FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kereta busuk

2 posters

Go down

Kereta busuk Empty Kereta busuk

Post by Fieza Wed 27 Aug 2008, 8:28 pm

Cerita ni dah lama
jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat
cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku
kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah
aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak
sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih
baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah
menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya.
Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.



Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya
kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir
dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku
ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk,
masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah.
Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang
kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang
jugak.



Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat
lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik
dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit
tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak
kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah
perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni
takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu
ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada
mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak
hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,



"Nak kemana ni cik adik?",
tanya Zues pada wanita tu.



"Saya nak baliklah bang, dari petang
tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya
tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.



"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni
kat mana?", tanya si Zues lagi.



"Alaa bang tak jauh pun, dekat
kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."



"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ
nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa
berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.



Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues.
Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita
tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu
suruh berhenti.



"Opssss, berhenti sini bang",
dengan nada yang agak kuat.



"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak?
Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.



"Tu ha, rumah saya", dengan
menuding jari kearah satu tempat.



"Takde pun?", Zues kehairanan.


"Adalah bang, takpalah saya turun
sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih
saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni".
sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.



Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun
terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa
yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi.
Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.



Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu
hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni
biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan
baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm
dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan
mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu,
"Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu
dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan
dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang jangan memain dengan
saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong
sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang
dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke
dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa
dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya
sayang tu.



Berlalulah bab tu, pada keesokannya
seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka
pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila
dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia,
"Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang
panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta
ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa
pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish
macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.



Di pendekkan cerita, Zues mengambil
keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya
itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras
kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun
nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi
ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku
dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang
baunya. Wallahuaklam.





Cerita Asal : Jend_RG
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kereta busuk Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Kereta busuk Empty Re: Kereta busuk

Post by jiwaku_parah Sat 01 Aug 2009, 10:37 pm

isshhh,.. betoi ke ne? ak pon dah trase seram neh,.. taknak dengar
jiwaku_parah
jiwaku_parah
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : pelajar
Gender : Female
Jumlah Post : 23
Umur : 36
Tarikh Register : 08/07/2009
Reputation : 0
Points : 5649

Character sheet
Mutiara Kata saya: makes ur life perfect,..

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum