FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jean-Emmananuel Effa Owona

Go down

Jean-Emmananuel Effa Owona Empty Jean-Emmananuel Effa Owona

Post by Info Bola Sepak Tue 10 Jan 2012, 7:27 pm

Awas Selangor! – Effa Owono

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my

Jean-Emmananuel Effa Owona Su_07.1




SEREMBAN – Selepas beraksi cemerlang membantu Negeri Sembilan
menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, kudrat Jean-Emmananuel Effa Owona
(gambar) terus ditagih bagi membenam Selangor dalam perlawanan sulung
Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata,
ayam tambatan dari Cameroon itu kini berada dalam prestasi baik dan
cergas untuk diturunkan membantu pasukan mengutip tiga mata pertama.

‘‘Secara pasti kita akan menurunkan Effa Owona yang merupakan
satu-satunya pemain import kita yang diharapkan dapat membantu jentera
serangan merobek kubu pertahanan Selangor.

‘‘Biarpun kita baru menjuarai perlawanan Sumbangsih, perlawanan esok
(hari ini) adalah berbeza, jadi kita akan melakukan perubahan pemain
selepas menilai prestasi mereka,” katanya di sini, semalam.

Tambahnya, pemain senior seperti Mohd. Shukor Adan dan Idris Karim
mungkin akan disenaraikan untuk perlawanan itu, tetapi keputusan itu
bergantung kepada nasihat dan ujian pakar perubatan pasukan.

Mohd. Azraai turut memberitahu, beliau tidak menjadikan faktor
bermain di gelanggang sendiri sebagai satu kelebihan kepada pasukannya
kerana secara logiknya semua pasukan pasti bersemangat untuk beraksi
cemerlang pada perlawanan pertama pembukaan liga.

‘‘Lagipun siapa yang tidak kenal Red Giants, sebuah pasukan yang
hebat dan dibarisi pemain ternama. Apatah lagi, Ifran Bakti dan Selangor
sendiri mempunyai sasaran untuk menjuarai piala penting,” ujarnya.

Sementara itu, Effa Owona berjanji akan mempamerkan sentuhan pemusnah sebenarnya apabila bertemu Selangor.

‘‘Ini satu permulaan (gol perlawanan Piala Sumbangsih) dan saya
percaya akan menjadi tumpuan pertahanan lawan. Bagaimanapun, saya yakin
ia bukan halangan kerana tugas saya adalah menjaringkan gol,” katanya.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Jean-Emmananuel Effa Owona Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Jean-Emmananuel Effa Owona Empty Re: Jean-Emmananuel Effa Owona

Post by Info Bola Sepak Tue 10 Jan 2012, 7:31 pm

Rantai 'kaki' Effa Owona


Jean-Emmananuel Effa Owona Su_03.1

BARISAN para pemain dan pegawai
bergambar pada sesi pengenalan pasukan Selangor FA bagi musim 2012 di
Padang SUK, Shah Alam semalam.




JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim optimis dengan kemampuan
barisan pemain pasukan itu dalam misi mengutip tiga mata penuh pada aksi
pembukaan tirai Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku
Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Irfan yang turut menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara
Negeri Sembilan menentang Kelantan, Sabtu lalu mengakui Selangor sudah
bersiap sedia.

Bagaimanapun, Irfan tetap berwaspada dengan ancaman Negeri Sembilan
yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan di Stadium
Nasional, Bukit Jalil lalu.

Selain itu katanya, pemain import baharu pasukan Hoben Jang Hoben,
Jean Emmanauel Effa Owona yang menjadi wira apabila meledakkan dua gol,
sekali gus membantu skuad kendalian Azraai Khor Abdullah menjulang trofi
itu buat kali pertama juga wajib dirantai habis-habisan.

Jurulatih berasal dari Perak itu percaya dengan kemampuan barisan
pemain dan ramuan terbaik yang dimiliki, mereka mampu melakukan
permulaan yang mantap pada saingan liga.

"Sudah tentu Negeri Sembilan kini memiliki semangat yang lebih tinggi
selepas kejayaan menundukkan Kelantan pada aksi Piala Sumbangsih
baru-baru ini.

"Tetapi harus diingat, benteng pertahanan Kelantan cuba mengawal Effa
yang dilihat memiliki fizikal lebih baik dan besar berbanding pemain
Kelantan, mudah menyelinap masuk di dalam kotak penalti.

"Namun, kami memiliki tonggak pertahanan import, Ramez Dayoub yang
akan sentiasa mengawasi penyerang Cameroon itu daripada berleluasa di
dalam kotak penalti kami dan saya yakin kami mampu mengatasi Negeri
Sembilan pada perlawanan pertama kami," katanya pada sidang akhbar
mengumumkan pengurusan dan pemain Selangor di Padang SUK, Shah Alam
semalam.

Sementara itu, keyakinan Irfan turut mendapat respons dari Ramez,
yang ingin membalas kepercayaan jurulatih, berazam untuk menyekat Effa
daripada 'mengganas' di kubu pertahanan Selangor.

Jelas kapten skuad kebangsaan Lubnan itu, setelah mendapat keserasian
bersama rakan-rakan sepasukan, dia yakin dapat melakukan tugas tersebut
dengan baik.

"Effa merupakan seorang penyerang yang hebat. Saya tidak boleh
melakukan (menghalang Effa) seorang diri tetapi saya memerlukan bantuan
daripada rakan-rakan sepasukan.

"Saya percaya dengan bantuan daripada rakan-rakan sepasukan, kami
yakin untuk menyekat Effa, sekali gus kami berazam untuk mengutip tiga
mata penuh yang pertama," ujarnya.


SUMBER : KOSMO
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Jean-Emmananuel Effa Owona Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum