkan. Harapan dan impian, musnah dan hancur lebur. Wanita mungkin tenggelam punca sekalipun hanya mengetahui tentang kehamilan tersebut beberapa hari cuma.
Anda mungkin berasa, hidup tidakkan sama lagi selepas ini. pendek kata, kehilangan bayi yang sedang dikandung mampu membawa perubahan mendalam.
Peringkat proses dukacita
Anda mungkin mengalami emosi yang pelbagai – dari marah ke kecewa dan putus harap. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu, berbulan-bulan atau lebih lama untuk pulih. Peringkat-peringkatnya.
* Penafian. Pada mulanya, semacam mustahil bagi anda untuk menerima apa yang telah terjadi. Anda mungkin rasa bingung dan tidak percaya
* Marah. Anda mungkin marah pada diri sendiri, pasangan atau pihak lain kerana membiarkan ia berlaku
* Bersalah. Anda mungkin merasakan anda sebenarnya boleh mengelakkan musibah itu jika lebih berhati-hati
* Murung. Kesakitan dan kesedihan yang anda alami boleh mendorong kepada gejala kemurungan. Perasaan ini selalunya akan pudar seiring masa. Jika kemurungan berpanjangan, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan profesional
* Penerimaan. Setiap langkah dalam proses bersedih ini akan membawa anda hampir kepada peringkat penerimaan. Anda tidak mungkin melupakan bayi anda, cahaya mata anda, tetapi penerimaan mampu mengurangkan kesakitan dialami.
Sepanjang fasa ini, anda mungkin berhadapan dengan beberapa halangan seperti rasa marah atau bersalah yang merayap semula ke dalam emosi anda setelah anda memikirkan, anda sudah pulih.
Pencetus tertentu seperti melihat anak orang lain yang baru dilahirkan, saat anda mengemas barang-barang si bayi, mungkin sukar untuk anda hadapinya. Tidak mengapa. Elakkan diri anda daripada situasi seumpama itu sehingga anda benar-benar bersedia.
Ke arah pemulihan
* Buat keputusan anda sendiri. Pasangan atau rakan baik anda mungkin memberikan saranan agar anda menyimpan atau membuang (berikan pada orang lain) barang-barang yang boleh mencetuskan ingatan terhadap bayi seperti baju mengandung dan sebagainya. Bagaimanapun, keputusan di tangan anda. Jika anda tidak bersedia mengemaskannya, ambil sebanyak masa yang diperlukan
* Ciptakan kenangan bayi anda. Anda mungkin mahu menamakan bayi dengan panggilan tertentu. Anda juga mungkin akan berasa selesa untuk mencipta satu memorial atau tanda peringatan bayi anda seperti barang kemas, tanaman atau lukisan. Sekiranya kehilangan berlaku menjelang saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin mahu menyimpan gambar ultrasound bayi anda
* Lakukannya perlahan-lahan. Hari demi hari akan bertambah baik daripada yang sebelumnya. Jika anda rasa menderita memikirkan tentang masa depan, tumpukan perhatian untuk melalui hari-hari anda satu per satu
* Jaga diri anda. Dapat rehat secukupnya, makan makanan yang sihat sahaja. Luangkan masa untuk bersenam atau melalukan aktiviti fizikal lain
* Tangguh keputusan besar. Sudah banyak perkara yang anda lalui, emosi mahupun fizikal. Jika boleh, tunggu dulu sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah baru atau bertukar kerja misalnya
* Bercakaplah dengan pasangan anda. Lelaki dan wanita bersedih dalam cara yang berbeza. Jangan harapkan pasangan anda menguruskan situasi itu sama seperti anda. Bersikap terbuka dan jujur di antara satu sama lain
* Simpan jurnal. Tulis pemikiran dan perasaan anda mungkin menjadi saluran yang berkesan untuk menyingkirkan bebanan anda
* Dapatkan bantuan. Rakan-rakan dan orang tersayang mungkin tidak tahu cara terbaik untuk membantu anda. Mungkin apa yang diucapkan tidak kena. Beritahu mereka bila anda perlukan sokongan mereka. Jika anda mahu bercakap tentang bayi anda atau mahu seseorang membantu menyimpan kenangan bayi anda, beritahu mereka apa yang anda rasa
* Sertai kumpulan sokongan. Berkongsi dengan wanita lain yang mengalami nasib serupa – sama ada secara bersemuka ataupun online, dapat memberikan kelegaan. Jika tidak tahu mana hendak mula, hospital boleh menjadi tempat rujukan. Sumber lain adalah mereka yang arif dalam bab-bab agama.
Harapan masa depan
Kebanyakan wanita yang hilang kandungan mampu memperoleh kehamilan baru yang sihat. Sebaik kesakitan dan duka lara pergi dari hidup anda, anda dan pasangan boleh berbincang untuk mencuba lagi.
Kehamilan baru boleh menyebabkan perasaan sedih akibat kehilangan kehamilan terdahulu tetapi ia juga boleh memberikan harapan baru untuk hari muka.

Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Similar topics
» MENGURUSKAN ASMA
» Meningitis | Elak kehilangan anak
» kandungan ektopik(luar rahim)
» DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN
» Luahan Hati Ibu Kematian Bayi Dalam Kandungan (IUD)
» Meningitis | Elak kehilangan anak
» kandungan ektopik(luar rahim)
» DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN
» Luahan Hati Ibu Kematian Bayi Dalam Kandungan (IUD)
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu :: Juga Menarik: Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak