Sistem pengangkutan patogen
Page 1 of 1
17012009
Sistem pengangkutan patogen
Sistem pengangkutan patogen
PERKATAAN vektor mungkin sesuatu yang baru memandangkan ia lebih
banyak digunakan untuk menunjukkan arah perjalanan daripada penyebar
kuman. Vektor dalam erti kata penularan penyakit berjangkit merujuk
kepada haiwan yang dapat menyebarkan kuman (virus, bakteria, parasit)
kepada manusia. Ini mungkin kerana haiwan terbabit dijangkiti kuman
yang sama, ataupun mereka menjadi 'rumah tumpangan' yang mengangkut
kuman dari satu hos kepada hos lain.
Haiwan mamalia seperti anjing, kelawar dan tikus serta serangga
seperti lalat dan nyamuk merupakan jenis vektor yang paling biasa
ditemui berhampiran penempatan manusia. Punca habitat berhampiran
manusia ini mudah, sama ada manusia sendiri merupakan sumber makanan
atau manusia membekalkan makanan haiwan terbabit (sampah-sarap).
Haiwan liar seperti kelawar biasanya hanya memasuki kawasan
penempatan manusia jika habitatnya diganggu atau dimusnahkan di samping
kekurangan sumber makanan (bunga, buah atau serangga). Anjing liar yang
dibuang tuannya, tikus dan nyamuk pula hadir akibat daripada kekotoran
seperti pengumpulan sampah dan takungan air. Tikus dan anjing juga
boleh membawa kutu yang turut menjadi vektor penyakit kepada manusia.
Bagaimanapun, vektor yang banyak membawa masalah kepada kesihatan
manusia kebelakangan ini adalah nyamuk, yang boleh menyebarkan beberapa
jenis virus dan parasit berbahaya. Kes demam denggi dan chikungunya di
negara ini juga dikesan dalam jumlah yang agak tinggi kebelakangan ini.
Sepanjang 2008, 4,271 kes chikungunya dilaporkan berlaku di seluruh
negara tetapi tiada kematian dan 77 peratus mangsa hanya menerima
rawatan pesakit luar. Dalam tempoh sama, 49,335 kes demam denggi
dilaporkan dengan 112 kematian berbanding cuma 48,846 kes dan 98
kematian pada 2007.
Penyebar
Nyamuk didapati mampu membawa dan menyebar virus serta parasit tanpa
dijangkiti patogen tersebut. Kaedah perlindungan badan serangga ini
bagaimanapun masih kurang difahami. Nyamuk betina menghisap darah
manusia dan haiwan lain sebagai satu tabiat pemakanan dan kitaran
pembiakan.
Air liur nyamuk mengandungi bahan anti-beku darah dan patogen
biasanya memasuki badan mangsa ketika air liur ini disuntik masuk
sebelum nyamuk mula menghisap darah. Dianggarkan lebih 700 juta
penduduk dunia dijangkiti bermacam jenis penyakit bawaan nyamuk (di
kawasan tropika) dan menyebabkan berjuta-juta kematian setiap tahun.
l Malaria
Nyamuk dari jenis Anopheles menjadi pembawa dan penyebar protozoa parasit Plasmodium (spesies P. falciparum, P. malariae, P. ovale, P. vivax dan P. knowlesi)
yang menyebabkan malaria. Malaria merupakan pembunuh utama kanak-kanak
di bawah umur lima tahun, dengan anggaran sekitar dua hingga tiga juta
kematian daripada 515 juta jangkitan setiap tahun. Malaria juga
dianggap amat berbahaya untuk ibu yang mengandung.
Malaria banyak berlaku di kawasan pedalaman tetapi turut dikesan di
kawasan bandar. Mangsa hanya dijangkiti malaria jika digigit nyamuk
betina Anopheles yang membawa parasit Plasmodium. Parasit tersebut
memasuki badan nyamuk ketika ia menggigit seseorang yang sudah
dijangkiti malaria. Parasit Plasmodium akan membiak di dalam sel darah
merah pesakit dan menyebabkan simptom seperti anemia, demam, mual,
sakit seakan selesema serta koma atau maut bagi kes yang teruk.
Spesies P. falciparum merupakan yang paling banyak
menyebabkan malaria pada manusia dan menjadi punca utama kematian
akibat jangkitan malaria. Spesies Plasmodium tertentu juga didapati
dapat menjangkiti burung, reptilia, monyet, cimpanzi dan rodensia.
l Denggi
Nyamuk dari jenis Aedes (spesies Aedes aegypti) merupakan penyebar utama virus denggi dan demam kuning. Kedua-dua virus tersebut menyebabkan demam akut pada pesakit.
Virus denggi juga kadang-kala boleh disebarkan spesies nyamuk Aedes albopictus.
Demam denggi berpunca daripada jangkitan salah satu daripada empat
jenis virus denggi. Jangkitan salah satu jenis virus denggi memberikan
perlindungan imuniti kekal terhadap jenis virus sama tetapi tidak
melindungi pesakit daripada tiga jenis yang lain.
Jangkitan demam denggi kedua tetapi oleh jenis virus denggi
berlainan pula boleh menyebabkan demam denggi berdarah. Sebahagian
kecil pesakit membentuk sindrom renjatan denggi (DSS) yang mempunyai
kadar kematian yang tinggi.
Demam denggi juga dikenali sebagai demam pematah tulang akibat
simptom yang dialami pesakit seperti sakit kepala, otot dan sendi yang
teruk. Pesakit juga mungkin membentuk ruam kemerahan, dari kaki naik ke
dada, di samping simptom sampingan seperti sakit perut, mual, muntah
dan cirit-birit.
Penyebaran denggi hampir serupa dengan malaria tetapi denggi lebih
banyak dikesan di kawasan bandar negara-negara tropika. Denggi
merupakan penyakit bawaan nyamuk kedua terbanyak selepas malaria dengan
anggaran sekitar 40 juta kes dilaporkan setiap tahun.
Wabak denggi dilihat turun dan naik setiap lima hingga enam bulan.
Kitaran ini dikaitkan dengan perubahan iklim dan jumlah vektor (nyamuk)
yang memilih air jernih untuk membiak.
l Chikungunya
Virus Chikungunya (CHIKV) juga disebarkan oleh nyamuk jenis Aedes aegypti,
seperti virus denggi, demam kuning dan virus West Nile (WNV). Demam
chikungunya mempunyai simptom yang serupa dengan demam denggi tetapi
sakit sendi yang berlaku mungkin berlanjutan hingga berminggu atau
berbulan lamanya mengikut umur pesakit. Virus CHIKV juga mampu
bertakung di dalam monyet, membolehkannya terus hidup antara kitaran
jangkitan pada manusia.
l Demam kuning
Nyamuk dari jenis Aedes (spesies A. simpsaloni, A. africanus dan A. aegypti) merupakan penyebar utama virus demam kuning. Nama penyakit ini dikaitkan dengan simptom kekuningan (jaundice)
yang dialami pesakit. Demam kuning sering kali berlaku dengan teruk
tetapi mungkin sederhana jika pesakit pernah dijangkiti virus lain dari
keluarga yang sama (flavivirus).
Demam yang teruk bermula dengan demam, seram sejuk, pendarahan di
bawah kulit, denyut jantung yang laju, sakit kepala, sakit belakang dan
kelesuan melampau. Kekuningan biasanya muncul pada hari kedua atau
ketiga. Simptom-simptom akan reda seketika selepas hari ketiga tetapi
kembali dengan lebih teruk pada peringkat akhir yang berisiko tinggi
berlakunya pendarahan dalaman.
Pesakit yang mengalami pendarahan mungkin muntah berdarah, mengalami
keracauan dan koma yang diikuti dengan kematian. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menganggarkan 200,000 kes baru dan 30,000 kematian
berlaku setiap tahun akibat demam kuning, terutamanya di kawasan yang
tidak menerima vaksin.
l Filariasis (untut)
Filariasis disebarkan oleh spesies serangga tertentu yang menghisap
darah (nyamuk dan lalat). Jangkitan salah satu daripada sembilan jenis
cacing filaria melalui gigitan serangga boleh menyebabkan pembengkakan
teruk beberapa bahagian badan. Dianggarkan lebih 120 juta orang
dijangkiti cacing filaria di seluruh dunia. Penyakit ini terbatas
kepada kawasan tropika mengikut habitat vektor yang menyebarkannya.
Kawasan yang mengalami endemik filariasis mungkin mempunyai 10
peratus golongan wanita dengan kaki atau tangan yang membengkak
sementara 50 peratus lelaki mengalami pembengkakan kawasan genitalia.
l Encephalitis
Encephalitis (pembengkakan akut otak) berpunca daripada jangkitan
bakteria, virus mahupun parasit tertentu, termasuk yang disebarkan
beberapa spesies nyamuk. Punca utama encephalitis melibatkan virus
Japanese Encephalitis, virus West Nile, Herpes simplex dan virus
Influenza A. Rabies, siflis, malaria, protozoa Toxoplasma (parasit
kucing), penyakit Lyme dan HIV juga boleh menyebabkan encephalitis.
Virus West Nile
Spesies nyamuk Aedes albopictus dan Culex pipiens
merupakan antara penyebar utama virus West Nile (WNV) yang mempunyai
struktur dan berada dalam keluarga yang sama dengan virus denggi. Ia
juga mempunyai kaitan kompleks antigen dengan virus Japanese
encephalitis (JE).
WNV biasanya lebih banyak menjangkiti burung melalui gigitan nyamuk
tetapi turut dikesan menjangkiti manusia, kuda, anjing, kucing,
kelawar, tupai dan arnab. Jangkitan WNV menyebabkan encephalitis dan
boleh membawa maut.
Kawalan vektor
Kawalan vektor merupakan kaedah terbaik bagi menyekat penularan
penyakit bawaan vektor, terutamanya jika ubat atau vaksin untuk patogen
punca penyakit berkenaan tiada atau sukar diperolehi.
Pengurus Pembangunan Produk, Kategori Serangga Perosak Syarikat
Reckitt Benckiser, Graeme Smith menjelaskan kawalan vektor boleh
dijalankan melalui beberapa kaedah.
"Bagi nyamuk, kita boleh mengelakkan digigit melalui penggunaan
jaring tingkap, kelambu tidur atau dengan memusnahkan tempat
pembiakannya (air bertakung).
"Selain itu, penggunaan racun serangga yang membunuh atau
mengelirukan nyamuk boleh mengelakkan kita digigit dan dijangkiti kuman
tertentu," katanya.
Menurut beliau, nyamuk memang kuat menghisap darah dalam kitaran
pembiakannya sebelum bertelur dan tidak mengembara jauh dari tempat ia
membiak.
Tambahnya, ini memudahkan kita mengesan takungan air kerana
kehadiran nyamuk menunjukkan tempat ia bertelur cuma beberapa ratus
meter sekitar rumah. Bagi takungan air atau kolam pula, penggunaan ubat
jentik-jentik ataupun membela ikan yang memakan larva nyamuk juga
digalakkan.
Smith menjelaskan sesetengah penyakit bawaan nyamuk seperti denggi
juga belum ada vaksinnya dan perlu dicegah melalui kawalan populasi
vektor.
"Kerjasama komuniti untuk membersihkan kawasan persekitaran dan tempat takungan air dapat memberi impak yang besar.
"Ambil masa 10 minit setiap hari untuk memastikan persekitaran rumah
bebas takungan air dan elakkan keluarga dari menjadi mangsa penyakit
bawaan nyamuk," ujarnya.
Katanya lagi, kerjasama komuniti dan penggunaan jaring, kelambu mahupun racun serangga menjadi kaedah pencegahan pilihan.
Tambahnya, kaedah pembebasan nyamuk jantan steril (mandul) yang
dikaji juga masih di peringkat awal dan mungkin belum sesuai digunakan
buat masa ini.
Kawalan mana-mana spesies vektor berkait rapat dengan gaya hidup dan
perbuatan manusia sendiri. Jika kebersihan dijaga, habitat liar tidak
dimusnahkan dan populasi vektor terkawal, pasti sukar untuk kuman dan
penyakit disebarkan. Oleh itu, elakkan menjadi 'penternak' vektor di
sekitar anda dan ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keluarga
selamat dari ancaman penyakit-penyakit bawaan vektor.
sumber utusan online

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
» CUEPACS Cadang Sistem Saraan Transformatif Menyeluruh
» geng 44
» Terengganu Perkenal Sistem Potong Gaji Kepada Pemain Tidak Berdisiplin
» qualified IMR college xdpt msuk keje ANGKARA kabel POLITIK?!!

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak