FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terengganu Tidak Lemah Semangat Tanpa Owona

Go down

Terengganu Tidak Lemah Semangat Tanpa Owona Empty Terengganu Tidak Lemah Semangat Tanpa Owona

Post by Info Bola Sepak Fri 26 Apr 2013, 9:45 am


Terengganu Tidak Lemah Semangat Tanpa Owona Image
KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) -- Ketiadaan penyerang berbisa Jean-Emmanuel Effa Owona paling dirasai oleh Terengganu menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di sini, esok.

Jurulatih Terengganu E Elavarasan mengakui khidmat Owona sudah pasti ditagih di barisan depan namun skuad penyu perlu menerima hakikat bahawa pemain kelahiran Cameroon perlu pulih daripada kecederaan pergelangan tangan kanannya.

Terengganu, yang menghuni tangga ketujuh dalam liga, mampu mencipta perubahan dengan kehadiran Owona kerana pemain berusia 29 tahun itu telah menyumbang enam gol daripada 15 jaringan dalam 13 perlawanan setakat ini.

Bagaimanapun, Elavarasan menegaskan ketiadaan Owona tidak akan melemahkan semangat anak didiknya dengan harapan menghasilkan gol sudah pasti disandarkan ke bahu penyerang tempatan.

"Saya percaya pemain tempatan mampu menggalas tugas yang diberikan kepada mereka dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata ketiadaan Owona dalam barisan kesebelasan utama bukan perkara baharu kerana pemain itu pernah direhatkan dalam empat perlawanan sebelum ini.

Katanya anak buahnya perlu berfikiran positif dan membuang sikap bahawa tidak boleh bermain dengan baik tanpa kehadiran Owona.

"Saya yakin dengan barisan pemain yang dimiliki Terengganu malah mereka menunjukkan semangat dan komitmen tinggi menggalas tanggungjawab memperbaiki kedudukan dalam liga," katanya.

Beliau berkata ketiadaan Owona juga dapat membuka peluang kepada pemain tempatan menunjukkan kebolehan masing-masing, sekali gus mengutip tiga mata penuh ke atas Negeri Sembilan yang kini tercorot dalam liga tanpa sebarang kemenangan.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Terengganu Tidak Lemah Semangat Tanpa Owona Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum