FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ekzema atopik jejas emosi

2 posters

Go down

Ekzema atopik jejas emosi Empty Ekzema atopik jejas emosi

Post by Fieza Thu 14 Aug 2008, 7:35 pm

Ekzema atopik jejas emosi


Ekzema atopik jejas emosi Kn_01.1
SEORANG ibu mendapatkan
khidmat nasihat mengenai penyakit ekzema atopik pada majlis Kempen
Ekzema Atopik di Sunway Piramid, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.



PENYAKIT kulit mungkin dianggap tidak berbahaya atau mengancam
nyawa. Namun, kehadirannya tetap meresahkan dan membuat berasa tidak
selesa sehingga kadang kala menjejaskan emosi.
Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau
dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam
gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.
Penyakit kulit ini boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap
berlaku pada kanak-kanak. Bahkan, mengikut statistik oleh Persatuan
Dematologi Malaysia (PDM), lebih 15 hingga 20 peratus kanak-kanak
sekolah mengalami ekzema atopik berbanding dua hingga 10 orang dewasa.
Kajian terbaru juga menunjukkan kadar jangkitan ekzema atopik telah bertambah sejak tiga dekad terakhir ini.
Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu
proses berterusan sehingga mereka dewasa. Selain kesan kesakitan,
penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan
bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya
penjaga.
Presiden PDM, Dr. Allan Yee berkata, secara umumnya, ekzema atopik
satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem
kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada
kerosakan kulit.
Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.
Malangnya kata beliau, apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal,
mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan
semula.
“Kulit yang mengalami ekzema atopik menjadi sangat kering disebabkan
kehilangan terlalu banyak kelembapan. Bagaimanapun, ia boleh diuruskan
dengan pelbagai rawatan termasuk menggunakan pelembap untuk kulit
kering, mengambil steroid bagi mengatasi keradangan dan anti ubat
gatal,’’ ujar majlis pelancaran Kempen Kesedaran Ekzema Atopik anjuran
PDM di Sunway Piramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan,
tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan
kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.
Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria.
Sembilan puluh peratus ekzema secara keseluruhan menunjukkan
Staphylococcus aureus , iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan
keradangan.
Terdapat sari gabungan dan salap yang mengandungi satu steroid untuk
mengatasi keradangan dan antibiotik untuk menghapuskan Staphylococcus
aureus.
Sehingga kini kata Dr. Yee punca ekzema masih tidak diketahui. Jika
seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis
(alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut
mengalaminya.
Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis.
Menurut Yee, kulit atopik ekzema yang pecah dan merekah menyebabkan kelembapan meresap keluar.
Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan antiubat
gatal, pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk
mengurangkan penggunaan cecair pencuci, penghilang bau sepert,
kosmetik, debunga dan makanan tertentu.
“Pesakit-pesakit ekzema perlu mengelakkan menggunakan sabun atau
mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi
keadaan kulit.
“Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap
yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap
terutama kulit yang alergi,’’ ujar Dr. Yee lagi.
Pesakit turut dinasihatkan untuk berbincang dengan individu yang
pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema
atopik.
Sementara itu Kempen Kesedaran Ekzema Atopik yang dijalankan dengan
sokongan Leo Pharma, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat
mengenai penyakit tersebut.
Bagi meningkatkan lagi kefahaman, Leo Pharma juga telah menghasilkan
beberapa buku cerita untuk membantu ibu bapa membincangkan mengenai
aspek rawatan, aspek pengurusan sosial dan sebagainya.
Buku ini juga turut mengandungi maklumat dan panduan pesakit
terutama bagi membimbing ibu bapa yang mempunyai anak-anak ekzema
atopik.
Buku-buku ini boleh didapati secara percuma daripada para doktor dan pakar dermatologi.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Ekzema atopik jejas emosi Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Ekzema atopik jejas emosi Empty Re: Ekzema atopik jejas emosi

Post by MLT_hidayah Fri 15 Aug 2008, 1:33 am

kalu2 baby byk naik ruam..kesian lak..
kalu guna bedak sejuk leh gak kr?
gunalaa dettol..
Cool
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Ekzema atopik jejas emosi Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 6029

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum