FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Teknik beri susu badan - dicetak dari harian metro

Go down

Teknik beri susu badan - dicetak dari harian metro Empty Teknik beri susu badan - dicetak dari harian metro

Post by Fieza Thu 06 Nov 2008, 9:22 pm

Teknik beri susu badan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

APABILA orang bercerita pengalaman memberi susu badan kepada anak,
hatinya sedih dan pedih kerana perkara itu sukar bagi Hashimah Ahmad,
36 (bukan nama sebenar). Anak pertamanya hanya beberapa kali dapat
diberikan susu badan, itu pun dalam keadaan serba payah.

Anak
keduanya pula langsung tidak pernah merasa susu badannya sehingga masuk
minggu kedua apabila si kecil dirujukkan ke sebuah pusat perubatan
swasta akibat masalah jantung kronik yang dialaminya sejak lahir.

Masalahnya dikesan secara tidak sengaja apabila jururawat mempersoal
tindakan Hashimah memberi susu formula kepada bayi yang baru berusia 14
hari.

Rupa-rupanya Hashimah mengalami masalah puting terbenam
sejak lahir. Katanya, sejak hamil anak pertama lagi dia bertanya
jururawat di klinik perbidanan di kampungnya, tetapi jawapan diterima
sangat mengecewakan kerana dia hanya disuruh ‘mengurut’ payu daranya.

Apabila hamil anak kedua, sekali lagi dia memberitahu masalahnya
kepada jururawat di hospital. Sekali lagi, dia disuruh ‘urut’ saja.
Masalahnya, cara untuk mengurut tidak pula diberitahu. Puas
ditekan-tekan, namun puting payu daranya tetap tidak keluar.

“Tiga empat hari selepas bersalin, buah dada saya bengkak, sangat
sakit dan terasa seperti hendak demam. Setiap kali sakit, saya lap
dengan tuala basah untuk hilangkan kesakitan. Ada susu, tetapi tidak
boleh diberi pada anak. Dua tiga hari kemudian baru sakit itu hilang.

“Sekarang baru saya tahu rupa-rupanya ada alat yang boleh membantu
mengatasi masalah ini. Cuma masalahnya sekarang saya ada kencing manis
dan tekanan darah tinggi, dan dinasihatkan supaya tidak menyusukan
bayi,” katanya.

Mungkin tidak ramai mengalami masalah seperti
Hashimah. Dalam kebanyakan kes, si ibu memilih untuk berhenti memberi
susu badan kepada bayi mereka selepas beberapa minggu atau dua tiga
bulan dengan alasan ‘tiada susu’.

Bagaimanapun, Pendidik
Laktasi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Lee Ah Chai, berkata alasan
itu tidak boleh diterima kerana susu badan terus dihasilkan selagi ada
permintaan. Maknanya selagi anak menyusu, badan seseorang wanita akan
terus menghasilkan susu walaupun anak berumur lima atau enam tahun!

“Apabila kandungan memasuki minggu ke-34, semua wanita perlu mula
belajar teknik penyusuan kerana jika menghadapi masalah, termasuk kes
puting terbenam, ia boleh dikesan dan diatasi lebih awal.

“Wanita juga perlu tahu beberapa posisi untuk memudahkan mereka
menyusukan anak kerana jika dalam keadaan tidak selesa, bayi bukan saja
tidak mahu menghisap susu, malah boleh menyebabkan si ibu mengalami
masalah sakit pinggang,” katanya sempena minggu Penyusuan Bayi bermula
1 hingga 8 Ogos ini.

Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan anak ialah:

Puting terbenam. Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan
menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh
bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di
sinilah terletaknya duktus susu.

Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau
satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna
anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.

Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah
ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar
seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet.

Alat ini perlu
diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti
urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali
sebelum menyusukan bayi.

Selain itu, mereka boleh memberi
rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali
ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain
lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah
ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan
wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

Wanita juga
boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum
menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan
terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

Puting terasa sakit dan rengsa — Wanita yang ada masalah puting
terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak
selesa apabila puting ‘tertarik’ ketika bayi menyusu. Selain itu jika
puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan
boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini,
lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.

Cara
bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa
sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup
besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan
di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna
kaedah digunakan adalah betul.

Beri anak susu dari sebelah payu
dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit)
dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana
susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama
mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga
dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu
dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan
dia tidak mendapat vitamin serta mineral.

Payu dara
bengkak dan sakit — Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin
disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu.
Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak
susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap dua hingga tiga jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang
menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja,
masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan
dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.

Jika terasa
sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan
pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan
boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara
perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu
dan melembutkan payu dara.

Benjolan lembut pada payu
dara. Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat
atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini
penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut.
Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara.
Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.

Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut
keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak
dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda)
berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan
pengeluaran susu badan.

Jika masalah bengkak berulang pada payu
dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak
memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi
penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.

Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi
sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat
bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah
sakit pinggang. Untuk mengetahui lebih lanjut posisi penyusuan ini,
sila hubungi Klinik Laktasi di talian 03-42571300 sambungan 7266 atau
1801.

Fakta penting penyusuan bayi:

Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal

Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara

Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)

Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu

Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)

Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu

Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning

Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang

Melancarkan sistem pengkumuhan bayi
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Teknik beri susu badan - dicetak dari harian metro Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum