FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'Dengkur' ketika menyusu

3 posters

Go down

'Dengkur' ketika menyusu Empty 'Dengkur' ketika menyusu

Post by Fieza Tue 17 Feb 2009, 6:37 pm

'Dengkur' ketika menyusu


Tidak ramai ibu bapa menyedari masalah komplikasi rawan tekak
atau laringomalasia membuatkan bayi mereka mengeluarkan bunyi dengusan
nyaring ketika menelentang.

'Dengkur' ketika menyusu Ke_01.1
BAYI yang menghadapi masalah ini perlu dibaringkan secara mengiring ketika tidur.



Seorang ibu dari Johor Bahru, Afiza (bukan nama sebenar), menyedari
ada sesuatu kelainan pada bayinya. Semuanya gara-gara dia mendengar
bunyi pelik setiap kali menyusukan anak bongsunya yang diberi nama
Zarul itu.
Setiap kali si kecil yang baru berusia dua bulan itu minum susu
sambil berbaring atau posisi menelentang, ia akan mengeluarkan bunyi
seperti berdengkur. Kadangkala bunyinya kuat, dan kadang-kadang
perlahan pula. Afiza tahu, berdengkur bukan suatu yang normal bagi bayi
seusia Zarul.
'Dengkur' ketika menyusu Ke_01.2
LARINGOMALASIA terjadi apabila
kartilej atau rawan yang belum matang berada dalam kedudukan 'terjatuh'
ke dalam kerongkong semasa menarik nafas.



'Dengkur' ketika menyusu Ke_01.3



Risau dengan keadaan itu, Afiza dan suaminya telah merujuk kes
tersebut kepada pakar telinga, hidung dan mulut (ENT). Bingung dan
bersedih dengan nasib yang menimpa anak mereka, hasil pemeriksaan itu
mendapati Zarul mengalami sejenis komplikasi rawan tekak yang dinamakan
laringomalasia.
"Ia biasa terjadi pada kebanyakan bayi. Di negara ini, kes
laringomalasia tidak serius. Keadaan boleh bertambah baik seiring
dengan perkembangan usia bayi," kata pakar otorhinolaringologi di
Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Lim Wye Keat.
Apa yang perlu dilakukan bagi mengurangkan bunyi 'dengkuran' nyaring
itu adalah dengan membaringkan atau menidurkannya secara mengiring.
"Bayi seawal usia dua bulan tidak memerlukan sebarang rawatan lanjut
mahupun ubat-ubatan khusus. Namun, bagi kes yang serius, pemeriksaan
lanjut dan rawatan pembedahan perlu dijalankan," sambung Lim.
Kes seperti ini banyak membuatkan ibu bapa terkejut, apatah lagi
bunyi pernafasan bayi mereka menjadi lebih kuat sepanjang tahun pertama
kerana gaya pernafasan yang menjadi lebih aktif. Namun, ia secara
mendadak akan menghilang apabila bayi mencapai usia lebih 12 bulan.
Laringomalasia (yang diterjemah secara langsung sebagai 'larinks
lembut') adalah keadaan normal bagi bayi yang baru lahir. Kartilej atau
rawan yang lembut dan belum matang di bahagian larinks atas berada
dalam kedudukan 'terjatuh' ke dalam kerongkong semasa menarik nafas.
Secara terperinci, laringomalasia di kalangan bayi disebabkan oleh
larinks supraglotik (bahagian yang terletak di atas kotak suara) yang
tergulung ketat hingga mengikat kedudukan rawan di belakang larinks
(arytenoid).
"Situasi yang menghalang laluan udara itulah yang menyebabkan bunyi
seperti dengkuran itu. Laringomalasia juga boleh terjadi di kalangan
mereka yang lebih berusia, terutamanya mereka yang mengalami komplikasi
di bahagian pertemuan saraf dan otot. Keadaan itu mengakibatkan otot di
kerongkong menjadi lemah," ujar Dr. Lim.
Laringomalasia bukan suatu gangguan tidur, sebaliknya adalah
gangguan pada laluan udara di kerongkong. Biasanya, bayi akan mengalami
kesukaran untuk makan atau minum, tetapi jarang sekali gangguan laluan
udara ini mengancam nyawa.
Walaupun sebab mendapat laringomalasia tidak berkait dengan gen
tertentu, terdapat bukti yang menjelaskan bahawa dalam kes-kes
tertentu, komplikasi ini diwarisi.
Lim menasihatkan ibu bapa agar peka terhadap perkembangan bayi mereka dalam usia kritikal seperti ini.
Mereka hendaklah segera ke hospital jika bayi dilihat berhenti
bernafas lebih daripada 10 saat, sekeliling bibir menjadi biru sambil
dengusan menjadi terlalu kuat, atau sering merapatkan dagu ke leher
untuk membetulkan nafas walaupun sudah diubah posisi atau dikejutkan
dari tidur. - HAMZAH ABDUL HAMID

DICETAK DARI KOSMO ONLINE
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : 'Dengkur' ketika menyusu Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

'Dengkur' ketika menyusu Empty Re: 'Dengkur' ketika menyusu

Post by rozila Sat 14 Mar 2009, 10:25 pm

info yang menarik!!!!...thanks fiza!!! sunny sunny
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : 'Dengkur' ketika menyusu Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6369

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

'Dengkur' ketika menyusu Empty Re: 'Dengkur' ketika menyusu

Post by ZA_70 Wed 18 Mar 2009, 11:15 pm

Eemmm...sebab tu bila ibu membawa bayi mereka ke klinik, jururawat perlu membuat pemeriksaan fizikal yang teliti di samping bertanya pada ibu samada bayinya ada mengalami masalah atau keadaan luar biasa...jika ada masalah, bayi tersebut boleh dirujuk kepada doktor lebih awal dan rawatan awal dapat dilakukan. Wink
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : 'Dengkur' ketika menyusu Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6143

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

'Dengkur' ketika menyusu Empty Re: 'Dengkur' ketika menyusu

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum