FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Meningitis | Elak kehilangan anak

Go down

07102012

Post 

Meningitis | Elak kehilangan anak  Empty Meningitis | Elak kehilangan anak




Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


Meningitis merupakan satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya masih ramai ibu bapa di Malaysia mengabaikannya.

Meningitis | Elak kehilangan anak  Ru_01.1



PADA Oktober tahun 2008, bapa muda yang hanya ingin dikenali Low melepaskan dengan gembira dua anak kesayangan Low Lui Lui, 2 dan Low Chai Chai, 18 bulan, terbang bersama isteri beliau untuk melawat keluarga mereka di England.

Bapa berusia 30 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu tidak menyangka itulah lambaian dan ciuman terakhir anak bongsunya dalam satu percutian yang sangat tragis dan memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

Bermula dengan batuk dan hidung berair, Chai Chai kembali sihat selepas diberikan ubat oleh doktor. Pada hari terakhir di England, Chai Chai masih cergas dan aktif. Bahkan, isterinya menidurkan Chai Chai tanpa sebarang tanda-tanda penyakit.

Meningitis | Elak kehilangan anak  Ru_01.2
AWAS jika anak anda mengalami simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam.




Namun, sekitar pukul 1 pagi pada 6 November tahun yang sama, tiba-tiba isteri beliau mendapati anak lelaki mereka berada dalam keadaan pucat dan sangat lemah. Chai Chai dikejarkan ke Hospital Bath di England, namun doktor tidak dapat menyelamatkannya. Chai Chai disahkan meninggal dunia pada pukul 2.19 pagi.

"Menyambut isteri dan Lui Lui di lapangan terbang tanpa Chai Chai di sisi cukup menyedihkan. Namun, apa yang menyebabkan saya lebih sedih dan kesal ialah apabila Chai Chai meninggal dunia hanya kerana saya berkira sangat dengan wang RM300," luah Low ketika ditemui Kosmo!.

Namun, penyesalan Low tidak berguna biarpun kali ini dia sanggup mengeluarkan belanja sehingga RM30,000.

"Doktor pernah menyarankan supaya anak saya, Chai Chai mengambil suntikan vaksin pneumokokus yang berharga RM300. Tetapi, kerana ia agak mahal dan tidak wajib, saya tidak mengambil suntikan itu untuk Chai Chai," cerita Low.

Hasil ujian darah dan cecair serebrospina (CSF) yang dilakukan, doktor mengesahkan bayi comel itu meninggal dunia disebabkan meningitis pneumokokus dan septisemia.

Meningitis | Elak kehilangan anak  Ru_01.3

LUMBAR punktur merupakan salah satu cara untuk mendiagnosis cecair selaput otak.

Meningitis | Elak kehilangan anak  Ru_01.4




Enggan peristiwa itu berulang, Low membuat keputusan untuk mengambil suntikan vaksin pneumokokus untuk anak perempuan sulungnya.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Pediatrik, Pusat Perubatan KPJ
Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, jika kanak-kanak menghidap
meningitis lambat menerima rawatan kebarangkalian untuk pulih sepenuhnya
adalah tipis.

"Berkemungkinan besar ketika itu organ-organ mereka terutama otak telah pun mengalami kerosakan yang teruk.

"Meningitis lebih berbahaya sekiranya ia menyerang kanak-kanak atau
bayi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang diserang meningitis tidak
mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit tersebut.

Zulkifli berkata, jika ibu bapa dapat mengenal pasti simptom
anak-anak mereka yang diserang meningitis dan segera mendapatkan rawatan
di hospital kanak-kanak tersebut boleh pulih seperti sediakala.

Namun dengan simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit
kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan
lebam-lebam, biasanya bukan mudah untuk ibu bapa mengesan penyakit itu.

Ujarnya, jika kanak-kanak berumur kurang dua tahun, agak sukar untuk
menentukan sama ada mereka terkena meningitis atau penyakit lain.

Sebaliknya, bagi kanak-kanak berusia lebih dua tahun, penyakit itu
boleh dikesan melalui tengkuknya yang tegang dan mereka mengadu
kesakitan ketika tunduk.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan sehingga kini kesedaran di kalangan ibu bapa tentang kepentingan vaksinasi masih rendah.


Hasil penyelidikan Wyeth (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat farmaseutikal, pemakanan dan penjagaan kesihatan, mendapati, hanya sekitar enam peratus ibu bapa yang memberitahu anak-anak perlu menerima suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakannya hanya menyebut tentang polio, campak dan beguk.

"Apabila anak dibawa ke klinik atau hospital, doktor menyarankan agar anak tersebut diberikan suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakan ibu bapa akan melengahkan saranan doktor kerana berpendapat suntikan tersebut mahal dan tidak wajib.

"Malangnya, apabila keadaan anak di peringkat yang teruk, baru mereka membawa anak ke hospital untuk rawatan. Namun, pada masa itu mungkin mereka boleh diselamatkan atau organ-organ dalaman tubuh mereka telah rosak," katanya mengenai bahaya penyakit itu.

Meningitis merupakan radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit boleh terjadi atas dua sebab iaitu jangkitan virus atau bakteria.

Meningitis | Elak kehilangan anak  Ru_01.5
KANAK-KANAK menghidap meningitis yang lambat menerima rawatan berdepan dengan risiko kematian.




Meningitis daripada virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan spesifik.

Namun, meningitis kerana serangan bakteria biasanya agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya dalam pembelajaran dan yang paling menakutkan membawa maut.

Tambah Zulkifli, kebiasaannya terdapat tiga jenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis iaitu Streptokokus pneumonia, Hemophilus influenza dan Neiseria meningitis.

Meningitis | Elak kehilangan anak  Ru_01.6
LOW mahu ibu bapa lain mengambil iktibar daripada pengalaman yang dilaluinya. Dia kehilangan anaknya kerana meningitis.




Penyebab lain penyakit meningitis ialah enterovirus, kumpulan coxsackie A dan B, virus polio, beguk, campak, herpes simplex, varisela , streptokokus pnemonia dan pneumokokus.

Bakteria meningitis yang paling berbahaya adalah disebabkan oleh neiseria meningitis atau meningokokus. Kedua-dua bakteria itu tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau penghidapnya.

Dari saluran pernafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu menyebabkan meningitis.



Zulkifli memberitahu, kebanyakan bayi yang menghidap meningitis dijangkiti daripada ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara semasa berada di rumah.


Meningitis | Elak kehilangan anak  Ru_01.7
[size12] ILUSTRASI menunjukkan otak yang normal (A) dan otak yang dijangkiti bakteria meningitis. [/size]




Selain itu, jangkitan di luar contohnya sewaktu membeli-belah di pasar raya tetap boleh menjadi cara penyebaran.

"Mereka juga mungkin hanya selesema atau batuk sedikit tetapi ia boleh menjangkiti kanak-kanak lain melalui kuman yang merebak dari saluran pernafasan ke selaput otak," katanya.

Oleh kerana bukan mudah untuk menyekat pendedahan anak-anak terhadap ciuman atau sentuhan ahli keluarga atau orang luar, luahan hati Low mengenai vaksinasi wajar menjadi iktibar.


--- KOSMO
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum