HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
+3
rieyna168
<>
HH
7 posters
Page 1 of 1
HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
Simpanlah 10 peratus
Setiap orang ada hajat tersendiri apabila mendapat gaji, baik membeli baju baru atau gajet idaman. Anda bebas berbelanja tetapi simpanlah 10 peratus daripada gaji itu setiap bulan.
SETIAP hari, setiap minggu dan setiap bulan, kita akan bangun tidur dan pergi bekerja. Tidak kira dalam apa jua industri yang kita lakukan. Yang pasti, kita melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab.
Bagaimanapun, saya pasti kadangkala ada juga terdetik di hati kita,
"Untuk siapakah aku bekerja?" Siapakah yang akan mendapat semua atau sebahagian daripada gaji yang diterima pada akhir bulan? Adakah wang gaji itu diagihkan untuk membayar hutang, membayar bil dan lain-lain atau dapatkah kita menyimpan sebahagian daripadanya untuk diri sendiri?
Baiklah, saya pasti ada antara pembaca akan bertanya, apa maksudnya membayar diri kita sendiri? Sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus daripada wang gaji kita adalah hak kita. Hak ini merupakan sebiji benih yang akan ditanam, disiram, dibaja dan dijaga sehingga menjadi sebatang pokok yang akan berbuah. Buah-buahan inilah yang akan membantu kita, anak-anak dan cucu-cicit kita pada hari-hari mendatang.
Saya pasti, apabila kita pulang ke kampung pada hujung minggu semasa musim buah-buahan, emak atau ayah kita akan memerhatikan dengan rasa bangga kerana pokok buah-buahan yang ditanam mereka dapat memberikan nikmat kepada cucu mereka. Konsep yang sama ini juga patut kita amalkan dengan wang gaji yang kita terima pada setiap hujung bulan. Konsep inilah apabila digandingkan dengan masa yang mencukupi akan menjadi harta pusaka untuk generasi akan datang.
Mulakan dari umur yang muda
Ini adalah salah satu tabiat yang perlu kita tanamkan dalam diri kita apabila kita mula berdamping dengan wang. Wang saku yang diberi akan digandakan andai kata anak-anak dapat menyimpannya di dalam tabung.
Apabila tabung mereka sudah penuh, bawa anak-anak ke bank untuk mengemaskini buku simpanan. Untuk kita yang beragama Islam, institusi kewangan yang membuka akaun simpanan anak-anak ialah Lembaga Urusan Tabung Haji. Bukan sahaja dividen yang diberikan sungguh memuaskan, tetapi apa yang penting adalah pada hujung tahun, wang simpanan anak-anak anda akan dizakatkan. Menabung sambil membuat amal jariah, alangkah baiknya perjalanan hidup kita.
Oleh itu, untuk adik-adik yang baru mendapat gaji pertama ataupun yang gemar menyimpan, lakukan potongan gaji sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus daripada gaji bersih kita untuk dimasukkan secara automatik ke akaun simpanan Tabung Haji atau Amanah Saham atau di bank-bank tempatan atau di institusi-institusi kewangan tempatan. Pepatah Melayu ada mengatakan, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.
Tabiat menyimpan membolehkan kita melakukan apa sahaja kerana dengan simpanan yang mencukupi atau berlebihan inilah, kita dapat merancang masa depan kita dengan baik dan teratur.
Perbezaan antara seseorang yang menyimpan sekarang dan membelanjakan wang simpanan untuk masa depan dengan seseorang yang berbelanja sekarang dan terpaksa bekerja pada hari tua adalah sangat ketara.
Pilihannya terletak di tangan anda sendiri. Oleh itu, saya pasti dengan pilihan yang bijak, walau apa keadaan ekonomi yang akan kita hadapi, kita akan dapat mengharunginya dengan selesa.
Saya pasti, ramai juga antara pembaca yang mengatakan, "Ketika umur masih muda ini, saya ada keinginan atau impian yang saya mahu capai pada setiap bulan seperti membeli baju baru, membeli telefon bimbit terkini, membeli kasut sukan yang berjenama dan lain-lain lagi."
Boleh, belilah apa yang diidamkan. Tidak salah. Nasihat saya ialah ketepikan sahaja 10 peratus (paling minimum) untuk simpanan yang akan membawa ke arah kekayaan. Baki 90 peratus, gunakanlah sebaik-baiknya untuk membeli segala yang diidamkan. Tetapi, jangan lupa bahawa kita lakukan pembelian ini setelah kita membayar segala hutang-piutang.
KOSMO ONLINE 20/02/2009 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm
Setiap orang ada hajat tersendiri apabila mendapat gaji, baik membeli baju baru atau gajet idaman. Anda bebas berbelanja tetapi simpanlah 10 peratus daripada gaji itu setiap bulan.
DENGAN simpanan yang mencukupi atau berlebihan, anda dapat merancang masa depan dengan lebih baik dan teratur. - Gambar hiasan |

HH- KERABAT FORUM
- Jawatan : PPP
Gender :
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035
Re: HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
simpan jangan tak simpan
<<BLaCk>>- ADMINISTRATOR
- Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender :
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12807
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan
Re: HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
ya...sama2 kita menyimpan utk kegunaan saat2 genting..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
Aku 200% bekalan untuk hari tua
ieman- AHLI FORUM
- Jawatan : penolong pegawai perubatan
Gender :
Jumlah Post : 6
Umur : 48
Tarikh Register : 21/06/2007
Reputation : 0
Points : 6370
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
skit2 lame2 jd bukit...
heeeee~
heeeee~
fasha_wanna- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender :
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107
Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~
Re: HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
menabung amalan yg baik,...
akoizer- KERABAT TEGAR SENIOR
- Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender :
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827
Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.
Re: HANYA 10 PERATUS SAHAJA...MUDAHKAN!!
masalah sikit jangan kata 10%,aku nak simpan 1% pun masalah. tp takpe kena berusaha.
AMO DINO- AHLI SENIOR
- Jawatan : Stokis Hotperfume
Gender :
Jumlah Post : 97
Umur : 44
Tarikh Register : 06/09/2009
Reputation : 17
Points : 5715
Character sheet
Mutiara Kata saya: Tingkatkan Martabat Paramedik Malaysia,Bersatulah Wahai Perjuang Bangsa Sama-sama Kita Nyalakan Obor Kejayaan
Similar topics
» WAJARKAH PENGGUNAAN PC HANYA UNTUK TUGAS2 RASMI SAHAJA??
» RADIOGRAPHER 39 SAHAJA
» 90 peratus jururawat telah diisi
» untuk pelatih PPP sahaja
» KOLEKSI LIRIK LAGU KENANGAN LAMA....
» RADIOGRAPHER 39 SAHAJA
» 90 peratus jururawat telah diisi
» untuk pelatih PPP sahaja
» KOLEKSI LIRIK LAGU KENANGAN LAMA....
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak