KATARAK
3 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
KATARAK
Melengah katarak
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Memakai cermin mata hitam dan topi untuk melindungi sinar
ultra ungu matahari boleh melambatkan kemungkinan seseorang mendapat
penyakit katarak.
“SAMA ada berlaku pada sebelah mata atau kedua-duanya, katarak
disebabkan oleh kekaburan yang berlaku pada lensa dalam mata hingga
menjejaskan upaya penglihatan.
“Kebanyakan kes katarak berhubung kait dengan faktor peningkatan
usia,” ujar Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof. Dr. Che
Muhaya Mohamad.
Jelas beliau, walaupun kebanyakan kes komplikasi penglihatan ini
berkait rapat dengan usia, terdapat empat lagi jenis katarak yang
tercatat dalam rekod perubatan.
KATARAK Kongenital terjadi dalam usia kanak-kanak.
Keempat-empat jenis itu ialah katarak sekunder (terjadi selepas
pembedahan masalah mata lain), katarak traumatik (akibat kecederaan),
katarak kongenital (katarak sejak dilahirkan atau terbentuk ketika usia
kanak-kanak), serta katarak radiasi (pendedahan kepada radiasi).
“Secara teorinya ia bermula daripada perubahan yang terjadi pada
lensa di belakang iris dan pupil. Lensa itu berfungsi sama seperti
lensa kamera.
SETELAH memahami manfaat dan risiko, pembedahan adalah penyelesaian utama kepada masalah katarak.
“Ia memfokuskan cahaya ke atas retina di belakang mata untuk rakaman
imej. Lensa ini bertindak menyelaras tumpuan mata supaya kita boleh
melihat objek yang dekat mahupun yang jauh,” terang Che Muhaya.
Lensa yang terbentuk daripada komposisi cecair dan protein itu malangnya boleh terjejas fungsinya seiring dengan usia.
Protein yang sepatutnya bertujuan mencerahkan lensa dan membenarkan
cahaya menembusinya itu boleh terkumpul secara berlebihan dan
mengkaburkan permukaan lensa.
“Ketika inilah katarak bermula. Keadaan kabur itu boleh membesar dan
bertambah buruk hingga membuatkan daya penglihatan seseorang
bermasalah,” terang Che Muhaya yang tidak menolak kemungkinan penyakit
diabetes dan tabiat merokok sebagai penyumbang katarak.
Selain pengumpulan protein, penglihatan terjejas apabila lensa yang
jernih perlahan-lahan bertukar menjadi warna kekuningan atau keperangan.
“Lensa yang berubah warna itu membuatkan penglihatan dipengaruhi ton warna keperangan.
“Semakin lama permukaan lensa yang terjejas itu menyukarkan upaya
seseorang melakukan aktiviti harian seperti membaca, memandu dan
mengecam wajah,” ujar Che Muhaya.
Jika ada pendapat yang mengatakan bahawa katarak merupakan penyakit
untuk warga tua, fikirkan semula. Istilah ‘penyakit mata berkaitan
peningkatan usia’ itu sendiri suatu yang mengelirukan.
Sebenarnya, seseorang yang mendapat katarak tidak semestinya berusia
lebih 60 tahun, sebaliknya sudah banyak kes yang dilaporkan berlaku di
kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an.
“Hanya dengan memakai cermin mata hitam ataupun topi dapat
menghalang sinar ultra ungu matahari daripada menjejaskan mata,
seterusnya melambatkan kemungkinan mendapat katarak.
“Kalau anda merokok, berhentilah,” kata Che Muhaya yang turut
mengesyorkan pengambilan nutrisi yang baik seperti sayuran berdaun
hijau, buah-buahan serta sumber makanan lain yang mengandungi agen
antioksida.
Pesan beliau kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas: Jalani
pemeriksaan mata komprehensif sekurang-kurangnya setahun sekali.
Selain dapat mengenal pasti petanda penyakit mata lain, rawatan awal
bagi sebarang jenis komplikasi mata akibat usia boleh menyelamatkan
deria yang penting itu.
DICETAK DARI KOSMO ONLINE

|

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: KATARAK
sayangi mata anda......
nyamok- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : cari pasal
Gender :
Jumlah Post : 290
Umur : 41
Tarikh Register : 21/06/2008
Reputation : 0
Points : 5974
Re: KATARAK
betul tu...wat yg menggunakan konteks len tu,jagalah kebersihan mata kerna org yg guna konteks len ni lebih mudah mendapat katarak kalau tak jaga ngan bersih..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: KATARAK
Cara mudah rawat katarak
Oleh ZUHAYATI YAZID
Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi mata menghalang cahaya masuk ke dalam mata. - Gambar hiasan
APABILA usia seseorang mencecah 45 tahun, badan pasti menjadi semakin
kurang bertenaga. Anggota lain juga turut tidak secergas dahulu. Mata
juga tidak terkecuali turut mengalami proses penuaan menyebabkan semakin
kabur.
Jika dahulu semua aktiviti mudah dilakukan seperti melihat paparan
pada telefon bimbit atau membaca surat khabar tetapi kini penglihatan
menjadi semakin tidak jelas.
Keadaan ini berpunca daripada katarak yang dikatakan menyerang satu
daripada enam individu yang telah melangkau usia 45 tahun ke atas.
Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi dalam mata yang menyebabkan menghalang laluan cahaya ke dalam mata.
Lazimnya masalah ini berlaku disebabkan proses penuaan, namun ada
juga yang berlaku kepada bayi yang baru lahir dikenali sebagai katarak
kongenital.
Biasanya seseorang yang dijangkiti katarak akan mula mengalami
kekaburan penglihatan dan silau apabila melihat ke arah cahaya yang
terang.
Bagaimanapun dengan kecanggihan teknologi yang ada, katarak kini
boleh disembuhkan melalui pembedahan yang hanya mengambil masa yang
sangat singkat.
Keajaiban untuk menangani masalah katarak kini boleh diperoleh dari
Pusat Pakar Mata Vista yang terletak di The Curve, Damansara, Kuala
Lumpur.
Pusat rawatan yang beroperasi sejak tahun 2003 itu diakui selamat,
mesra pesakit dan dianggap prosedur terbaik dalam menangani masalah
katarak dan juga pembedahan laser.
Tanggungjawab untuk memberi rawatan terbaik turut dipikul oleh Ketua Pakar Bedah Ophthalmik Vista, Dr. Aloysius Low.
Kaedah yang dikenali sebagai pembedahan katarak tanpa pisau LenSx ini
adalah satu prosedur dan teknologi terbaru dalam perubatan merawat
masalah katarak menggunakan laser.
Menurut Dr. Low, teknologi baru yang diperkenalkan itu membolehkan
pakar bedah melakukan pembedahan dengan teliti dan tepat yang biasanya
tidak mampu dilakukan dengan peralatan yang dipegang dengan tangan.
"Rawatan ini yang hanya mengambil masa kurang 30 minit dan tanpa pembedahan besar.
"Melaluinya masalah katarak yang dihadapi bertahun-tahun lamanya
selesai dalam waktu yang cukup singkat,'' katanya ketika ditemui
baru-baru ini .
Malah, melalui Laser LenSx , ia membolehkan pakar bedah membuat
potongan 2.2 mm ke atas kapsul lensa untuk memecahkan katarak tanpa
menggunakan pisau secara manual.
"Serpihan lensa kemudiannya dikeluarkan untuk dihancurkan katarak
yang keras dan pada masa sama mengekstrak serpihan tersebut,'' katanya .
Dalam pada itu, doktor juga akan membersih kapsul belakang mata untuk
mengurangkan kejadian kegelapan kapsul belakang iaitu katarak yang
kedua.
Uniknya kaedah ini, pesakit tidak akan merasai kesakitan sepanjang berlangsungnya pembedahan tersebut.
Selain itu, manfaat lain termasuklah pengurangan risiko komplikasi termasuk buta dan penurunan tekanan pada mata.
Beliau tidak menafikan, terdapat segelintir pesakit yang agak gemuruh apabila prosedur ini dimulakan.
Bagaimanapun, peringkat awal sebelum pesakit bersetuju melakukan rawatan, mereka akan menjalani sesi kaunseling.
''Keadaan ini penting supaya pesakit lebih 'realistik' dengan hasil pembedahan yang akan dilakukan," katanya.
Ditanya mengenai jangka masa yang diambil untuk membuat rawatan, Dr.
Low memberitahu ia cukup singkat iaitu hanya kurang daripada setengah
jam.
Katanya, rawatan moden ini yang dilakukan tanpa rasa sakit, tanpa
meninggalkan parut, cepat dan efektif hanya boleh dilakukan kepada
individu yang berusia 45 tahun ke atas.
Di Malaysia, lebih 55,000 orang menjalani pembedahan katarak setiap
tahun, menjadikannya prosedur pembedahan besar yang paling banyak
dijalankan kini.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Oleh ZUHAYATI YAZID
Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi mata menghalang cahaya masuk ke dalam mata. - Gambar hiasan
APABILA usia seseorang mencecah 45 tahun, badan pasti menjadi semakin
kurang bertenaga. Anggota lain juga turut tidak secergas dahulu. Mata
juga tidak terkecuali turut mengalami proses penuaan menyebabkan semakin
kabur.
Jika dahulu semua aktiviti mudah dilakukan seperti melihat paparan
pada telefon bimbit atau membaca surat khabar tetapi kini penglihatan
menjadi semakin tidak jelas.
Keadaan ini berpunca daripada katarak yang dikatakan menyerang satu
daripada enam individu yang telah melangkau usia 45 tahun ke atas.
Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi dalam mata yang menyebabkan menghalang laluan cahaya ke dalam mata.
Lazimnya masalah ini berlaku disebabkan proses penuaan, namun ada
juga yang berlaku kepada bayi yang baru lahir dikenali sebagai katarak
kongenital.
Biasanya seseorang yang dijangkiti katarak akan mula mengalami
kekaburan penglihatan dan silau apabila melihat ke arah cahaya yang
terang.
Bagaimanapun dengan kecanggihan teknologi yang ada, katarak kini
boleh disembuhkan melalui pembedahan yang hanya mengambil masa yang
sangat singkat.
Keajaiban untuk menangani masalah katarak kini boleh diperoleh dari
Pusat Pakar Mata Vista yang terletak di The Curve, Damansara, Kuala
Lumpur.
Pusat rawatan yang beroperasi sejak tahun 2003 itu diakui selamat,
mesra pesakit dan dianggap prosedur terbaik dalam menangani masalah
katarak dan juga pembedahan laser.
Tanggungjawab untuk memberi rawatan terbaik turut dipikul oleh Ketua Pakar Bedah Ophthalmik Vista, Dr. Aloysius Low.
Kaedah yang dikenali sebagai pembedahan katarak tanpa pisau LenSx ini
adalah satu prosedur dan teknologi terbaru dalam perubatan merawat
masalah katarak menggunakan laser.
Menurut Dr. Low, teknologi baru yang diperkenalkan itu membolehkan
pakar bedah melakukan pembedahan dengan teliti dan tepat yang biasanya
tidak mampu dilakukan dengan peralatan yang dipegang dengan tangan.
"Rawatan ini yang hanya mengambil masa kurang 30 minit dan tanpa pembedahan besar.
"Melaluinya masalah katarak yang dihadapi bertahun-tahun lamanya
selesai dalam waktu yang cukup singkat,'' katanya ketika ditemui
baru-baru ini .
Malah, melalui Laser LenSx , ia membolehkan pakar bedah membuat
potongan 2.2 mm ke atas kapsul lensa untuk memecahkan katarak tanpa
menggunakan pisau secara manual.
"Serpihan lensa kemudiannya dikeluarkan untuk dihancurkan katarak
yang keras dan pada masa sama mengekstrak serpihan tersebut,'' katanya .
Dalam pada itu, doktor juga akan membersih kapsul belakang mata untuk
mengurangkan kejadian kegelapan kapsul belakang iaitu katarak yang
kedua.
Uniknya kaedah ini, pesakit tidak akan merasai kesakitan sepanjang berlangsungnya pembedahan tersebut.
Selain itu, manfaat lain termasuklah pengurangan risiko komplikasi termasuk buta dan penurunan tekanan pada mata.
Beliau tidak menafikan, terdapat segelintir pesakit yang agak gemuruh apabila prosedur ini dimulakan.
Bagaimanapun, peringkat awal sebelum pesakit bersetuju melakukan rawatan, mereka akan menjalani sesi kaunseling.
''Keadaan ini penting supaya pesakit lebih 'realistik' dengan hasil pembedahan yang akan dilakukan," katanya.
Ditanya mengenai jangka masa yang diambil untuk membuat rawatan, Dr.
Low memberitahu ia cukup singkat iaitu hanya kurang daripada setengah
jam.
Katanya, rawatan moden ini yang dilakukan tanpa rasa sakit, tanpa
meninggalkan parut, cepat dan efektif hanya boleh dilakukan kepada
individu yang berusia 45 tahun ke atas.
Di Malaysia, lebih 55,000 orang menjalani pembedahan katarak setiap
tahun, menjadikannya prosedur pembedahan besar yang paling banyak
dijalankan kini.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak