FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hidup tanpa payu dara

3 posters

Go down

Hidup tanpa payu dara Empty Hidup tanpa payu dara

Post by Fieza Sun 23 Nov 2008, 9:50 pm

Hidup tanpa payu dara


Hidup tanpa payu dara Ke_01.1
Pengesanan kanser payu dara awal boleh dilakukan menerusi
pemeriksaan sendiri atau melalui mamografi yang dilakukan dari semasa
ke semasa.



VASILIKI Kostoula kelihatan tenang dan bersahaja. Riak di wajah
tidak langsung menunjukkan sebarang kerisauan. Namun hakikatnya, wanita
yang berasal dari Greek itu adalah seorang pesakit kanser payu dara.
Kostoula yang menjalani pembedahan mastektomi payu dara kanannya kini
terpaksa mengikuti sesi kemoterapi pula. Biarpun setelah kehilangan
salah satu aset penting seorang wanita, Kostoula tidak pernah berputus
asa, malah tetap mendapatkan pemeriksaan mamografi di Hospital Athen
secara kerap.
Seperti Kostoula, sebanyak 1.3 juta kes kanser payu dara baru
didiagnosis setiap tahun. Malah, Persatuan Kanser Amerika menganggarkan
kira-kira 465,000 wanita meninggal dunia akibat kanser payu dara pada
tahun lalu.
Hidup tanpa payu dara Ke_01.2
PENGESANAN kanser yang awal boleh menghindarkan sesuatu penyakit daripada bertambah teruk.



Kanser payu dara masih merupakan punca utama kematian di serata
dunia. Satu dalam setiap lapan orang wanita dianggarkan mendapat kanser
payu dara sepanjang jangka hayat mereka.
Di Amerika Syarikat (AS) sahaja, kanser payu dara meragut lebih
banyak nyawa berbanding kanser lain. Punca utama mengapa sesetengah
wanita mendapat kanser payu dara masih belum dikenalpasti.
Hidup tanpa payu dara Ke_01.3
VASILIKI menjalankan pemeriksaan mamografi secara kerap.



Namun, antara faktor risiko yang memungkinkan seseorang wanita
mendapat kanser ini termasuk usia, genetik dan faktor-faktor peribadi.
Risiko mendapat kanser payu dara meningkat seiring dengan
peningkatan usia. Malah, wanita yang mempunyai ahli keluarga yang
mendapat kanser payu dara atau kanser ovari juga tergolong dalam
kategori berisiko.
Faktor peribadi seperti mereka yang mengalami kitaran haid sebelum
usia 12 tahun atau menopaus selepas usia 55 tahun juga berisiko.
Hidup tanpa payu dara Ke_01.4
KEMPEN-KEMPEN anti kanser payu dara nampaknya perlu dipergiatkan lagi.



Simptom-simptom kanser payu dara yang biasanya dihadapi oleh pesakit
termasuk ketulan dalam payu dara, perubahan dari segi saiz dan bentuk
payu dara serta pengeluaran bendalir daripada puting.
Justeru itu, pengesanan kanser payu dara awal boleh dilakukan
menerusi pemeriksaan sendiri atau melalui mamografi dari semasa ke
semasa. Kesemua kaedah ini membantu mengesan kanser lebih awal.
Rawatan kanser payu dara antaranya termasuk radiasi, kemoterapi,
terapi hormon dan mastektomi. Mastektomi adalah sejenis pembedahan yang
selamat dengan sebilangan besar pesakit pulih tanpa sebarang komplikasi.
Hidup tanpa payu dara Ke_01.5
RISIKO mendapat kanser payu dara meningkat seiring dengan peningkatan usia.



Seperti pembedahan, tiada satu yang boleh dilakukan tanpa risiko.
Antara risikonya bagi sebarang pembedahan termasuk pendarahan,
jangkitan atau kecederaan pada kawasan berdekatan dengan tisu-tisu.
Risiko yang melibatkan penyingkiran payu dara merangkumi bekalan
darah yang mencukupi kepada kulit di sekitar dinding dada. Keadaan ini
mungkin boleh mengakibatkan kehilangan sebahagian daripada kulit.
Dalam kes-kes yang serius, komplikasi seumpama itu mungkin memerlukan penggantian kulit, tetapi ini pun jarang berlaku.

dicetak dari kosmo online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Hidup tanpa payu dara Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Hidup tanpa payu dara Empty Re: Hidup tanpa payu dara

Post by treatters_virus Wed 26 Nov 2008, 11:25 am

iskkk.... ngerinya...tragiknya......... pale
treatters_virus
treatters_virus
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : P.P.P U 29++
Gender : Male
Jumlah Post : 302
Umur : 38
Tarikh Register : 14/09/2008
Reputation : 0
Points : 5859

Character sheet
Mutiara Kata saya: H.I.D.U.P... susah nak paham erti kata sebenar....

Back to top Go down

Hidup tanpa payu dara Empty Re: Hidup tanpa payu dara

Post by fasha_wanna Sat 03 Jan 2009, 12:08 am

risau ye awk..
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Hidup tanpa payu dara Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 37
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9045

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Hidup tanpa payu dara Empty Re: Hidup tanpa payu dara

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum