FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penderma penentu kemajuan dunia transplan

2 posters

Go down

Penderma penentu kemajuan dunia transplan Empty Penderma penentu kemajuan dunia transplan

Post by Fieza Thu 04 Sep 2008, 8:10 pm

Penderma penentu kemajuan dunia transplan


SECARA teorinya, semua bahagian badan manusia (organ, tisu atau
sel), kecuali otak, boleh didermakan selepas kita meninggal dunia.
Sesetengah tisu dan organ juga (hati, buah pinggang) boleh didermakan
ketika penderma masih hidup.
Kemajuan dunia transplan menyaksikan teori berkenaan semakin menjadi
kenyataan dengan pemindahan bahagian badan yang sebelum ini gagal
dipindahkan dari penderma kepada penerima. Selepas banyak kejayaan
pemindahan tisu dan organ utama badan, kini tiba pula giliran permukaan
fizikal anggota badan.
Walaupun bukan sesuatu yang sangat baru, pemindahan tangan atau
keseluruhan lengan dan tangan kini terbukti dapat dilakukan dengan
jayanya. Pesakit yang menerima ‘tangan baru’ didapati mampu mendapat
kembali sebahagian fungsi motor tangan tersebut.
Sukar untuk mengagak jika suatu hari mereka akan mendapat kembali
sepenuhnya fungsi tangan berkenaan (menggenggam, pusingan sendi,
sensitiviti deria sentuh) memandangkan proses menyesuaikan diri
memerlukan terapi fizikal berpanjangan. Selain itu, transplantasi muka
(sebahagian atau sepenuhnya) juga semakin berkembang dan dilaporkan
mencapai banyak kejayaan baru-baru ini.
Transplan berjaya
Tranplantasi atau pemindahan tisu dan organ tidak menjanjikan
kejayaan 100 peratus tetapi ia memberi harapan dan peluang untuk
pesakit kembali hidup normal seperti orang lain. Bagi masalah organ,
biasanya pesakit kelihatan lemah atau lesu tetapi bagi kecacatan
anggota seperti kudung kaki atau tangan, serta kecacatan muka lebih
jelas dan menarik pandangan ramai.
Pesakit yang kehilangan anggota empat kerat atau sebahagian mukanya
mungkin akan berasa amat rendah diri dan mengasingkan diri dari
masyarakat kerana tidak selesa dengan ‘pandangan tajam’ ramai. Oleh
itu, beberapa kumpulan penyelidik dan pakar bedah telah mencuba
transplantasi tangan dan muka kepada beberapa orang pesakit untuk
membolehkan mereka kembali hidup dalam masyarakat.
Transplan muka dan tangan melibatkan lebih daripada satu jenis tisu
(otot, kulit, tulang, saraf, salur darah) yang memerlukan gabungan
beberapa kepakaran. Walaupun dapat ‘mengembalikan’ hidup sesetengah
pesakit, masih terlalu awal untuk prosedur berkenaan dijalankan di
seluruh dunia.
Pemindahan tangan pertama cuba dilakukan di Ecuador pada 1964 tetapi
tangan yang didermakan itu ditolak badan pesakit dua minggu selepas
dibedah. Untuk transplan tangan, Malaysia juga mencatatkan sejarah
tersendiri hasil pemindahan keseluruhan lengan dan tangan pertama dunia
yang dijalankan pada 18 Mei 2000 di Hospital Selayang.
Pembedahan itu melibatkan penyambungan tangan kepada seorang bayi
yang mengalami kecacatan tangan teruk, dengan tangan yang diambil
daripada kembar seirasnya yang meninggal dunia ketika dilahirkan.
Disebabkan anggota tersebut diambil dari kembar dengan genetik yang
sama, kanak-kanak itu juga dikatakan tidak perlu mengambil ubat bagi
mengelakkan penolakan tisu.
Terbaru, seorang petani berusia 54 tahun yang hilang kedua belah
tangan (dan lengannya) dalam kemalangan enam tahun lalu, menjalani
pembedahan pemindahan lengan serta tangan (kiri dan kanan), yang
pertama di dunia, dari seorang penderma remaja di sebuah hospital di
Munich, Jerman pada 25 Julai 2008.
Prosedur tranplantasi muka pula bermula pada 1994 dengan Sandeep
Kaur, 9, dari India menjadi pesakit pertama menjalani pembedahan
penyambungan semula mukanya sendiri yang tercabut akibat kemalangan
mesin pembanting. Pembedahan tranplantasi sebahagian struktur muka
pertama dunia pula berjaya dilakukan pada 25 November 2005 di Perancis.

Pada April 2006, China pula melaporkan berjaya menjalankan
pembedahan serupa ke atas seorang pesakit yang hilang sebahagian
mukanya akibat diserang seekor beruang. Pesakit tersebut, Li Guoxing,
dibedah di sebuah hospital tentera di Xijing menerima pemindahan tisu
pipi, bibir atas mulut dan hidung dan kini mampu makan, minum serta
bercakap dengan normal dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di
wilayah Yunnan.
Pemindahan hampir sepenuhnya muka dari penderma didakwa berjaya
dilakukan pada Mac 2008 ke atas Pascal Coler, 30, dari Perancis. Coler
yang menderita akibat penyakit neurofibromatosis sebelum ini mempunyai
banyak tumor pada mukanya sehinggakan dia kehilangan rupa fizikal dan
fungsi asas muka (mulut, mata, hidung). Dia bagaimanapun dilaporkan
mampu senyum dan mengelipkan matanya enam bulan selepas transplantasi
tersebut dijalankan.
Kelak, penderma berdaftar bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa,
malahan mungkin dapat memberi kembali mobiliti kaki dan tangan pesakit
yang cedera akibat kemalangan atau peperangan. Fiksyen sains juga
mungkin menjadi nyata dengan transplantasi muka bagi mereka yang
mengalami kecederaan atau menghidap penyakit yang mencacatkan rupa.
Cabaran
Bergantung kepada kemampuan bahagian yang didermakan itu bertahan
sepanjang proses pemindahan dari penderma kepada penerima, kejayaan
transplan akan bergantung kepada kebolehan bahagian badan yang
didermakan berfungsi dengan normal pada badan penerima. Antara cabaran
utama adalah penyambungan tulang (untuk tangan, kaki atau bahagian
bertulang), saraf (untuk memastikan fungsi motor) dan paling penting
salur darah bagi memastikan darah nutrien diperlukan dapat dialirkan ke
seluruh bahagian badan yang didermakan.
Selain itu, penolakan tisu mungkin berlaku akibat sel imuniti
pesakit mengesan perbezaan di permukaan sel penderma. Pesakit yang
menjalani pembedahan transplantasi juga terpaksa menjalani proses getir
pengambilan biopsi tisu organ yang didermakan untuk menentukan terdapat
penolakan atau tidak.
Bagaimanapun, satu ujian genetik baru memberi harapan mengelakkan
pengambilan biopsi berulang kali. Ujian ini menguji maklumat genetik
khusus sel darah putih melalui ujian darah dan dikatakan dapat menilai
kebarangkalian badan pesakit menolak organ yang didermakan. Pentadbiran
Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) juga dilaporkan telah
meluluskan penggunaan lebih meluas ujian darah tersebut.
Namun, bila membincangkan cabaran dunia transplan, bukan kos atau
jenis ujian yang menjadi masalah utama. Di sebalik semua kemajuan baru
transplan, tiada yang lebih penting daripada bilangan penderma, dan
bilangan organ atau bahagian badan yang didermakan selepas mereka
meninggal dunia.
Pakar Bedah Plastik Hospital Brigham dan Wanita di Boston Amerika
Syarikat, Dr. Bohdan Pomahac menyatakan walaupun transplan muka atau
tangan merupakan satu kemajuan dunia transplan, keperluan untuk organ
seperti buah pinggang dan hati mungkin tetap lebih tinggi kelak.
“Pemindahan sebahagian daripada struktur muka seperti hidung atau
pipi mungkin akan menjadi satu kebiasaan kelak, tetapi bilangan pesakit
buah pinggang dan hati mungkin lebih tinggi,” katanya.
Bagi Dr. Edgar Biemer, yang mengetuai pembedahan tangan petani di
Jerman Julai lalu, kebanyakan pembedahan sebelum ini melibatkan
bahagian tangan sahaja berikutan kesukaran mendapatkan penderma yang
sanggup menderma keseluruhan lengan dan tangannya.
“Bilangan penderma yang sanggup mendermakan organ dalaman juga semakin menurun (inikan pula menderma keseluruhan lengan).
“Selain itu, kebanyakan ahli keluarga lebih mudah menerima
pengambilan organ dalaman badan orang tersayang berbanding tangan, kaki
atau muka,” katanya.
Doktor-doktor yang terbabit dengan transplan muka dan tangan
bersetuju bahawa prosedur transplantasi baru ini dapat diterima,
terutamanya jika muka individu itu sendiri atau ahli keluarga yang
cacat. Namun, persoalan sebenar di sini adakah individu dengan muka dan
tangan yang elok sanggup menderma bahagian badan mereka itu selepas
meninggal dunia?
Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia? Sanggupkah anda menderma
muka, tangan atau mungkin kaki selepas meninggal dunia? Persoalan ini
sebenarnya agak tidak relevan memandangkan bilangan penderma organ
berdaftar di negara ini masih rendah dan keadaan serupa berlaku bila
membangkitkan bilangan penderma darah.
Bilangan penderma (organ, tisu atau bahagian badan) yang rendah juga
menyebabkan program transplan negara sukar maju sejajar dengan program
di Barat mahupun di China.
Lapan bulan kemudian
Selepas 243 hari memasuki tahun 2008, ‘kepanasan’ kisah Tee Hui Yee
dan Allahyarham Siti Salmah Jasni telah ‘membeku’, meninggalkan program
transplan negara pudar dari pandangan ramai. Di sini, setiap seorang
daripada kita bersalah tetapi pada masa yang sama, tiada siapa yang
bersalah.
Pendermaan organ dan tisu, walau sepenting mana sekalipun tetap
merupakan satu proses berasaskan kerelaan diri dan tiada siapa yang
patut dipaksa. Namun janganlah program transplan ini ‘dibunuh’ dengan
pandangan sempit dan alasan peruntukan.
Masyarakat Malaysia adalah antara paling pemurah di dunia tetapi
tetap memerlukan sedikit motivasi untuk ‘menyumbang’. Di manakah iklan
menggalakkan mendaftar sebagai penderma seperti mana iklan untuk
penyakit seperti denggi, chikungunya dan talasemia di media cetak dan
media elektronik?
Dengan kerjasama pihak-pihak terbabit, isu peruntukan sepatutnya
tidak menjadi masalah besar terutamanya jika mendapat sumbangan dari
sektor korporat. Ini akan lebih berkesan jika iklan dan mesej untuk
orang ramai menderma dijadikan satu rutin, bukan sahaja organ, malahan
derma darah yang amat diperlukan.
Di samping itu, janganlah pula program transplan negara ditikam dari
belakang dengan mesej-mesej salah dan bercanggah dari pihak yang
berfikiran sempit atau tidak memahami situasi sebenar. Ini dapat
dilihat dalam sesetengah penerbitan luar dan dalam negara yang
menggambarkan pihak yang ingin mendapat kebenaran dari keluarga pesakit
yang meninggal dunia sebagai ‘lalat’ mencari kesempatan.
Tidak kurang juga pihak yang menggambarkan penderma yang masih hidup
‘hampir pasti’ maut jika menderma organ seperti hati atau buah
pinggang. Salah faham mungkin timbul di kalangan orang ramai yang ingin
menderma, yang pasti sensitif dengan perkataan ‘maut’ sedangkan risiko
pendermaan organ ketika masih hidup bergantung kepada faktor tertentu.
Doktor juga pasti tidak akan mengizinkan pendermaan organ dijalankan
jika nyawa penderma terancam atau berdepan dengan risiko kegagalan yang
tinggi.
Negara mempunyai tenaga pakar dan peruntukan yang cukup di samping
teknologi yang mampu menyaingi hospital di Barat. Namun, jelas sekali
di sini penderma itu sendiri menjadi faktor penentu perkembangan dan
kemajuan program transplan nasional, jauh lebih penting daripada kos,
peruntukan dan kepakaran.
Kini semuanya bergantung kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh
dengan cara pemikiran orang lain, mendapatkan maklumat yang tepat dan
menilai sama ada mahu mendaftar sebagai penderma organ atau tidak.
Bukan sahaja pilihan untuk menderma di tangan penderma sendiri, malahan
pilihan apa yang ingin didermakan juga di tangan mereka di samping
boleh menarik balik pendaftaran jika berubah fikiran kemudiannya.
Halangan utama untuk anda mendaftar sebagai penderma kini bukan lagi
kepakaran, teknologi, usia mahupun agama, tetapi kesangsian dan
keyakinan diri sendiri. Apapun, mendaftar atau tidak, pastikan keluarga
anda tahu hasrat diri untuk menderma atau tidak supaya dapat ditunaikan
jika sampai masa untuk kita pergi selamanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar
sebagai penderma boleh melayari laman web Persatuan Sokongan Reben
Hijau (GRSA), www.organdonation.com.my atau dengan menghubungi Pusat
Sumber Transplan Nasional (NTRC) di talian bebas tol 1-800-88-9080.
DICETAK DARI UTUSAN ONLINE
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Penderma penentu kemajuan dunia transplan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Penderma penentu kemajuan dunia transplan Empty Re: Penderma penentu kemajuan dunia transplan

Post by rieyna168 Wed 11 Mar 2009, 1:36 pm

sokong kempem derma organ.. lol! lol!
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penderma penentu kemajuan dunia transplan Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum