FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ubatan yang guna bahan radioaktif

5 posters

Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by awan_biru85 Tue 09 Dec 2008, 3:55 pm

nak tnya ade ke ubatan dari bahan radioaktif ..............setau koi chemotherapy pun dari bahan carsinogenic Yang berfungsi untuk untuk control cancer and palliation like relieve pain, relieve obstructioan.............and etc.....hehe..... Very Happy
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6146

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by afiq82 Sat 20 Dec 2008, 2:13 am

xde saper jawab biar aku jwb.

aritu aku ader tanyer dekat pharmacist spital aku pasal bende nie pasal aku pon kekadang keliru. actually bhn carcinogenic tak semestinye radioaktif sbb bhn2 cdr pon mostly carcinogenic and of kos cytotoxic(toksik kpd sel).
bhn radioaktif tu semestinyer carcinogenic, walaupon tak menyentuh bhn tu, tp sinaran radioaktif yg tak nampak tu sebenarnya sgt bahaya. ubat radioaktif ni bukan utk cancer jer, tapi bnyk bende cam utk screen organ yg bermasalah cam tulang, hati, otak, buah pinggang, pastu scan pastu doktor buat diagnosis. certain bhn utk hilangkan sakit bg kanser tulang and musnahkan sel kanser.

slalunyer pegawai farmasi bnyk uruskan bhn2 camtu sbb diorang blaja maser kat uni and dilatih utk kendalikan bhn2 camtu.

perlu diingat ubat2 chemo tu bukan radioaktif, jadik tak perlu shield sgt kalo lalu seblah ubat cytotoxic tu, kalo nak kendalikanjer kene pakai proper garment.
avatar
afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 42
Tarikh Register : 20/12/2008
Reputation : 9
Points : 5927

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by awan_biru85 Sat 20 Dec 2008, 6:46 am

kesimpulanya tak der la la ye.........ke sy kurang jelas lg ni.....hukhuk
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6146

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by afiq82 Sat 20 Dec 2008, 2:25 pm

kesimpulannya, mmg ader ubat dari radioaktif, kat spital yg ader perkhidmatan perubatan nuklear (cam HUSM, HPP, HKL) akan ader pharmacist yg akan uruskan ubat2 radioaktif nie seblom diberi atau dibancuh pada patient. Pharmacist akan calculate dose yg sesuai dan evaluate patient condition seblom administer.
rajin2 la visit hospital yg pharmacy servicenye ader radiopharmaceutical. sronot gak sbb mcm sophisticated nak uruskannya.
avatar
afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 42
Tarikh Register : 20/12/2008
Reputation : 9
Points : 5927

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by hius2007 Thu 25 Dec 2008, 11:50 am

Ada ubat yg mcm tu. Tapi utk penyakit yg tersendiri. Di Malaysia ianya belum berkembang lagi. Tapi U kena ingat, pharmacy hanya simpan ubat je. Yg preskrip ialah Dr.Kalau Dr nak pakai, kami kena simpan. Tu Je. Mcm ubat kusta, bila Dr order, barulah kami cari. Mcm vaccine anjing gila juga. Memang tak simpan. Harganya satu vial RM1000, kena pakai 3 vial, jadik RM3K la. Oleh tu, jika jumpa anjing gila, cepat2 lari sebelum dia gigit, jika jumpa buaya, tak pa sebab buaya telan je, tak sakit pun.by .Yg saya tahu , mati je x ada ubat.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by afiq82 Fri 26 Dec 2008, 3:59 pm

ader maner2 ppf kat sini yg pernah uruskan ubatan2 radioaktif?
avatar
afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 42
Tarikh Register : 20/12/2008
Reputation : 9
Points : 5927

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by hius2007 Sat 27 Dec 2008, 9:08 pm

Di Malaysia ni jika sebut radioaktif, kita tentu tak kan lupa Pusat Tenaga Atom di Bangi, Selangor. Tu adalah nama lama zaman 80an. Nama baru sedang di cipta dan belum keluar lagi. Lagi satu yg baru ialah kejayaan Malaysia hantar angkasawan ke angkasa lepas, ni dah masuk MOSTI ni.

Semua Drug adalah bertujuan utk menyelamat nyawa dan memanjangkan jangka hayat manusia. Segala usaha telah di jalankan oleh Dr, tetapi jika masih tak berjaya, kena cuba radioaktif pulak.
Contohnya emas, siapa sangka ia boleh menjadi drug kepada manusia. Tetapi jika semua jalan dah buntu, Dr akan gunakan Emas. Tetapi perlu tahu bahawa keputusan ini hanya di ambil oleh Dr Pakar yg dah tua dan berjanggut. Mcm Professor juga le.

Berbalik ke Bahan radioaktif ni, permulaannya ialah kena ada Scientist yg jalankan kajian kegunaan bahan ni kepada tubuh badan. Dan apabila berjaya barulah boleh di gunakan. Macam tongkat ali juga. Pokok ni dah beratus tahun wujud, tetapi apabila kesannya di ketahui, jadilah ianya barang komersil yg mahal. Jika tak tahu kegunaan tongkat ali, biar saya beritahu. Tongkat ali boleh membesarkan salur darah alat sulit lelaki. Tetapi hasil kajian saintifik dalam makmal, masih tiada. Itulah sebabnya jika jual di London orang tak nak beli. Mereka pilih Viagra.

Di Malaysia kegunaan radioaktif sebagai drug belum begitu meluas, itulah sebabnya banyak orang kaya mendapatkan rawatan di luar negara yg ubatnya kita sendiri pun kita tak tahu.

Malaysia dah ada ke arah itu. Itulah sebabnya KKM dah banyak kali ubah nama Klinik Kesihatan. Mula2 Pusat Kesihatan, lepas tu Pusat Kesihatan Fasa I, lepas tu balik ke Pusat Kesihatan, lepas tu Poliklinik Komuniti pulak dan akhir sekali jadi klinik Kesihatan semula.
Ini kerana Pusat Kesihatan ( Health Centre ) di Amerika jauh lebih maju dan tak mahu pelancong kondem Pusat kesihatan di Malaysia.

Nasihat saya jika nakkan ubat yg canggih, kenalah keluar negara. by
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by hius2007 Fri 13 Mar 2009, 12:33 pm

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009



Farmasi :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )

Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )

Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )

Pengurusan Ubat & IT ( U52 )

Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )

Pengurusan Kualiti ( U52 )



Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )

Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) ( U48 )

Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )

Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )

Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )

Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )

Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )

Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )

Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )

Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )



Itu sahajalah perkembangan BPF KKM



Lain-Lain Paramedik :

Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :



A KESIHATAN AWAM

Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri

- Pembangunan Kesihatan Keluarga

- Pendidikan Kesihatan



B RAWATAN PERUBATAN

- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri

- Pengurusan Hospital



C FARMASI DAN BEKALAN

( kosong tiada bahagian dan unit )



Unit-Unit Rawatan Perubatan:

Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar

Rawatan Am Pesakit Dalam

Perubatan Am

Pembedahan Am

O & G

Pediatrik

Orthopedik

Anastesiologi

ENT

Oftalmologi

Dermatologi

Neurologi

Pembedahan Neuro

Perubatan Transfusi

Perubatan Forensik

Urologi

Pembedahan Plastic

Radioterapi dan Onkologi

Pengimejan Diagnostik

Patologi

Pembedahan Kardiothorasik

Kardiologi

Perubatan Nuklear

Perubatan Respirotori

Psykiatrik dan Kesihatan Mental

Rehabilitasi



Itu sahajalah perkembangan lain lain Paramedik :



Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :

- Tugasan Penyelengaraan Setor

- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat

- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi





he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6078

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by nori Mon 02 Nov 2009, 9:25 am

Bidang ni baru bagi PPF, dan perlukan pembelajaran tambahan, jika Farmasi ada di sana, tentu PPF pun ada, sebab kan kita ni PPF, tetapi nampaknya Farmasi memang tak nak bawa PPF sekali dalam mengharungi arus perdana, apa pun PPF lah yang perlu berusaha, belajar dalam bidang baru, cari maklumat di manakah akan dapat latihan berkenaan bidang ini, lepas tu pergi belajar, dalam negara ataupun luar negara, bila dah ada sijil, memang Farmasi tak boleh nafikan, tetapi PPF sayang keluarkan RM untuk belajar, pada 2009 ni mana ada yang free, semua kena keluar RM, Sheikh Muzaffar bergadai nyawa untuk ke angkasa lepas, pada hari ini dah ada agensi angkasa lepas negara, macam NASA di us, tetapi jangan lupa jasa dan pengorbanan angkasawan negara, PPF pun perlu terokai bidang baru, perlu seiring dengan Farmasi, jika Farmasi ada master, PPF ada kursus lanjutan ataupun pos basik, baru lah kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Farmasi, tetapi mereka tetap golongan Pengurusan dan Profesional, kita masih sokongan 1, sebab tu jangan lawan mereka, sebab tampa mereka, PPF pun tiada, tetapi mereka boleh berada dan beroperasi tampa PPF, mereka gunakan PRA dan Attandan sahaja, contohnya yang paling nyata ialah di Penguatkuasaan, memang PPF tiada di sana, tetapi mereka gunakan tenaga N 1 dan Pemandi R 3 sahaja, boleh juga mereka jalankan tugas, PPF juga perlu lebih berhemah dalam mengutarakan segala pendapat dan segalanya. PPF akan terus maju dan maju.
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Ubatan yang guna bahan radioaktif Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by ppfkkpa Wed 04 Aug 2010, 8:04 pm

Ubat ini adalah pilihan terakhir oleh Dr yang benar-benar pakar dalam perawatan tersebut, memang ada ubat macam ni, jika nak tahu lebih lanjut, dapatkan dahulu penyakit yang tiada ubat, lepas tu pasti Dr pakar akan Rx ubat radioaktif ni, tetapi biasanya ubat ni kena makan selepas 2 tahun dapat penyakit kronik tu, dan semua ubat yang ada di Malaysia telah di cuba, baru guna ubat ni,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5610

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by nori Thu 05 May 2011, 6:59 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011
Selamat bertugas kepada semua PPF.
Isu yang akan di bincangkan secara panjang lebar semasa agm PPF tahun 2011 pada Jun dan Julai nanti., ialah BIPK.Tetapi sebelum itu, segala maklumat dan data-data terkini perlu di tambah dan di olah agar, ianya memberikan impak yang maksimum. Secara tradisinya isu BIPK ini hanya akan di bincangkan oleh kerajaan setiap 5 tahun, iaitu pada 2013. Tetapi YAB PM ada kuasa bagi mengubah sesuatu dasar yang telah di tetapkan. YAB PM juga adalah Menteri Kewangan.
Tetapi jika semua PPF boleh bersabar, hanya perlu pejam mata dan tunggu pada 2013 nanti. Jika bernasib baik nama PPF akan termasuk dalam BIPK ini. Jika tidak, tunggu lima tahun lagi.
Tugasan ini sudah pun diserahkan kepada JK Teknikal PPF. PPF yang lainnya hanya perlu membantu sahaja agar kelajuan permohonan ini akan dapat di tingkatkan. Jika permohonan ini Berjaya, PPF boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, sebagaimana yang di nikmati oleh lain-lain paramedic.
Kepada PPF yang teramat sebok, copy and paste lampiran A dan lampiran B, kerana ia adalah senarai tugas terkini PPF. Dan seperkara lagi ialah, sehingga kini, masih belum ada senarai tugas PPF di Biro, harap PPF di Biro boleh tambahkannya, bagi menunjukkan bahawa PPF memang kritikal.

Banyak masa di habiskan bagi menaip benda-benda ini. Jika ada PPF yang rajin, sila taip semula dan maklumkan kepada semua, ianya mengambil masa berapa lama bagi menyiapkan 30 muka surat sebegini. Dan ianya adalah percuma sahaja.

PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN
KRITIKAL (BIPP) UNTUK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

31 Dis 2010
Permohonan PPF :
1. Pendahuluan
2. Latarbelakang Masaalah
3. Permohonan Kesatuan
4. Alasan Permohonan
5. Lain-lain Alasan Permohonan :
5.1 Tiada Perubahan Dalam Skim PPF
5.2 JPA mengendalikan Banyak Skim
5.3 Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Farmasi
5.4 Perubahan Tugas Penolong Pegawai Farmasi
5.5 Hala Tuju Kerjaya PPF Pada Masa Hadapan
Lampiran : A
Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia ( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :
Lampiran : B
Senarai Tugas Generik Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan. (Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)
Lampiran : C
Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi :
Lampiran : D
Perkhidmatan Farmasi Onkologi
Lampiran : E
Senarai Bahan Rujukan PPF Semasa Bertugas
Lampiran : F
Senarai Perkhidmatan Kritikal JPA (10 Oktober 2007)
Lampiran : G
Kriteria Perkhidmatan Kritikal

1. PENDAHULUAN :

Penolong Pegawai Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedik dan diletakkan pada tangga gaji permulaan U29 P1 T6

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dengan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 52 tahun berlalu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas Penolong Pegawai Farmasi ialah :
Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan Penolong Pegawai Farmasi :
Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

Penolong Pegawai Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .

Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .

Semasa SSB diperkenalkan pada 1992, Penolong Pegawai Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II . Tetapi Jururawat lebih bermasib baik kerana telah menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). Ini diikuti pula oleh Pembantu Perubatan pada 1 Januari 2008. Walaupun menyumbang khidmat yang sama di Kementerian Kesihatan Malaysia, warga Penolong Pegawai Farmasi masih belum menerima BIPK , walaupun ianya telah diperkenalkan sejak 15 tahun yang lalu.

2. LATAR BELAKANG MASAALAH :

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tercicir dalam pembayaran BIPK tersebut sedangkan Pegawai Farmasi dengan deskripsi tugas yang hampir sama, telah lama menikmati BIPK tersebut.


3. PERMOHONAN PPF :

Persatuan / Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat memohon agar Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi di iktiraf sebagai Perkhidmatan Kritikal dan sekali gus layak mendapat Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) .

Ini adalah kerana Penolong Pegawai Farmasi juga telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Negara dari segi kesihatan rakyat, walaupun masih belum menerima BIPK. Berbeza dengan Pegawai Farmasi, mereka telah lama menikmati BIPK tersebut. Ini menunjukkan terdapat kepincangan dari segi pembayaran tersebut kerana Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi adalah bertugas di Jabatan yang sama.


4. ALASAN PERMOHONAN :

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , dan dalam jabatan yang sama iaitu Jabatan Farmasi, tetapi kerajaan hanya membayar BIPK kepada Pegawai Farmasi sahaja.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Penolong Pegawai Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 11 September 1993, . Beberapa perubahan telah dibincangkan. Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.
Ini adalah selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya
dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran A , menunjukkan dengan jelas Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana pekeliling KKM bilangan ( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :

Lampiran B , juga menunjukkan dengan jelas senarai tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi sebagaimana Senarai Tugas Generik Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan, sebagaimana pekeliling KKM bilangan (Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)

Lampiran C , menunjukkan dengan jelas, Penolong Pegawai Farmasi terlibat dalam semua aktiviti di jabatan farmasi , sebagaimana tercatat pada Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran D , dengan jelas menunjukkan bahawa tugas Penolong Pegawai Farmasi memang mempunyai risiko kerana perlu bertugas di Unit Farmasi Onkologi. Berbeza dngan Pegawai Farmasi, kerana mereka telah menikmati BIPK. Semua Penolong Pegawai Farmasi adalah terlibat di dalam unit ini kerana program giliran tugas dijalankan terhadap semua Penolong Pegawai Farmasi.,

Lampiran E , menunjukkan senarai buku bahan rujukan bagi semua Penolong Pegawai Farmasi semasa menjalankan tugas seharian. Segala tugas Penolong Pegawai Farmasi adalah di pantau dan perlu mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan. Pengetahuan yang mendalam serta kualiti kerja yang tinggi adalah diperlukan semasa menjalankan tugasan seharian.. Penolong Pegawai Farmasi juga perlu memahami serta melaksanakan segala peraturan tersebut dan ianya juga terkandung dalam silibus Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran F, menunjukkan senarai perkhidmatan kritikal yang dikeluarkan oleh JPA. Amat jelas di lihat terdapat beberapa jawatan yang mempunyai perkaitan secara langsung, iaitu pembantu dan penolong pegawai, mereka semuanya layak mendapat BIPK. Tetapi bagi Penolong Pegawai Farmasi, hanya Pegawai Farmasi sahaja yang mendapat BIPK.

Lampiran G , menunjukkan kriteria perkhidmatan kritikal, Penolong Pegawai Farmasi Juga memenuhi kriteria tersebut. Apa yang boleh kami katakana ialah, Jabatan Farmasi KKM tidak akan berfungsi tampa penglibatan Penolong Pegawai Farmasi. Begitu juga semasa wabak H1N1, Penolong Pegawai Farmasi juga terlibat sama dalam menangani dan mengawalnya . Memang Penolong Pegawai Farmasi memenuhi semua kriteria tersebut seperti yang di di gariskan oleh JPA.


5. LAIN-LAIN ALASAN :

5.1 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik . JPA sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi,

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan

Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, walaupun ianya telah berubah dan maju kehadapan, tetapi ganjaran dari pihak kerajaan seperti BIPK masih belum diterima.

5.2 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM :

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi telah terlepas pandang semasa membuat kajian semula pembayaran BIPK.

5.3 KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Perjawatan pada 30 Dis 2010 ialah 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Penolong Pegawai Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik yang juga bersama-sama menjaga kesihatan rakyat.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang Pembantu Farmasi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan seluruh negara adalah amat berat dan dengan pemberian elaun BIPK ini, ianya akan dapat meningkatkan motivasi Penolong Pegawai Farmasi.

Jumlah Semua Jawatan Di KKM Sehingga 31 Dis 2010 :

Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) Sehingga 31 Dis 2010 :

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara , motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.

5.4 PERUBAHAN TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Pada Jun 2007, sebuah Universiti Awam ada mengeluarkan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) dalam bidang-bidang farmasi seperti berikut
( Phd 38 Bidang dan Sarjana 17 Bidang ) :

Cardiopharmacology, Social Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology
( General & Target Organ Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology, Pharmacoinformatics, Pharmacognosy, Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy Practices, Biocomputing, Pharmaceutical Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology, Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology, Environmental Toxicology, Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics, Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry, Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry, Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals, Sport Pharmacy,

Ini menunjukkan dalam masa beberapa tahun akan datang ini, perkembangan yang amat pesat akan berlaku dalam bidang kefarmasian, dan semestinya bebanan tersebut akan di letakkan ke atas bahu Penolong Pegawai Farmasi.

5.5 HALA TUJU KERJAYA PADA MASA HADAPAN :

Mengikut keperluan negara maju, nisbah Penolong Pegawai Farmasi dan penduduk ialah 1:5000 dan pada 2020 Malaysia memerlukan tambahan 3000 Penolong Pegawai Farmasi.

Kertas Puteh Pengurusan Sumber Manusia Farmasi USA pada 1996 menyatakan Pharnacy Technician will have agrowing role as the pharmacist depend on them to facilitate expansion of the professions scope of practice.

Memang Penolong Pegawai Farmasi akan membantu Pegawai Farmasi dalam bidang bidang yg lebih spesifik seperti teknik aseptic,Total Perenteral Nutrition, Cytotoxic Drug Reconstitution, CDR, dan lain-lain.

Kesatuan / persatuan kami berasa sudah tiba masanya pihak kerajaan harus menimbang semula segala tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi serta pengorbanan mereka selama 52 tahun ini, dan mengiktiraf jasa dan penat lelah mereka dengan memanjangkan pemberian BIPK ini kepada Penolong Pegawai Farmasi.

Penolong Pegawai Farmasi tentu akan berasa kecewa jika permohonan ini di tolak kerana lain-lain paramedik telahpun menikmati BIPK ini.

Lampiran : A

Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi
di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :

Penolong Pegawai Farmasi berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberikan Perkhidmatan Farmasiutikal di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Hospital dan Klinik Kesihatan adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi .

Selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat
( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.

Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program Program Utilizasi Ubat-Ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan Penolong Pegawai Farmasi yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan Pharmaceutical Care .

Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

MEMESAN , MENERIMA, MENYIMPAN DAN MENDISPEN UBAT-UBATAN
(Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar dan Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam)

Memesan :

Memeriksa baki stok dan keperluan ubat-ubatan yang digunakan berdasarkan penggunaan sebelumnya.
Menganggar kuantiti ubat-ubatan untuk dipesan berdasarkan keperluan.
Memesan ubat-abatan menggunakan kod-kod yang ditetapkan.
Mengemukakan indent untuk kelulusan dan tandatangani Pegawai Farmasi yang menjaga selaras dengan Akta Racun 1952.
Menyerahkan indent yang telah ditandatangani ke Stor Farmasi untuk bekalan.

Penerimaan dan Penyimpanan :

menerima dan memeriksa bekalan yang diterima dari Stor Farmasi berdasarkan pesanan bagi memastikan bekalan betul dan berkedaan baik.
Menyimpan dan merekod ubat-ubatan serta merta secara teratur.
Melaksanakan pemeriksaan dari masa kesemasa untuk mengesan ubat-ubat yang melewati tarikh luput, rosak, ubat-ubat lambat bergerak, ubat / bekalan dipanggil balik ( Recall Product ) atau tidak boleh digunakan dan mencatatkan keputusannya.
Menyerahkan keputusan kepada Pegawai Farmasi yang menjaga dan membantu dalam menyediakan senarai ubat-ubatan untuk pelupusan mengikut prosedur prosedur seperti yang digariskan dalam Arahan Perbendaharaan atau senarai Ubat-Ubat Yang Lambat Bergerak untuk diedarkan kepada pengguna-pengguna lain jika perlu.

Pengrekodan :

Bertanggung jawab menjaga rekod penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran ubat-ubatan samaada secara sistem kad atau computer.
Bertanggungjawab menyimpan rekod dan mengawal ubat-ubatan yang bertarikh luput.


Pendispensan ( Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar ) :

Menjaga kebersihan farmasi terutamanya kaunter-kaunter ubat.
Memastikan alat sukatan, bekas-bekas ubat, alat-alat keengkapan farmasi , botol ubat,sampul ubat adalah bersih dan dalam keadaan yang baik untuk digunakan.
Menapis preskripsi untuk menentukan maklumat-maklumat yang terkandung lengkap, kepalsuan, interaksi ubat-ubat dan dos-dos yang dipreskrib dalam kadar lingkungan bukan norma (not within normal range)
Mendispen ubat kepada pesakit-pesakit dengan menyampaikan arahan-arahan yang terang tentang cara penggunaan / pengambilan ubat dalam bahasa yang difahami.
Menyimpan rekod ubat psikotropik dan ubat-ubat terkawal yang didispen kepada pesakit sebagaimana peruntukan Akta Racun 1952.
Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pemonitoran kegunaan ubat-ubatan.

Penyedian Sediaan Extemporaneous :

Menyediakan sediaan-sediaan extemporaneous berpandukan format standard yang diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga apabila perlu.
Perkhidmatan Pesakit Dalam :

Menyertai dalam perancangan pelaksanaan dan pemonitoran ubat-ubatan dan alat-alat perubatan / pembedahan ke Wad.
Menyediakan disinfektan untuk kegunaan wad mengikut SOP (Standard Operating Procedures ) .
Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga semasa Pemeriksaan Wad / Unit bila perlu.
Mengisi troli dan mendokumentasikan profail ubat pesakit didalam kes System Individualised Drug Distribution .
Memastikan label-label , botol-botol dan sebagainya untuk kegunaan wad adalah di dalam keadaan yang baik.


Perkhidmatan Farmasi Klinikal -
( Perkhidmatan Pemonitoran Drug Terapeutik [TDM] ) :

Menerima sampel darah serta dengan borang permintaan TDM dan memastikan nama dan nombor pendaftaran pesakit atas label sampel darah adalah sama seperti di atas borang.
Memeriksa kehendak-kehenda penyimpanan dan memastikan samada sampel darah yang diterima normal , haemolysed atau icteric
Centrifugekan sampel darah.
Memulakan prosedur-prosedur assay di atas serum darah yang telah dicentrifuge, dengan menggunakan mesin Analisis Serum Drug Concentration.
Merekod dan menfailkan semua maklumat mengenai pesakit dan keputusan assay yang diperolehi.
Mengemukakan keputusan ujian kepada Pegawai Farmasi yang menjaga untuk diperiksa dan dinilai.
Menjalankan calibrasi reagen sebulan sekali atau bila perlu di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi yang menjaga.
Memastikan semua sampel darah yang tidak diguna, dimusnahkan mengikut SOP Standard Operating Procedures .
Memastikan semua stok reagen dan disposables mencukupi.
Memaklumkan kepada Pegawai farmasi yang menjaga jika berlaku sebarang kerosakan alat/mesin atau lain-lain masaalah untuk tindakan selanjutnya.


Perkhidmatan Farmasi Klinikal
( Perkhidmatan Rekonstitusi Drug Sitotoksik [ CDR ] ) :

Menyediakan bilik Rekonstitusi Drug Sitotoksik dan kabinet cytogard setiap pagi mengikut SOP Standard Operating Procedures .
Menyediakan label-label yang perlu selaras dengan borang permintaan rekonstitusi yang telah disemak dan diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga.
Menyedia dan mengatur drug dan alat-alat yang diperlukan dalam kabinet Cytogard untuk Rekonstitusi Drug Sitotoksi CDR selaras dengan Standard Operating Procedures ( SOP ) .
Menbantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam aktiviti-aktiviti aseptk rekonstitusi.
Membungkus dan melabel drug sitotoksik yang direkonstitusi untuk disemak dan diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga.
Membersihkan kabinet cytogard selepas persediaan drugsitotoksi , selaras dengan SOP.
Memusnahkan semua drug yang tidak digunakan serta soiled item dengan betul selaras dengan Cytotoxic Drug Reconstitutions Procedure Manual .
Menghubungi Jururawat yang menjaga wad untuk memungut drug yang direkonstitusi dan memastikan drug tersebut diterima oleh Jururawat yang berkenaan.
Bertanggungjawab ke atas kawalan iventori drug, reagen dan alat-alat yang diperlukan serta memastikan stok yang mencukupi sentiasa dijaga. Apabila paras stok rendah atau lambat bergerak, Pegawai Farmasi yang menjaga diberi makluman untuk tindakan susulan.



Perkhidmatan Farmasi Klinikal
( Perkhidmatan Total Parentral Nutrition [TPN ] ) :

Mengawal item floor stok yang diperlukan untuk penyediaan TPN.
Memeriksa dan memastikan bekalan drug dari stor mencukupi.
Menjaga kebersihan umum bilik bersih selaras dengan Standard Operating Procedures ( SOP)
Mendisinfak kabinet luminar flow sebelum dan selepas digunakan mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) .
Menyediakan alat-alat , drug dan label untuk penyediaan TPN mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) .
Membantu Pegawai Farmasi dalam penyediaan solusi TPN menggunakan teknik aseptik.
Memastikan isipadu setiap solusi yang digunakan dalam penyediaan TPN sebagaimana dalam kertas kerja yang disediakan oleh Pegawai Farmasi.
Menghantar sampel ke makmal untuk analisa dan pensterilan kandungannya.
Mengeluarkan sediaan TPN untuk kegunaan wad setelah memperolehi kelulusan .

Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD )
( Penerangan Ubat-Ubatan Di Kaunter ) :

Memberi arahan-arahan penerangan dalam penggunaan medikasi yang betul dalam kes-kes yang tidak rumit.


Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD )
( Pusat Penerangan Ubat-Ubatan ) :

Penyusunan penerangan ubat-ubatan ( Compilation ) . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga di dalam pengumpulan dan menfailkan maklumat-maklumat mengenai ubat-ubatan, artikal / abstrak yang berkaitan selaras dengan sistem yang ada di pusat tersebut. Membantu dalam dokumentasi dan kemasukan data yang ada hubungkait dengan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan. Membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan semasa semakan utilisasi ubat-ubatan atau lain-lain kajian atas aktiviti yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Farmasi.
Retrieval maklumat ubat-ubatan . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pengeluaran dokumen / artikal / abstrak yang berkaiatan dengan permintaan dan mengemukakan kepada Pegawai Farmasi untuk penilaian dan pembentukan yang berpatutan dengan keperluan peminta.
Percetakan Buletin , Newsletter dan lain-lain maklumat ubat-ubatan dan perkhidmatan pendua. Membantu Pegawai Farmasi dalam setting, artwork, pembacaan proof, mencetak dan menyampaikan maklumat ubat-ubatan melalui Buletin / berita yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Drug ( PMD ).
Penjagaan iventori. Membantu Pegawai Farmasi dalam penjagaan iventori , alat-alat kelengkapan, alat-alat sumber, dan sebagainya di Pusat Maklumat Drug ( PMD )


Pengeluaran dan Kawalan Mutu Dalam Proses :

Perolehan bahan-bahan mentah. Membantu dalam perolehan bahan-bahan mentah, komponen-komponen bungkusan, alat-alat pembungkusan dan label mengikut kertas kerja yang standard.
Membantu dalam pemeriksaan / penapisan dan pengrekodan maklumat-maklumat berkaitan nombor kontrol , nombor kumpulan dan tarikh pengeluaran terhadap bahan mentah , komponen-komponen bungkusan, bahan-bahan pembungkusan dan label-label.
Menyediakan kawasan kerja dan alat-alat untuk proses pengeluaran.
Menjalankan proses pengeluaran sebagaimana tertera di dalam Standard Operating Procedures selaras dengan Good Manufacturing Practice di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu .
Menjaga dokumentasi yang teratur bagi semua proses pengeluaran yang dijalankan sebagaimana yang tertera dalam Standard Operating Procedur selaras dengan kehendak-kehendak Good Manufacturing Practice di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
Melaksanakan Ujian Kawalan Mutu dalam Proses ( IPQC ) sepanjang proses pengeluaran sebagaimana tertera dalam Standard Operating Procedures selaras dengan Good Manufacturing Practice di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu .
Membantu dalam pemonitoran proses pengeluaran untuk memastikan komplian kepada Good Manufacturing Practice .
Bertanggungjawab keatas operasi dan penjagaan mesin-mesin serta alat-alat kelengkapan yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Menjaga rekod yang teratur berkenaan dengan operasi dan penjagaan mesin-mesin serta alat-alat kelengkapan.
Bertanggungjawab secara bersama menentukan keselamatan kakitangan kawasan pengeluaran.
Membungkus ubat-ubat mengikut Standard Operating Procedures .


Fungsi Kawalan Mutu - Di Dalam Makmal Analitikal :

Menjalankan Sampling bahan-bahan mentah, komponen-komponen bungkusan, bahan-bahan intermediate dan produk-produk siap selaras dengan Sampling Protocol yang ditetapkan di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
Menerima, memeriksa dan merekod samada semua sampel yang diterima sebagaimana yang tertera di bawah Standard Operating Procedures .
Menyediakan reagen dan bahan-bahan ujian yang diperlukan di dalam analisis sampel selaras dengan kaedah-kaedah analisis yang ditentukan.
Menganalisa sampel-sampel di bawah arahan dan penyeliaan Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
Mendokumentasikan semua data-data analitikal dan laporan-laporan ujian selaras dengan Amalan Makmal Yang Baik Good Laboratoring Practice .
Menyelaraskan tentuanukur ( Calibration ) semua alat-alat analitikal dan alat-alat kelengkapan selaras dengan Amalan Makmal Yang Baik Good Laboratoring Practice .
Menjaga rekod-rekod yang teratur bagi hal-hal yang berkaitan dengan tentuanukur
( Calibration ) , operasi penjagaan dan iventori semua instrumen analitikal dan alat-alat kelengkapan.
Membantu dalam penubuhan ( Establishment ) dan piawaian bahan-bahan kimia dan Biological Reference Standard .
Bertanggungjawab ke atas penjagaan rekod iventori untuk bahan-bahan kimia, reagen, glassware dan sebagainya.
Mahir dalam penggunaan komputer yang berhubungkait dengan automasi makmal.
Bertanggungjawab bersama menentukan kebersihan dan keselamatan makmal.

Fungsi Kawalam Mutu Di Dalam Hospital ( Expanded Role ) :

Dengan perkembangan Terapeutic Drug Monitoring ( TDM ) di Hospital, keperluan segera timbul untuk tenaga mahir yang diperlukan dalam memberi sokongan teknikal bagi melaksanakan fungsi-fungsi analitikal.
Applikasi Kawalan Mutu Asas Ujian Dosage Form yang siap dan bahan-bahan mentah ( Net Delivered And Non Standard Item ) .


Penjagaan Kebersihan :

- Bertanggungjawab keatas kebersihan semua kawasan kerja.
- Bertanggungjawab ke atas kebersihan sanitasi dan kesihatan serta kebersihan seluruh kawasan selaras dengan Good Manufacturing Practice

Lampiran : B

SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN.

(Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI FARMASI HOSPITAL.


1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 29

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi y/m unit atau tempat bertugas.

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras berkaitan dengan pengurusan setok dan bekalan, pendispensan ubatan, pengendalian produk farmaseutikal , pengumpulan data-data dan maklumat, memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih dan lain-lain tugas yang relevan untuk menjayakan matlamat perkhidmatan farmasi hospital.

4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :

a. Pendispensan :
Menyediakan tempat kerja sebelum dan selepas, seperti menokok tambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
Melabel dan mengisi ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang di tarima.
Menyemak kesempurnaan dan kesasihan preskripsi.
Menyemak semula ubat-ubatan yang diisikan sebelum di dispens.
Menyerahkan kepada Pegawai Farmasi untuk didispens.
Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat lepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Membuat sedan Standard mengikut formulari hospital bagi cedan yang tidak diperolehi secara komersil.
Menyediakan sedan extemporaneous .
Membuat pencairan dan rekonstitusi persediaan ubat-ubatan yang diperlukan.
Membuat sedan steril.
Menjalankan tugas pembungkusan dan prabungkus
Memastikan semua sedan dilabel dengan sempurna.
Mengendalikan sisa klinikal.
Membuat sedan ubat-ubatan mengikut SOP dan APB.

c. Stok / Bekalan :
Melaksanakan pemeriksaan stok di kaunter atau tempat bertugas.
Membuat inden kuantiti bekalan, penerimaan dan penyimpanan dan penyusunan stok dan pengrekodan.
Membekal kepada unit pengguna dan wad secara sistem tradisional, unit of use dan unit dose.
Menjalankan tugas atas panggilan untuk menyampaikan bekalan ubatan yang diperlukan dalam aktiviti rawatan.
Pemantauan rangkaian sejuk untuk ubat-ubat yang berkenaan.
Mengenalpasti, mengasing dan melaporkan item untuk dilupuskan

4.2. Pengumpulan Data :
Merekod pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi.
Menjalankan pengumpulan data QAP , PF dan lain-lain yang diarahkan.
Memfail dan menyimpan kertas kerja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

4.3. Latihan :
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Membantu mengendalikan keperluan latihan.

4.4. Lain-lain :
Menjalankan tugas dalam kumpulan berkaitan dengan kualiti kerja seperti KMK, inovasi dan sebagainya.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlukan demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI FARMASI HOSPITAL

1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 32

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi y/m unit atau tempat bertugas.

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras berkaitan dengan pengurusan setok dan bekalan, pendispensan ubatan, pengendalian produk farmaseutikal , pengumpulan data-data dan maklumat, memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih dan lain-lain tugas untuk menjayakan matlamat perkhidmatan farmasi hospital. Pegawai berkenaan hdala juga dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas-tugas penyeliaan anggota dan penyelenggaraan fasiliti ditempat bertugas.

4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :

a. Pendispensan :
Memastikan kaunter-kaunter mendispen dalam keadaan yang sian sedia untuk operasi harian.
Monokok tambah stok ubat-ubatan dan bahan mendispen dari sub stor ke kaunter.
Menyemak kesempurnaan dan kesahihan preskripsi.
Melabel dan mengisi ubat-ubatan yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang di tarima.
Menyemak semula ubat-ubatan yang diisikan sebelum didispens.
Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Memastikan persediaan peralatan dan tempat kerja memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Membuat sedan Standard mengikut formulari hospital bagi sedan yang tidak diperolehi secara komersil.
Menyediakan cedan extemporaneous
Membuat pencairan dan rekonstitusi persediaan ubat-ubatan yang diperlukan.
Membuat sedan steril.
Menyedia dan menyemak silang kertas kerja dan aktiviti pembungkusan dan prabungkus
Mengendalikan sisa klinikal.
Membuat cedan ubat-ubatan mengikut SOP dan APB.

4.2. Pengumpulan Data :
Merekod pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi.
Menjalankan pengumpulan data QAP, PF dan lain-lain yang di arahkan.
Memfail dan menyimpan kertas kerja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

4.3. Latihan :
Memainkan peranan sebagai preceptor bagi Penolong Pegawai Farmasi Pelatih.
Memberi bimbingan kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang dirahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Memantau pencapaian CPD anggota dalam unit.
Membantu mengendalikan keperluan latihan.

4.4. Tugas Tugas Penyeliaan :
Menyediakan jadual tugas dan pengurusan cuti anggota dalam unit.
Menyemak tuntutan anggota berkaitan tugas lebih masa atau tuntutan perjalanan.
Memastikan penyelenggaraan peralatan dan fasiliti mengikut jadual.
Menjadi penilai pertama lepada Penolong Pegawai Farmasi atau anggota bawahan.
Melaporkan kepada Pegawai Farmasi yang mengetuai unit sebarang masaalah atau insiden yang berlaku.

4.5. Lain-lain :
Menjalankan tugas dalam kumpulan berkaitan dengan kualiti kerja seperti KMK, inovasi dan sebagainya.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau atas keperluan untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI FARMASI HOSPITAL


1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 36

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah seliaan langsung Pegawai Farmasi y/m unit berkenaan atau Ketua Pegawai Farmasi..

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras berkaitan dengan pendispensan dan menguruskan keperluan sediaan farmaseutikal untuk operasi farmasi hospital . Pegawai berkenaan juga dikehendaki menjalankan tugas penyeliaan , latihan dan pengurusan data. Pegawai ini juga bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kawalselia keselamatan fasiliti dan pennyelenggaraan peralatan bagi kawasan kerja di mana beliau di tempatkan. ,

4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :

a. Pendispensan :
Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
Menyelia proses perkhidmatan pendispensan mengikut situasi di hadapan kaunter dan keperluan jabatan.
Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit jika ada keperluan.

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Memeriksa peralatan persediaan farmasi untuk memastikan berfungsi.
Memantau dan merekod penyelenggaraan preventif bagi alat dan fasiliti.
Menyemak silang penyediaan farmaseutikal.
Memantau tahap penghasilan sisa dan pembuangannya dalam sesuatu proses penyediaan .
Menguruskan kompleks makmal penyediaan untuk memastikan kelancaran operasi.

4.2. Kawalan Logistik dan Agihan Bekalan :
Melakukan pemeriksaan fizikal dan kuantiti stok.
Membuat anggaran keperluan dan inden bekalan.
Membuat penerimaan , penyimpanan , penyusunan stok , dan pengurusan rekod di sub stor farmasi.
Membuat laporan aduan produk , jika berkaitan.
Memantau dan melapor corak penggunaan ubat-ubatan.
Mengambil langkah alternatif jika timbul masaalah stok ubat dan peralatan.
Mengumpul dan mengasingkan produk panggil balik jika ada keperluan.
Mengendalikan pelupusan ubat-ubatan dan peralatan.


4.3. Pengumpulan Data :
Membuat pengumpulan dan kompilasi data-data berkaitan perkhidmatan farmasi.
Memeriksa dan menyemak silang data-data berkaitan QAP yang di terima.
Mengendalikan penyimpanan kertas kerja dan rekod kumpulan mengikut peraturan yang sedia ada.
Membuat analisa ringkas berkaitan data yang di kumpul dan melaporkan kepada pegawai atasan.

4.4. Pentadbiran dan Ansilari :
Menyediakan jadual tugas dan pengurusan cuti anggota dalam unit.
Melakukan tugas penyeliaan prestasi dan disiplin anggota di dalam unit.
Menyemak tuntutan anggota berkaitan tugas lebih masa atau tuntutan perjalanan
Memastikan penyelenggaraan peralatan dan fasiliti mengikut jadual.
Menjadi penilai pertama kepada Penolong Pegawai Farmasi yang di bawah seliaan langsung.
Melaporkan lepada Pegawai Farmasi yang yang mengetuai unit sebarang masaalah atau inciden yang berlaku.
Membuat siasatan dan laporan terhadap aduan berkaitan unit dan anggota apabila diarahkan.
Membuat cadangan dan anggaran keperluan sumber dan keperluan peralatan dalam proses anggaran belanjawan tahunan.

4.5. Latihan :
Memainkan peranan sebagai preseptor bagi Penolong Pegawai Farmasi Pelatih
Memberi bimbingan kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Memantau pencapaian CPD anggota dalam unit.
Membantu mengendalikan keperluan latihan.


4.6. Lain-lain :
Menggerakkan dan menyelia kegiatan penambahbaikan kualiti dan motivasi di kalangan anggota Penolong Pegawai Farmasi.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlu demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Membantu dalam pelaksanaan projek kajian dan pembangunan jabatan.
Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan bagi fasiliti dan pekerja dalam jabatan farmasi.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI FARMASI HOSPITAL


1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 38

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah seliaan langsung Pegawai Farmasi y/m unit atau Ketua Pegawai Farmasi..

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras berkaitan pendispensan dan menguruskan keperluan sediaan farmaseutikal untuk perkhidmatan farmasi hospital . Pegawai berkenaan juga dikehendaki menguruskan pengagihan tugas, sistem pungutan data dan keperluan latihan. Tanggungjawab tambahan yang lain ialah tugas penjagaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penyelenggaraan fasiliti dan peralatan dan pengurusan aset bagi jabatan farmasi.


4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :

a. Pendispensan :
Menyelia proses perkhidmatan pendispensan mengikut situasi di hadapan kaunter dan keperluan jabatan.
Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit jika ada keperluan.

a. Pengeluaran / Penyediaan :
Memantau dan merekod penyelenggaraan preventif bagi alat dan fasiliti.
Memantau penghasilan sisa dan pembuangannya serta memastikan kewajarannya dalam sesuatu proses penyediaan .
Menguruskan kompleks makmal persediaan untuk memastikan kelancaran operasi.

4.2. Kawalan Logistik dan Agihan Bekalan :
Melakukan pemeriksaan fizikal dan kuantiti stok.
Membuat laporan aduan produk , jika berkaitan.
Memantau dan melapor corak penggunaan ubat-ubatan.
Mengatasi masaalah stok ubat dan peralatan.

4.3. Pengumpulan Data :
Mengendali pengumpulan data berkaitan perkhidmatan farmasi.
Memeriksa dan menyemak silang data-data berkaitan QAP yang di terima.
Membuat analisa ringkas berkaitan data yang di kumpul dan melaporkan kepada pegawai atasan.

4.4. Pemantauan Kualiti :
Menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan dan Kajian Masa Menunggu.
Melaksanakan aktiviti peningkatan kualiti seperti KMK, Inovasi, 5S, ISO, Akreditasi, HSA dan lain-lain yang berkaitan.
Membuat laporan kepada pegawai atasan tentang pencapaian kualiti.

4.5. Pentadbiran dan Ansilari :
Menyediakan jadual tugas induk dan pengurusan cuti anggota dalam jabatan.
Melakukan tugas penyeliaan prestasi dan disiplin anggota di bawah seliaan .
Menyemak tuntutan anggota berkaitan tugas lebih masa atau tuntutan perjalanan
Menjadi penilai pertama kepada Penolong Pegawai Farmasi atau anggota bawahan
Melaksana pengurusan aset Jabatan Farmasi.
Melaporkan lepada Pegawai Farmasi yang yang mengetuai unit sebarang masaalah atau inciden yang berlaku.
Membuat siasatan dan laporan terhadap aduan berkaitan unit atau anggota apabila diarahkan.
Membuat cadangan dan anggaran keperluan sumber dan keperluan peralatan dalam proses anggaran belanjawan tahunan.

4.6. Latihan :
Memainkan peranan sebagai preseptor bagi Penolong Pegawai Farmasi Pelatih
Memberi bimbingan kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Merancang dan mengendalikan keperluan latihan anggota sokongan dalam Jabatan Farmasi.
Menjalankan kursus orientasi kepada anggota baru.
Memantau pencapaian CPD anggota dalam jabatan dan melaporkan kepada ketua Pegawai Farmasi.
4.7 Lain-lain :
Menggerakkan dan menyelia kegiatan penambahbaikan kualiti dan motivasi di kalangan anggota Penolong Pegawai Farmasi.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlu demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Membantu dalam pelaksanaan projek kajian dan pembangunan jabatan.
Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan bagi fasiliti dan pekerja dalam jabatan farmasi.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI FARMASI HOSPITAL


1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 40

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah seliaan langsung Ketua Pegawai Farmasi..

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras berkaitan pendispensan dan menguruskan keperluan sediaan farmaseutikal untuk perkhidmatan farmasi hospital . Pada peringkat ini , pegawai berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menyelia aktiviti kumpulan sokongan dalam jabatan farmasi dan terlibat dalam aspek pengurusan sumber, fasiliti dan aset jabatan. Pegawai ini juga memainkan peranan dalam pasukan pengurusan jabatan farmasi untuk memastikan pencapaian matlamat jabatan.


4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :
a. Pendispensan :
Mengurus dan menyelia perkhidmatan pendispensan mengikut situasi di hadapan kaunter dan keperluan jabatan.
Mengendalikan pemeriksaan proses pendispensan jika perlu.
Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit jika ada keperluan.

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Menguruskan kompleks farmasi untuk memastikan kelancaran perkhidmatan.
Menjalankan pemeriksaan / audit kualiti tertentu secara berkala atau pun mengejut.

4.2. Kawalan Logistik dan Agihan Bekalan :
Melakukan pemeriksaan fizikal dan kuantiti stok.
Membuat laporan aduan produk , jika berkaitan.
Memantau dan melapor corak penggunaan ubat-ubatan.
Mengatasi masaalah stok ubat dan peralatan.

4.3. Pengumpulan Data :
Mengendalikan pengumpulan data berkaitan perkhidmatan farmasi.
Mengendalikan dan menyemak silang pengumpulan data-data berkaitan QAP.
Membuat analisa berkaitan data yang di kumpul dan melaporkan kepada Ketua Pegawai Farmasi.


4.4. Pemantauan Kualiti :
Memantau, membimbing dan menyelaras aktiviti peningkatan kualiti seperti KMK, Inovasi, 5S, ISO, Akreditasi, HSA dan lain-lain yang berkaitan.
Membuat laporan kepada Ketua Pegawai Farmasi tentang pencapaian kualiti.

4.5. Pentadbiran dan Ansilari :
Melakukan tugas penyeliaan prestasi dan disiplin anggota di bawah seliaan.
Menyemak tuntutan anggota berkaitan tugas lebih masa atau tuntutan perjalanan
Menjadi penilai pertama kepada Penolong Pegawai Farmasi atau anggota bawahan
Melaksana pengurusan aset Jabatan Farmasi.
Melaporkan lepada Ketua Pegawai Farmasi yang yang mengetuai unit sebarang masaalah atau inciden yang berlaku.
Membuat siasatan dan laporan terhadap aduan berkaitan unit atau anggota apabila diarahkan.
Membuat cadangan dan anggaran keperluan sumber dalam proses anggaran belanjawan tahunan.
Menjadi pegawai perhubungan antara jabatan dalam isu-isu yang melibatkan aktiviti kategori sokongan.

4.6. Latihan :
Memainkan peranan sebagai preseptor bagi Penolong Pegawai Farmasi Pelatih
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Merancang dan mengendalikan keperluan latihan anggota sokongan dalam Jabatan Farmasi.
Menjalankan kursus orientasi kepada anggota baru.
Membuat anggaran belanjawan untuk latihan
Memantau pencapaian CPD anggota dalam jabatan dan melaporkan kepada Ketua Pegawai Farmasi.

4.7 Lain-lain :
Menggerakkan dan menyelia kegiatan penambahbaikan kualiti dan motivasi di kalangan anggota Penolong Pegawai Farmasi.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlu demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Membantu dalam pelaksanaan projek kajian dan pembangunan jabatan.
Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan bagi fasiliti dan pekerja dalam jabatan farmasi.
Melaksana dan mengatur latihan yang perlu dalam aspek keselamatan dan kesihatan kepad semua anggota farmasi.
Melaksanakan tugas=tugas khas berdasarkan lantikan jabatan.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.



nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Ubatan yang guna bahan radioaktif Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by nori Thu 05 May 2011, 7:01 pm

sambungan, sebab terlalu panjang dan forum x leh terima :

SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
DI KLINIK KESIHATAN.


1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 29

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi y/m atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan.

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas berkaitan pendispensan ubatan, pengendalian produk farmaseutikal, urusan stok dan bekalan, pengumpulan data-data dan maklumat, memberikan bimbingan dan tunjuk ajar lepada pelatih-pelatih dan lain-lain tugas untuk menjayakan matlamat perkhidmatan farmasi kesihatan.

4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :

a. Pendispensan :
Menyediakan tempat kerja sebelum dan selepas, seperti menokok tambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
Melabel dan mengisi ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang di tarima.
Menyemak kesempurnaan dan kesasihan preskripsi.
Menyemak semula ubat-ubatan yang diisikan sebelum di dispens.
Menyerahkan kepada Pegawai Farmasi untuk didispens.
Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat lepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Membuat sedan Standard mengikut formulari hospital bagi cedan yang tidak diperolehi secara komersil.
Menyediakan sedan extemporaneous .
Membuat pencairan dan rekonstitusi persediaan ubat-ubatan yang diperlukan.
Membuat sedan steril.
Menjalankan tugas pembungkusan dan prabungkus
Memastikan semua sedan dilabel dengan sempurna.
Mengendalikan sisa klinikal.
Membuat sedan ubat-ubatan mengikut SOP dan APB.

c. Stok / Bekalan :
Melaksanakan pemeriksaan stok di kaunter atau tempat bertugas.
Membuat inden kuantiti bekalan, penerimaan dan penyimpanan dan penyusunan stok dan pengrekodan.
Membekal kepada unit pengguna dan wad secara sistem tradisional, unit of use dan unit dose.
Menjalankan tugas atas panggilan untuk menyampaikan bekalan ubatan yang diperlukan dalam aktiviti rawatan.
Pemantauan rangkaian sejuk untuk ubat-ubat yang berkenaan.
Mengenalpasti, mengasing dan melaporkan item untuk dilupuskan

4.2. Pengumpulan Data :
Merekod pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi.
Menjalankan pengumpulan data QAP , PF dan lain-lain yang diarahkan.
Memfail dan menyimpan kertas kerja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

4.3. Latihan :
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Membantu mengendalikan keperluan latihan.

4.4. Lain-lain :
Menjalankan tugas dalam kumpulan berkaitan dengan kualiti kerja seperti KMK, inovasi dan sebagainya.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlukan demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.

SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI YANG
BERTUGAS DI FARMASI KLINIK KESIHATAN.


1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 32

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab lepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi y/m atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan.

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras berkaitan pendispensanan ubatan, pengendalian produk farmaseutikal , urusan setok dan bekalan, pengumpulan data-data dan maklumat, memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih dan lain-lain tugas untuk menjayakan matlamat perkhidmatan farmasi kesihatan. Pegawai berkenaan juga diperlukan membuat kerja-kerja penyeliaan anggota dan penyelenggaraan fasiliti di tempat beliau bertugas.

4. SENARAI TUGAS :

4.1.Tugas Teknikal :

a. Pendispensan :
Memastikan kaunter-kaunter mendispen dalam keadaan yang sian sedia untuk operasi harian.
Monokok tambah stok ubat-ubatan dan bahan mendispen dari sub stor ke kaunter.
Menyemak kesempurnaan dan kesahihan preskripsi.
Melabel dan mengisi ubat-ubatan yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang di tarima.
Menyemak semula ubat-ubatan yang diisi dan diserahkan lepada Pegawai farmasi untuk didispen.
Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat lepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
Merujuk kes-kes selektif untuk diberi kaunseling oleh Pegawai Farmasi.
Mengendalikan keperluan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Memastikan persediaan peralatan dan tempat kerja memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Menyediakan cedan extemporaneous dan sedan tertentu.
Membuat pencairan dan rekonstitusi persediaan ubat-ubatan yang diperlukan.
Mengendalikan sisa klinikal.
Menyedia dan menyemak silang yertas verja cedan dan aktiviti pembungkusan dan prabungkus
Memastikan semua cedan dilabel dengan sempurna.
Mematuhi keperluan SOP dalam semua langkah cedan ubat-ubatan.

c. Stok / Bekalan :
Memeriksa stok dan rekod pergerakan ubat dan barang yang disimpan.
Membuat anggaran keperluan dan inden bekalan.
Mengaturkan pengangkutan dan bantuan sokongan untuk urusan bekalan.
Memeriksa dan membuat penerimaan, penyimpanan dan penyusunan stok serta rekod.
Membekal lepada unit pengguna.
Pemantauan rangkaian sejuk untuk ubat-ubat yang berkenaan.
Melaksanakan prosedur untuk pelupusan ubat dan barang.
Mengendalikan proses produk panggil balik jira ada keperluan.
Mengumpul dan mengasingkan produk untuk dilupuskan.

4.2. Pengumpulan Data :
Merekod pengeluaran dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Menjalankan pengumpulan data berkaitan preskripsi.
Menjalankan pengumpulan data QAP perkhidmatan farmasi
Mengemukan laporan statustik dan lain-lain data kepada pegawai atasan.
Memfail dan menyimpan yertas verja, rekod kumpulan dan lain-lain rekod berkaitan kerja.

4.3. Latihan :
Memainkan peranan sebagai preceptor bagi Penolong Pegawai Farmasi Pelatih.
Memberi bimbingan lepada Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang dirahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Membantu mengendalikan keperluan latihan.

4.4. Tugas Tugas Penyeliaan :
Menyediakan jadual tugas dan pengurusan cuti anggota dalam unit.
Menyemak tuntutan anggota berkaitan tugas lebih masa atau tuntutan perjalanan.
Memastikan penyelenggaraan peralatan dan fasiliti mengikut jadual.
Menjadi penilai pertama kepada Penolong Pegawai Farmasi atau anggota bawahan.
Melaporkan lepada Pegawai Farmasi y/m atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan yang mengetuai unit sebarang masaalah atau insiden yang berlaku.
Melakukan lawatan penyeliaan bersama Pegawai atasan.

4.5. Lain-lain :
Menjalankan tugas dalam kumpulan berkaitan dengan kualiti verja seperti KMK, innovis dan sebagainya.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlu demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Membantu pihak atasan dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan untuk komuniti.
Menjalankan tugas gantian di klinik lain apabila diperlukan.
Melakukan lawatan penyeliaan bersama Pegawai atasan.
Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi fasiliti dan pekerja dalam unit Farmasi.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


SENARAI TUGAS GENERIK PENOLONG PEGAWAI FARMASI YANG
BERTUGAS DI FARMASI KLINIK KESIHATAN.


1. JAWATAN DAN GRED :
Penolong Pegawai Farmasi U 36

2. HIRARKI & TANGGUNGJAWAB :
Bertanggungjawab kepada dan bertugas di bawah pengawasan langsung Pegawai Farmasi y/m atau Pegawai Perubatan dan Kesihatan.

3. DISKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teras pendispensanan dan menguruskan keperluan sediaan farmaseutikal untuk perkhidmatan farmasi kesihatan. Pegawai berkenaan juga dikehendaki menjalankan tugas penyeliaan , pengurusan fasiliti , peralatan , data , latihan , penjagaan keselamatan dan kesihatan pekerja bagi tempat kerja.

4. SENARAI TUGAS :

4.1. Teknikal :

a. Pendispensan :
Mengendalikan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu ( SPUB ) bagi klinik kesihatan.
Menyelia proses perkhidmatan pendispensan mengikut situasi di hadapan kaunter dan keperluan jabatan.
Mendispens ubat-ubatan kepada pesakit mengikut keperluan.

b. Pengeluaran / Penyediaan :
Memeriksa peralatan persediaan farmasi untuk memastikan berfungsi.
Merekod penyelengaraan preventif bagi alat dan fasiliti.
Menyemak silang persediaan farmaseutikal .
Menyemak rekod kewajaran penghasilan sisa dalam sesuatu proses penyediaan.
Menguruskan bilik persediaan farmaseutikal.

4.2. Kawalan Logistik dan Agihan Bekalan.
Melakukan pemeriksaan fizikal dan kuantiti stok.
Memeriksa rekod inden bekalan , pnerimaan , penyimpanan , penyusunan stok , dan pengurusan rekod di sub stor farmasi.
Membuat laporan aduan produk , jika berkaitan.
Memantau dan melapor corak penggunaan ubat-ubatan.
Mengambil langkah alternatif jika timbul masaalah stok ubatan dan peralatan.
Menguruskan proses produk panggil balik jika ada keperluan.
Mengendalikan pelupusan ubat-ubatan dan peralatan.

4.3. Pengumpulan Data :
Membuat pengumpulan dan kompilasi data-data berkaitan perkhidmatan farmasi.
Mengendalikan pengumpulan data QAP, PF , dan lain-lain yang diarahkan.
Mengendalikan penyimpanan kertas kerja dan rekod kumpulan mengikut peraturan yang sedia ada .
Membuat analisa ringkas berkaitan data yang dikumpul dan melaporkan kepada pegawai atasan .

4.4. Pentadbiran dan Ansilari :
Menyediakan jadual tugas dan pengurusan cuti anggota dalam unit.
Melakukan tugas penyeliaan prestasi dan disiplin anggota di bawah seliaan
Menyemak tuntutan anggota berkaitan tugas lebih masa atau tuntutan perjalanan
Memastikan penyelenggaraan peralatan dan fasiliti mengikut jadual.
Menjadi penilai pertama kepada Penolong Pegawai Farmasi atau anggota bawahan.
Melaporkan lepada Pegawai Farmasi yang yang mengetuai unit sebarang masaalah atau inciden yang berlaku.
Membuat siasatan dan laporan terhadap aduan berkaitan unit dan anggota apabila diarahkan.
Membuat cadangan dan anggaran keperluan sumber dan keperluan peralatan dalam proses anggaran belanjawan tahunan.

4.5. Latihan :
Memainkan peranan sebagai preseptor bagi Penolong Pegawai Farmasi Pelatih
Memberi bimbingan kepada pelatih Penolong Pegawai Farmasi dan pegawai baru.
Menghadiri kursus-kursus atau sessi latihan yang diarahkan oleh jabatan untuk memenuhi keperluan mata CPD tahunan.
Memantau pencapaian CPD anggota dalam unit.

4.6. Lain-lain :
Menggerakkan dan menyelia kegiatan penambahbaikan kualiti dan motivasi di kalangan anggota Penolong Pegawai Farmasi.
Menjalankan tugas yang diarahkan atau yang perlu demi untuk melaksanakan diskripsi tugas.
Membantu dalam pelaksanaan projek kajian dan pembangunan jabatan.
Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan bagi fasiliti dan pekerja dalam klinik.
Membantu pihak atasan dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan untuk komuniti.
Menjalankan tugas gantian di klinik lain apabila diperlukan.
Melakukan lawatan penyeliaan bersama Pegawai atasan.
Melaksanakan langkah-langkah dan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi fasiliti dan pekerja dalam unit Farmasi.
Melaksanakan tugas-tugas khas berdasarkan lantikan jabatan.
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh pihak atasan.


Lampiran : C



NORMA PERJAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad (28-30 katil)
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkhidmatan Pengeluaran 1 orang : setiap 300 pek sehari
Farmaseutikal
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang


Lampiran : D


PERKHIDMATAN FARMASI ONKOLOGI :

Perkhidmatan Farmasa Onkologi memainkan peranan penting dalam pengrawatan pesakit kanser dalam tugasan pembekalan dan pencampuran ubat-ubatan.

Pada 2006 terdapat 15 hospital di seluruh Negara yang mempunyai Perkhidmatan Farmasi Onkologi iaitu seperti berikut :-

Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Queen Elizabert, Kota Kinabalu
Melaka
Ipoh
Kulim
Kuala Terengganu
Seri Manjung
Tg Ampuan Rahimah, Klang
Selayang
Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Likas, Kota Kinabalu
RPZ II, Kota Bharu
Sultan Ismail, Johor Bahru
Tuanku Jaafar, Seremban

Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Perkhidmatan Farmasi Onkologi terdedah kepada beberapa risiko pekerjaan, tetapi Penolong Pegawai Farmasi tidak pernah mengelak untuk bertugas di unit berkenaan dan sentiasa berkhidmat dengan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi.


Antara risiko yang terpaksa di tanggung oleh Penolong Pegawai Farmasi semasa bertugas di unit Perkhidmatan Farmasi Onkologi, ialah :


Liver damage (Sataniemiet al. 1983)

Fatal loss, spontaneous abortion, fetal malformation
(Selevan, 1985: Stuckeret al., 1990: Heminkiet al., 1985)

Acute symptoms: skin irritation, sore throat, cough, dizziness, headache, allergic reaction, diarrhea, N &V

Reproductive: fetal loss, congenital malformations & infertility
Harrisons, B.R.(2001)Risk of handling cytotoxicdrugs. In M.C.Perry (ed), The Chemotherapy Source Book (3rdEd.:566-582). Philadelphia, P.A. Lippincott, Williams & Wilkins, 1970s

Several chemotherapy agent were linked to secondary leukemia & other cancer in treated patient. Health risk might extend to persons exposed to the drugs
Ng, L.M. & Jaffe, N.(1970).Possible hazards of handling antineoplasticdrugs. Pediatric, 46(4):648-9

Donner,A.L.(1978).Possible risk of working with antineoplasticin horizontal laminar flow hoods. Am J Hosp Pharmacy,35:900

In small, but controlled study, mutagenic activity was found in the urine of patient who received chemotherapy as well as nurses who administered chemotherapy
Cyclophosphamide was present in the urine Of health care workers on 11 of 12 studies, despite the use of precautions Falcket al.(1979).Mutagenicity in urine of nurses handling cytostaticdrugs. Lancet, 1(12):1250-1

Sessink, P.J.M. & Bos, R.P.(1999).Drugs hazardous to health care workers: Evaluation of method for monitoring occupational exposure to cytostaticdrugs.Drug Safety, 20(4):347-359

Lampiran : E

SENARAI BUKU RUJUKAN
PENOLONG PEGAWAI FARMASI SEMASA BERTUGAS


1. Guidelines Towards Excellence in Clinical Pharmacy Practice
( Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Bil 7/2001 )

2. Quality Procedures for Hospital Pharmacy Practice
( Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM 1998 )

3. Hospital Pharmacy Operational Policies And Practices In Malaysia
( Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM 1996 )

4. Good Storage Practice ( GSP ) Guidedlines
Edisi 1 Tahun 1995 PlCs

5. British National Formulary ( BNF )
British Medical Association and Royal Pharmaceutical Society Gt Britain.

6. Martindale ( The Extra Pharmacopoeia )
31 st Edition, The Royal Pharmaceutical Society

7. Formulari i Ubat-ubatan KKM
Fourth Edition December 2004

8. Good Manufacturing Practice ( GMP )
GMP Pharmaceutical February 2003 PICs

9. Good Laborotary Practice ( GLP ) Guidelines
Pharmaceutical products / PICs

10. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

11. Poison Act 1952
Poisons ( Psychotropic Substances ) Regulations 1989

12. Akta Dadah Berbahaya 1952

13. Quality Manual for the Pharmacy Department
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM 1999

14. British Pharmacopoeia ( BP )
Published by Council of Europe.

15. Guidelines on the Handling and Management of clinical wastes in Malaysia , Department of Environment, Ministry of Science , Technology and Environment Malaysia, First Edition August 2002

16. Clinical Pharmacy Practice in the Malasian Health Service,
Pharmaceutical Service Division, Ministry of Health Malaysia 1984

17. Requirements for the development of a pharmacy department in hospitals and community polyclinics with the Ministry of Health Malaysia, Dec 2003.

18. Guidelines towards centres of excellence in clinical pharmacy practice . Clinical Pharmacy Working Committee, Ministry of Health July 2001.

19. Dasar Operasi dan Amalan Farmasi Hospital,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, November 1996.

20. Clinical Pharmacy Practice in the Malaysian Health service : Concep and manual. Clinical Pharmacy Working Committee, Ministry of Health Jun 96

21. Garispanduan penggunaan senarai Ubat-ubatan KKM.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Januari 1999

22. Good Storage Practice, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , KKM 1995, BPFK/P/GP/07

23. Garispanduan kawalan ke atas bahan-bahan psikotropik,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM 2000

( Perkara : Dua Puloh Tiga Sahaja )

(Rujukan : Silibus Peperiksaan PTK Penolong Pegawai Farmasi )

LAMPIRAN : F

SENARAI PERKHIDMATAN KRITIKAL JPA ( 10 OKTOBER 2007 )

1. Arkitek
2. Arkitek Laut
3. Jururawat
4. Jurutera
5. Jurutera Laut
6. Juruterbang / Pemeriksa Juruterbang
7. Juruukur Bahan
8. Malim
9. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA dan MATRADE)
10. Pegawai Farmasi
11. Pegawai Laut
12. Pegawai Penyelidik
13. Pegawai Pergigian
14. Pegawai Perikanan (disiplin kejuruteraan)
15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (disiplin kejuruteraan)
16. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (disiplin kejuruteraan)
17. Pegawai Pertanian (disiplin kejuruteraan)
18. Pegawai Perubatan
19. Pegawai Undang-Undang
20. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional
21. Pemeriksa Kapal Terbang;
22. Pemeriksa Kilang dan Jentera;
23. Pengajar (disiplin kejururawatan);
24. Penjaga Jentera Letrik;
25. Penolong Jurutera Laut;
26. Penolong Pegawai Laut;
27. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera;
28. Pensyarah Pergigian;
29. Pensyarah Perubatan;
30. Pensyarah UiTM (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi) dan
31. Pensyarah Universiti (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi)


LAMPIRAN : G

KRITERIA PERKHIDMATAN KRITIKAL ( JPA ) :

a. peranan dan sumbangan perkhimatan kea rah pe4rtumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah di beri keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara.

b. kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi ke atas factor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan , kadar pusingan ganti dan kadar saran di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan.

c. Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kmahiran dan bakat; dan

d. Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan system waktu kerja yang digunakan.


PPF perlu menyiapkan kertas kerja permohonan BIPK ini secara terkini, lengkap dan menyeluruh kerana kertas kerja awal yang di sediakan oleh persatuan / kesatuan dahulu telah ketinggalan beberapa data dan fakta. Di harap kertas kerja versi 2011 ini akan mendapat pertimbangan yang wajar dan saksama oleh pihak atasan.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 5 Mei 2011



nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Ubatan yang guna bahan radioaktif Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by nori Sun 27 Oct 2013, 11:58 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 



Ubatan yang menggunakan radioaktif memang berlaku dalam prkhidmatan farmasi kerana penyakit telah bertambah, dan Dr Pakar juga ramai. PPF memang tidak boleh melarikan diri dari hal ini. Dan sebagai persediaan masa hadapan eloklah di sediakan langkah-langkah awal sebagai mempersiapkan diri mengharungi dugaan dan cabaran. SPUB juga akan mempertingkatkan perkhidmatan PPF. Pada masa akan datang, semua KK KKM akan menyediakan perkhidmatan Klinik terapi Methadone dan pesakit boleh pilih nak ambil ubat tersebut di mana. Pada masa kini ianya hanya secara SPUB sahaja mengikut alamat pesakit. PPF selalu tertinggal dalam perkembangan di KKM dan antara yang paling ketara ialah Diploma Farmasi hanya di iktiraf setalah 13 tahun berbanding dengan lain-lain paramedik. Gaji PPF pada masa lalu adalah ketinggalan 6 kenaikan berbanding dengan lain-lain paramedik. Iaitu gaji PPF yang telah berkhidmat selama 6 tahun adalah sama dengan lain-lain paramedik yang fresh graduate. Tetapi pengajar sekolah latihan PPF ialah PF sedangkan lain-lain paramedik di ajar oleh paramedik juga. Gaji PPF ialah U8P1T1 sedangkan lain-lain paramedik U8P1T6. Beza gaji tersebut ialah RM220 sebulan. Pada tahun 2003, barulah PPF dapat menikmati U8P1T6 iaitu bertaraf diploma. PPF telah menyumbang kepada penjimatan RM KKM. 


Pada budget 2014, RM150 juta akan di belanjakan bagi pengambilan 6800 jururawat baru. Ini menunjukkan jururawat telah menikmati 15% elaun kritikal dan dapat menambah lagi 6800 jawatan jururawat pengambilan baru. PPF seramai 3500 jawatan di KKM, tampa elaun kritikal, dan lihatlah berapakah bilangan pengambilan PPF baru pada tahun 2014. Secara puratanya bilangan PPF adalah kira-kira 10 % sahaja dari bilangan jururawat di KKM, tetapi skop tugasan jururawat adalah 90% lebih tinggi dari PPF. Dan mungkin pada masa akan datang, jika ada pesakit yang tidak datang ke KK / Hospital untuk mengambil ubat, PPF lah yang akan pergi memjejak pesakit di kediaman mereka berbanding dengan PPP dan SN pada tahun 2013 ini. Dan skop perkhidmatan PPF perlulah di perluaskan sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan KKM. Tepuk dada tanya selera.
 
Dan PPF yang ada ijazah boleh membantu. Berikut adalah PPF yang telah berijazah dan ada yang telah berhijrah kepada kerjaya lain. Saya percaya mereka sedia membantu, memberi pendapat, bimbingan, semangat dsb kepada saudara2 yang berminat nak sambung belajar. Hubungi mereka sekiranya saudara2 memerlukan bantuan/pandangan.
 
Ramai PPF telah menyambung pelajaran dan memiliki ijazah sarjanan muda.
Antara mereka ialah :

1. Abdul Aziz Ibrahim - (W48 Penguasa Kastam, Bukit Kayu Hitam) - 0199844064
2. Wan Rosidi (U32 HRPZ) - 0139303477 - 
wedi.917@gmail.com
3. Hasbullah (U36 H. Jengka) - 0199210740 - 
hasbullah01@yahoo.com
4. Nor Ajah Kirin - (U32 Sarawak) - 
xzah_70@yahoo.com 
5. Shaary Awang Besar - (G41 Ibupejabat Perhilitan KL) - 0179671240 
-shaary@wildlife.gov.my
6. Hayati Juelni - U32 Sarawak - 
jhayatijuelni@yahoo.com
7. Mohamad Radzi Md Rejab - (Pegawai Perhubungan Awam, Arkib Negara Malaysia) - facebook.com/radzimd
8. Kamarul Hata - 
khatadiabo@gmail.com
7. Razalle Dollah - (U36, H. Tanah Merah) - 0199339760 - 
zalle64@gmail.com
8. Mustafa Ahmad (UKM) - 
mus1976@yahoo.com 

9. Munawar Shafri – Penolong Pengarah Kem Belia & Sukan Putrajaya
10. Mohd Nizam Nordin – Penolong Pendaftar UiTM Shah Alam
11. dll
 
PPF yang telah Berjaya menggenggam segulung ijazah, tentunya ada sesuatu untuk di kongsi bersama lain-lain PPF.Apa yang perlu ialah, hubungi mereka. Pastinya mereka sedia membantu sebab kredit hour ijazah ialah 120 dan diploma hanya 90 dan mereka telah melebihi 30 kredit hour daripada lain-lain PPF.

Ada juga antara PPF telah menyambung pelajaran sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Farmasi

Antara mereka ialah :
1.Faridah Loh Yoke Yin – bertugas di UK
2.Gilbert Wong Kui Hwa – Membuka Farmasi di Sabah
3. dll
 
Terdapat perubahan Pemikiran Tahap Tinggi ( High Thinking Order ). Kursus ini di adakan di RESCOM Pulau Pinang. Kursus ini memakan masa selama dua minggu. PPF juga boleh mempelajari pemikiran tahap tinggi tersebut. Usaha yang gigih amat di perlukan.
 
Malaysia akan menjadi Negara maju pada 2020. Malaysia juga akan menjadi Negara berpendapatan tinggi. Tetapi PPF perlu memastikan bahawa tahap gaj dan upah yang di bayar itu adalah bersesuaian dengan kadar yang telah di naikkan. Contohnya ialah KUP U32 iaitu apabila gaji naik, produktiviti juga perlu naik. Tetapi jika KUP U32 masih bersikap seperti U29 senior, maka akan ada kerugian kepada Negara. Sebab SN apabila KUP,terus je bertukar baju dari puteh kepada biru. Sesuatu telah berlaku dan diperhatikan oleh seluruh warga KKM. PPF U29 sehingga U40, masih baju yang sama. Ada positif dan ada negative. PPF sila kaji dan bentangkan, jika positif melebihi negative, teruskan tradisi tersebut.
 
PFF dan PF perlu selalu duduk semeja bagi memakmurkan Negara.
 
Perhimpunan Umno telah berlalu di PWTC. Antara aktivitinya ialah pemilihan ahli MT baru. Untuk makluman semua PPF ahli MT Umno akan bertemu dan bermesyuarat sebanyak 12 kali setahun dan antara aktivitinya ialah memasti kemakmuran dan keharmonian rakyat Negara ini. Dan jika PPF ada persoalan dan isu, ianya boleh di maklumkan kepada ahli MT yang akan menang pada pemilihan tahun ini. Memang tugas ahli MT memastikan semua rakyat Negara ini dalam aman dan bahagia. Secara puratanya ialah setiap negeri di Malaysia akan di wakili oleh 2 orang ahli MT. Ianya adalah amat mudah kerana pada waktu ini PPF telah mempunyai ruang dan peluang baru bagi menyampaikan cadangan, sokongan ataupun persoalan.
 
Sebagai PPF alaf baru, semua PPF perlu menghayati dan memahami visi dan misi KKM iaitu seperti berikut :
 
Visi dan Misi KKM
 
VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
 
MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

 
A.untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
 
B.untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
mengutamakan pelanggan
saksama
tidak membebankan
cekap
wajar mengikut teknologi
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
inovatif
 
C.dengan menekankan:
sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
sifat menghormati maruah insan
penglibatan masyarakat
 
a.untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
 
b.untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
 
c.dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat
 
Seterusnya pada 26 Mac 2012 terdapat isu yang di timbulkan oleh PPF iaitu:
Tiada Penyeragaman Silibus Diploma Farmasi antara IPTA dan IPTS
Kelayakan Yang Rendah Untuk Memasuki Kursus Diploma Farmasi Di IPTA / IPTS
 
Untuk makluman PPF kelayakan IPTA / IPTS di Negara ini perlu mendapat kelulusan :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Jabatan Perkhidmatan awam (JPA)
 
Seterusnya kini terdapat ruang dan peluang yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyuarakan hasrat melalui :
 
TINJAUAN ASPIRASI MASYARAKAT
Kajian semula pelan strategic
Pengajian Tinggi Negara ( PSPTN )
2007 – 2020 ( berbaki 7 tahun sahaja )
 
Teras PSPTN
Akses dan meningkatkan ekuiti
Kualiti pengajaran dan pembelajaran
Penyelidikan dan inovasi
Memperkasa institusi pengajian tinggi
Pengantarabangsaan
Pembelajaran sepanjang hayat
System penyampaian kementerian
 
Untuk sebarang pertanyaan hubungi urus setia
03 87253592 / 03 89248277 / 03 89248795
 
Fax : 03 89248013
 
Website : http://www.moe.gov.my/
 
Terdapat 6 lokasi bagi menyampaikan pandangan dan cadangan dan di harap semua PPF dapat menghadirkan diri melalui biro pendidikan persatuan PPF dan biro pendidikan kesatuan PPF agar suara PPF dapat di dengar.
 
Dan selepas ini tidak akan timbul masaalah kekurangan PPF bagi meneruskan kursus pos basic.
 
Juga pertukaran nama pos basic kepada advance diploma akan dapat di terjemahkan.
 
PPF juga boleh memohon bidang- bidang baru bagi kursus advance diploma.
 
Antara yang boleh diketengahkan ialah nama jawatan PPF pada masa hadapan, tambahan kelayakan bagi PPF dan antaranya ialah Dip in Pharmacy ( IPTA / IPTS ) dan Advance Dip in Pharmacy ( kaunselling, CDR, TPN, Aseptik, DLL )
 
Tetapi jika PPF memilih bagi menjayakan Strategi Lautan Biru ( Blue Oceon Strategy ) bersama PF, biarlah hanya PF sahaja yang hadir dan PPF cuma perlu jayakan sahaja Strategi Lautan Biru tersebut. Pada waktu ini National Blue Oceon Strategy ( NBOS ) antara PDRM dan ATM telah mengadakan program derma darah bersama. Itulah kebaikan NBOS.
 
Perjalanan tahun 2013 telah tiba di bulan Oktober dan sememangnya BPF KKM sentiasa menyokong usaha-usaha murni PPF dan bergantunglah kepada tahap usaha dan ikhtiar hidup PPF sendiri. SURVIVAL.
 
Dan diiharap semua PPF telah melalui dan menjayakan aktiviti seperti berikut :
 
13 dan 14 September 2013 adalah AGM PPFM dan tahniah kepada yang berjaya dan tunggulah tugasan yang menanti.
27 dan 28 September 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat PTJ iaitu Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah.
11 dan 12 Oktober 2013 adalah Mesyuarat MBJ PPF Peringkat Negeri JKN.
25 dan 26 Oktober 2013 AGM Kesatuan PPF di Terengganu. Segalanya telah di bentangkan di sana.
 
Dan semua mesyuarat / pertemuan / perjumpaan / perbincangan di atas perlulah di rekodkan dan di minitkan serta perlu dibawa pada mesyuarat PPF di Terengganu nanti. Dan yang paling penting sekali ialah tidak melupakan jasa dan pengorbanan ketua profesyen dan segalanya perlulah di maklumkan kepada beliau kerana beliau mempunyai kedudukan dan peranan yang penting bagi peningkatan PPF.
 
Dan bagi menjayakan segalanya ialah semua PPF perlu hadir ke INTAN dan mengikuti Kursus Penyediaan Minit Mesyuarat Yang Berkualiti. Intan adalah di bawah JPA. Seterusnya ialah PPF dan INTAN berpisah tiada.
 
Persidangan PPF Peringkat Kebangsaan telah berlalu di Kuala Terengganu pada 25 dan 26 Oktober 2013
 
Pengisiannya ialah
Continous Pharmaceutical Education (CPE)
AGM Kesatuan PPF
Lawatan Sambil Belajar
Harap ramai PPF yang berwibawa telah hadir.
 
Budget 2014 telah Berjaya di bentangkan oleh YAB PM. Tercatat satu perkara iaitu penambahbaikan 81 skim perkhidmatan dalam JPA. PPF pernah menyuarakan agar penambahbaikan berlaku dalam skim PPF iaitu dari U29, U32, U36, U38 dan U40 kepada skim baru iaitu U29, U36 dan U38. Ianya adalah setaraf dengan jawatan penolong jurutera. Kebaikannya ialah, apabila KUP, semua PPF akan dapat U36 dan keburukannya ialah seramai 12 jawatan U40 akan di mansuhkan. Kenaikan yang lain ialah akan terdapat lebih ramai U36 dan skop perkhidmatannya akan di perluaskan dan keburukannya ialah U38 akan melakukan tugas U40. Dan terdapat banyak lagi kebaikan dan keburukannya.
 
Tetapi apabila di buat perbandingan maka kebaikannya akan mengatasi keburukannya. Ianya juga akan dapat menjayakan status Negara maju dan penduduk berpendapatan tinggi dalam masa yang amat pantas, tampa perlu melakukan banyak usaha-usaha yang panjang dan memenatkan. Apapun, sokongan 100% tampa berbelah bahagi daripada golongan dan kalangan PF amatlah di alu alukan kerana tampa sokongan mereka segalanya akan menjadi lebih sukar dan rumit. Kalangan PPF yang telah Berjaya menjadi PF perlulah memberikan pandangan mereka kerana mereka pernah bertugas sebagai PPF dan kini bertugas sebagai PF.
 
Untuk makluman semua PPF juga, budget 2016 telah di sediakan draffnya, dan jika PPF memerlukan apa-apa peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, ianya boleh salurkan ke pihak atasan untuk di masukkan dalam budget 2017.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
 
Tamat
 

27 Okt 2013
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Ubatan yang guna bahan radioaktif Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

Ubatan yang guna bahan radioaktif Empty Re: Ubatan yang guna bahan radioaktif

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum