FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Shabery Puji Semangat Kesukanan Penonton Final Piala Malaysia

Go down

Shabery Puji Semangat Kesukanan Penonton Final Piala Malaysia Empty Shabery Puji Semangat Kesukanan Penonton Final Piala Malaysia

Post by Info Bola Sepak Mon 22 Oct 2012, 9:26 am


Shabery Puji Semangat Kesukanan Penonton Final Piala Malaysia Image
PUTRAJAYA, 21 Okt (Bernama)-- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memuji sikap penonton final Piala Malaysia malam semalam yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi.

Katanya sikap sedemikian perlu diteruskan pada masa-masa akan datang terutama ketika skuad negara bersaing mempertahankan Piala AFF Suzuki bulan depan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada penonton yang saya kira menunjukkan sikap profesional, tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang, di sini Ahad.

Pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor itu, Kelantan menundukkan Angkatan Tentera Malaysia 3-2 di hadapan kira-kira 70,000 penonton.

Mengulas perlawanan itu, Ahmad Shabery menyatakan rasa puas hati dengan kualiti dan corak permainan yang dipamer kedua-dua pasukan namun mahu tahap kecergasan dan ketahanan fizikal dipertingkat, terutama bagi pemain yang mewakili negara.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Shabery Puji Semangat Kesukanan Penonton Final Piala Malaysia Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum