FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

90 peratus jururawat telah diisi

Go down

90 peratus jururawat telah diisi Empty 90 peratus jururawat telah diisi

Post by MaStErMiNd Thu 10 May 2012, 11:46 am

90 peratus jururawat telah diisi 64294_WP
KUALA LUMPUR 7 Mei - Kementerian Kesihatan yakin dapat mencapai sasaran nisbah seorang jururawat dengan 200 pesakit lebih awal daripada jangkaan 2015.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pada masa ini nisbah jururawat dengan pesakit ialah 1:347 iaitu melebihi sasaran untuk tahun ini iaitu 1:375.

''Kita yakin dapat mencapai sasaran itu mengikut anggaran sebenar tetapi kita juga perlu melihat keperluan jururawat di negara ini berdasarkan pertambahan fasiliti kesihatan negara," katanya selepas menutup Kem Kesihatan sempena Hari Jururawat Antarabangsa di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Kota Damansara, dekat sini semalam.

Menurut beliau, pengisian perjawatan jururawat telah mencapai lebih daripada 90 peratus dan ia merupakan pengisian yang terbanyak di kementerian terlibat.

Ketika ini, katanya, jumlah keseluruhan jururawat ialah seramai 96,958 orang iaitu seramai 66,175 jururawat di bawah kementerian, swasta (24,725), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seramai 5,698 orang dan seramai 852 jururawat warganegara asing terutama dari India.

Dalam pada itu, kata beliau, kira-kira 920 jururawat tempatan kini berkhidmat di luar negara dan yang paling ramai adalah di Singapura iaitu 512 orang dan Arab Saudi seramai 369 orang.

''Negara lain termasuklah Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada namun, kementerian melihat situasi itu sebagai salah satu peluang kepada jururawat untuk menimba pengalaman," katanya.

Mengenai masalah penempatan jururawat di pusat kesihatan di negara ini, beliau berkata, kesemua mereka merupakan jururawat lulusan kolej swasta.

''Kebanyakan mereka memohon pusat kesihatan swasta namun, institusi berkenaan enggan mengambil jururawat tanpa pengalaman justeru kementerian telah meminta mereka menimbangkan perkara itu," ujar beliau.

Menurutnya, kerajaan juga membantu dengan mengambil sebahagian daripada lulusan tersebut untuk diserapkan dalam sektor yang bersesuaian di Kementerian Kesihatan.

--- UTUSAN MALAYSIA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum