ANGKARA SALMONELLA
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Kumpulan Paramedik :: Penolong / Pegawai Kesihatan Persekitaran :: Unit Keselamatan & Kualiti Makanan (KKM)
Page 1 of 1
ANGKARA SALMONELLA
Angkara Salmonella
BAKTERIA Salmonella (berwarna merah) mendiami usus manusia dan haiwan.
Bakteria ini menyebabkan pelbagai rangkaian restoran di Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan buah tomato daripada menu mereka. Apakah puncanya?<hr noShade SIZE=1>
PARA pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha mencari punca berlakunya wabak Salmonella di 16 buah negeri di negara tersebut. Pada waktu yang sama, pelbagai rangkaian restoran telah mengeluarkan hidangan tomato daripada menu di restoran masing-masing.
Restoran-restoran makanan segera seperti McDonald's, Wal-Mart, Burger King, Kroger dan Taco Bell menjadi antara syarikat-syarikat yang secara sukarela mengeluarkan hidangan tomato daripada menu mereka, melainkan ia ditanam di negeri atau negara-negara tertentu.
Dalam pada itu, pegawai-pegawai di Los Angeles Unified School District iaitu yang kedua terbesar di negara tersebut baru-baru ini berkata, mereka tidak lagi menghidangkan buah tomato mentah.
BUAH tomato mentah tidak lagi dihidangkan dalam menu di Mexico akibat wabak Salmonella yang melanda.
<hr noShade SIZE=1>
Jurucakap agensi itu, Kimberly Rawlings berkata, Pentadbiran Perubatan dan Makanan (FDA) AS masih menjalankan siasatan untuk mencari punca berlakunya wabak tersebut.
"Kami sedang berusaha kuat dan pantas untuk mengatasi masalah ini dan berharap akan menemui sesuatu dalam tempoh masa terdekat ini," kata Rawlings.
Pegawai-pegawai persekutuan menolak tomato ceri, tomato anggur dan tomato biasa yang dijual serta tomato yang ditanam sendiri sebagai sumber berlakunya wabak tersebut. Juga tidak dikaitkan dengan wabak tersebut adalah tomato Roma merah, red plum dan tomato bulat dari Arkansas, California, Georgia, Hawaii, Carolina Utara, Carolina Selatan, Tennessee, Texas, Belgium, Kanada, Republik Dominica, Guatemala, Israel, Belanda dan Puerto Rico.
KEBANYAKAN penyedia makanan yang berasaskan tomato tidak menggunakan sayuran tersebut dalam menu mereka.
<hr noShade SIZE=1>
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS berkata, sejak pertengahan April lalu, seramai 145 orang telah dijangkiti Salmonella dengan kesan genetik serupa sebagaimana yang dikenal pasti. Sekurang-kurangnya 23 orang telah dimasukkan ke hospital kerana wabak ini.
Seorang pesakit kanser berusia 67 tahun yang dipercayai terkena jangkitan Salmonella di sebuah restoran Mexico mencatatkan kes kematian pertama yang dikaitkan dengan wabak tersebut.
Walaupun kematian Raul Rivera beberapa minggu lalu secara rasminya berpunca daripada kanser, jurucakap Jabatan Kesihatan Houston, Kathy Barton memberitahu sebuah agensi berita, Houston Chronicle bahawa bakteria Salmonella adalah faktor penyumbangnya.
Menurut keterangan isteri Rivera, suaminya dimasukkan ke hospital selepas memakan pico de gallo, sejenis makanan berasaskan tomato pada hujung Mei lalu.
SEJAUH manakah tomato dipersalahkan akibat jangkitan Salmonella.
<hr noShade SIZE=1>
Salmonella merupakan sejenis bakteria yang tinggal dalam usus manusia dan haiwan. Bakteria tersebut lazimnya merebak kepada manusia apabila termakan makanan yang dicemari najis haiwan.
Kebanyakan mereka yang dijangkiti akan mengalami demam panas, cirit-birit dan kekejangan abdomen bermula dari 12 hingga 72 jam selepas jangkitan berlaku. Kesakitan yang dialami biasanya akan berlanjutan sehingga empat hingga tujuh hari.
Kaedah terbaik untuk mengelakkan jangkitan Salmonella adalah dengan memastikan segala-galanya dimasak semasak mungkin. Langkah-langkah lain yang boleh diambil termasuklah membasuh tangan sekerap mungkin selepas mengendalikan makanan. Mengasingkan daging mentah dan makanan laut daripada makanan lain dalam peti sejuk turut membantu.
Selain itu, pastikan makanan dimasak pada suhu yang betul.
Para pengguna di New Mexico dan Texas telah diberi amaran tentang wabak tersebut oleh FDA seawal 3 Jun lalu. Amaran tersebut ditingkatkan pada hujung minggu lalu sekali gus mendorong restoran-restoran makanan segera mengambil tindakan untuk tidak memasukkan buah tomato di dalam hidangan mereka buat sementara waktu.
Bakteria Salmonella yang menyebabkan wabak tersebut adalah daripada jenis yang jarang iaitu Salmonella Saintpaul. Jurucakap FDA, Andrew C. von Eschenbach berkata, bakteria jenis ini bagaimanapun tidak begitu membahayakan berbanding Salmonella jenis lain.
RESTORAN McDonald's turut menghentikan hidangan yang mempunyai hirisan tomato.
<hr noShade SIZE=1>
Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia, McDonald's turut berhenti menghidangkan hirisan tomato pada sandwicnya sebagai langkah keselamatan.
Burger King Corp. pula berkata, rangkaian tersebut telah mengeluarkan kesemua hidangan tomato mentah daripada sebilangan besar restorannya di AS. Ini termasuk juga di Kanada, Puerto Rico dan kepulauan Karibbean. - AP
DICETAK DARI KOSMO ONLINE

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Salmonella Punca Keracunan Makanan
» Jururawat gantung diri angkara ditipu
» MARDI CIPTA ALAT KESAN E.COLI DAN SALMONELLA
» qualified IMR college xdpt msuk keje ANGKARA kabel POLITIK?!!
» Jururawat gantung diri angkara ditipu
» MARDI CIPTA ALAT KESAN E.COLI DAN SALMONELLA
» qualified IMR college xdpt msuk keje ANGKARA kabel POLITIK?!!
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Kumpulan Paramedik :: Penolong / Pegawai Kesihatan Persekitaran :: Unit Keselamatan & Kualiti Makanan (KKM)
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak