FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terengganu Perkenal Sistem Potong Gaji Kepada Pemain Tidak Berdisiplin

Go down

Terengganu Perkenal Sistem Potong Gaji Kepada Pemain Tidak Berdisiplin Empty Terengganu Perkenal Sistem Potong Gaji Kepada Pemain Tidak Berdisiplin

Post by Info Bola Sepak Thu 03 Jan 2013, 11:15 pm


Terengganu Perkenal Sistem Potong Gaji Kepada Pemain Tidak Berdisiplin Datuk-Seri-Ahmad-Said
KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama) -- Terengganu akan mengenakan tindakan potong gaji kepada pemain skuad Penyu dan T-Team yang didapati sengaja melakukan kesilapan sehingga menjejaskan pasukan pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dilihat perlu kerana pada musim lepas ada pemain yang dilihat sengaja melakukan kesalahan agar dikenakan kad kuning atau dibuang padang sehingga menjejaskan formasi pasukan.

"Saya tidak boleh bertolak-ansur dengan pemain-pemain yang tidak berdisiplin kerana kita (kerajaan negeri) melabur bukannya sedikit bagi kedua-dua pasukan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak pemain Liga Super untuk pasukan Terengganu dan T-Team, di sini Rabu malam.

Keputusan itu juga bagi memastikan impian kedua-dua pasukan terbabit membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala pada musim yang akan bermula tidak lama lagi, tidak berkecai di tengah jalan gara-gara isu disiplin pemain.

"Pemain-pemain perlu ingat, tahun ini persaingan Liga Malaysia bertambah sengit memandangkan pasukan-pasukan membuat pelaburan begitu besar dengan membariskan bintang-bintang ternama," katanya.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Terengganu Perkenal Sistem Potong Gaji Kepada Pemain Tidak Berdisiplin Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum