FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

5 posters

Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by Fieza Wed 27 Aug 2008, 7:20 pm

Elak makanan tercemar


Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar 9_DEC_06_06

MASIH ramai di antara kita mengambil mudah soal pengurusan makanan. Jika difikirkan semula, maklumat tentang pengendalian makanan yang bersih dan bebas dari pencemaran tidak banyak diambil berat oleh pengguna, lebih-lebih lagi bagi golongan yang terlibat secara langsung dalam tugas penyediaan makanan.


Sama ada chef yang bekerja di restoran dan hotel, atau suri rumah yang memasak untuk ahli keluarga, tanggungjawab mereka tetap sama. Mereka perlu memastikan makanan yang bakal mereka hidangkan itu bukan sahaja menyelerakan, malah bebas dari bakteria dan bahan cemar yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Ruang kerja mereka iaitu dapur juga berisiko untuk menjadi kawasan perebakan bakteria jika aspek
kebersihan dan tertib pengendalian bahan mentah tidak dijaga dengan baik.

Walaupun menurut banyak kajian, dapur kekal menjadi habitat paling ideal untuk pembiakan ribuan bakteria, namun itu bukan bermakna usaha menghindarkan faktor pembiakan itu perlu dipandang ringan.


Sumber makanan, baik yang sudah dituai atau disembelih sentiasa terdedah pada risiko pembiakan bakteria berbahaya. Begitu juga apabila bahan makanan itu disimpan di dalam peti sejuk, dikeluarkan untuk dimasak, hinggalah ke saat ia hendak dihidangkan ke meja makan.

Pencemaran yang dimaksudkan merujuk kepada pemindahan bakteria yang datangnya dari papan pemotong,
perkakasan memasak dan juga jenis makanan yang berbeza apabila ia tidak dikendalikan dengan betul.

Salah satu kelengkapan di dapur yang bertindak sebagai agen penyebaran bakteria adalah 'kain buruk' yang sering digunakan untuk mengelap permukaan kaunter dapur.

Kain yang sering digunakan berkali-kali sebelum dibasuh itu juga menjadi rumah untuk pelbagai jenis bakteria. Antara langkah lain yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan:

* Sering mencuci papan pemotong, pinggan mangkuk dan perkakasan seperti garpu dan sudu dengan air panas dan bersabun selepas ia digunakan untuk memotong daging mentah, produk ayam dan juga makanan laut.

* Amalkan mencuci tangan dengan sabun dan air hangat yang bersih sekurang-kurangnya selama 20 saat selepas setiap kali memegang bahan makanan mentah, keluar dari tandas, memegang haiwan peliharaan, atau menukar lampin anak.

* Gunakan papan pemotong yang berlainan untuk memotong barangan segar (sayur dan buah) dengan makanan lain (daging, ayam dan makanan laut).

* Asingkan daging mentah, ayam dan makanan laut daripada makanan lain dalam troli beli-belah. Letakkan makanan ini dalam beg plastik bagi mengelakkan airnya menitik dan terkena makanan lain. Pengasingan juga penting ketika membungkus di kaunter bayaran.

* Gunakan tuala kertas atau kain lap bersama sabun dan air hangat untuk membersihkan permukaan kaunter dapur. Bagi penyelesaian pembersihan dapur dan perkakasan berkaitan, campurkan satu sudu makan cecair peluntur klorin dengan satu gelen air bersih.

* Amalkan memerap makanan dalam peti sejuk, dan bukannya atas kaunter dapur. Sos yang dikhaskan untuk memerap daging mentah, ayam atau makanan laut tidak boleh digunakan pada makanan yang telah dimasak, melainkan ia sudah dididih terlebih dahulu.

* Apabila menghidang makanan, gunakan pinggan yang bersih. Jangan sesekali meletakkan makanan yang baru dimasak ke pinggan yang telah digunakan, ataupun ke atas papan pemotong yang telah bersentuhan dengan daging mentah.

* Simpan baki makanan ke dalam ruangan sejuk beku peti sejuk dalam tempoh selewat-lewatnya dua jam setelah ia terdedah. Gunakan bekas makanan yang bersih dan bertutup.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Re: Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by halimi Wed 29 Oct 2008, 4:41 pm

HABIS KALAU YG DAH BESAR MCM I NAK MINUM SUSU IBU LG KER?
halimi
halimi
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : MN
Gender : Male
Jumlah Post : 355
Umur : 40
Tarikh Register : 14/03/2008
Reputation : 0
Points : 5890

Character sheet
Mutiara Kata saya: kiamat sudah hampir tiba...!!

Back to top Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Re: Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by unta^selsema Tue 04 Nov 2008, 10:37 am

uik..pe benda susu2 ni mi...owg cakap bakteria la... Laughing
unta^selsema
unta^selsema
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : Tukang Sunat Orang
Gender : Male
Jumlah Post : 1355
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2008
Reputation : 6
Points : 5981

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn telalu cepat menganggap seseorg tu pandai memasak dgn hanya melihat cara dia nyalakan api.

Back to top Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Re: Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by math Tue 04 Nov 2008, 4:44 pm

Wah wah, ni pend.kesihatan....., bagus2
math
math
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 197
Umur : 39
Tarikh Register : 13/09/2007
Reputation : 3
Points : 6263

Character sheet
Mutiara Kata saya: Watzaaaaaaaarrrr.....!!!!!!

Back to top Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Re: Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by halimi Wed 05 Nov 2008, 6:53 pm

bukan ker?
sorylah aku ingt susu takdi,mgkin dahagakan kasih kut.
halimi
halimi
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : MN
Gender : Male
Jumlah Post : 355
Umur : 40
Tarikh Register : 14/03/2008
Reputation : 0
Points : 5890

Character sheet
Mutiara Kata saya: kiamat sudah hampir tiba...!!

Back to top Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Re: Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by unta^selsema Wed 05 Nov 2008, 8:02 pm

halimi wrote:bukan ker?
sorylah aku ingt susu takdi,mgkin dahagakan kasih kut.

hahahaaa....
itu bukan dahagakan kasih tuh..
ini lagak org dahagakan susu nih... gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan gelak sakan
unta^selsema
unta^selsema
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : Tukang Sunat Orang
Gender : Male
Jumlah Post : 1355
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2008
Reputation : 6
Points : 5981

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn telalu cepat menganggap seseorg tu pandai memasak dgn hanya melihat cara dia nyalakan api.

Back to top Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Re: Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by mRCooL Mon 24 Aug 2009, 9:50 am

susu kan utk kesihatan
avatar
mRCooL
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Suami Kepada Isteri dan Bapa Kepada Anak
Gender : Male
Jumlah Post : 39
Umur : 40
Tarikh Register : 19/09/2007
Reputation : 0
Points : 6256

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar Empty Re: Keselamatan & Kualiti Makanan | Elak makanan tercemar

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum