Pembedahan katarak: Apa yang patut anda ketahui
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Pembedahan katarak: Apa yang patut anda ketahui
Pembedahan katarak: Apa yang patut anda ketahui
Oleh: DR. YEOH PHEE LIANG (Advance Vision Eye Specialist Centre Pl.yeoh@advancevision.net.my)
BERIBU-RIBU rakyat Malaysia telah menjalani pembedahan katarak. Iaadalah satu prosedur yang ringkas dan biasa. Meskipun pembedahan ini membawa sedikit risiko, ia tidak mendatangkan masalah yang benar-benarmembahayakan.
Namun demikian, masih terdapat perkara dan isu yang patut disedaridan diberikan pertimbangan sebelum anda menjalani pembedahan katarak.
Apakah yang dikatakan katarak?
Katarak berlaku apabila kanta mata menjadi kabur disebabkan olehpengumpulan protein dalam kanta mata. Tahap keseriusannya bolehdiklasifikasikan mengikut usia, peringkat, jenis dan puncanya.
Bagaimanakah pembedahan katarak dilakukan?
Kebanyakan pembedahan katarak dilakukan dalam dua cara:
1- Pembedahan lebihan kapsul. Insisi/torehan berukuran kira-kira 6mmdibuat di sekeliling kornea dan kanta kabur dikeluarkan daripada mata.
Kanta tiruan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg kapsul (beg kapsulkekal dalam keadaan asal selepas pengumpulan protein dibuang). Lukakemudian ditutup dengan jahitan halus.
2- Fakomulsifikasi. Ini adalah kaedah yang digunakan untuk membuang katarak menerusi insisi tanpa jahitan.
Satu jarum titanium halus yang bergetar pada frekuensi ultrasound(kira-kira 40,000cps) digunakan untuk menanggalkan nukleus kanta, yang dikeluarkan menerusi jarum yang sama.
Kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul tanpa memerlukanjahitan. Kanta yang digunakan adalah sebegitu lembut hinggakan ia boleh dilipat dan dimasukkan menerusi insisi halus.
Kanta itu kemudiannya dikembangkan hingga saiz penuh di dalam beg kapsul yang tersangat getas dan tidak terusik.
Pembedahan bentuk ini dinamakan pembedahan laser tetapi pada hakikatnya ia menggunakan tenaga ultrasound.
Fakomulsifikasi mempunyai beberapa kelebihan berbanding pembedahan lebihan kapsul.
Oleh kerana luka dalam pembedahan fakomulsifikasi adalah lebih kecil, pesakit akan pulih dengan lebih cepat. Lagipun, kemungkinan mendapat jangkitan adalah lebih rendah.
Jika dilakukan oleh pakar, pembedahan ini boleh disempurnakan dalam tempoh lebih kurang sepuluh minit manakala pembedahan lebihan kapsul mengambil masa lebih dua hingga tiga kali ganda. Bagaimanapun, pembedahan fakomulsifikasi lebih sukar dilakukan jika kanta terlalu tebal.
Bilakah seseorang memerlukan pembedahan katarak?
Seseorang tidak seharusnya dipaksa menjalani pembedahan katarak. Keputusan untuk menjalani pembedahan katarak hendaklah ditentukan oleh
keperluan gaya hidup pesakit dan bukan oleh doktor.
Ia bergantung kepada tahap kemerosotan penglihatan yang dialami oleh pesakit. Sebagai contoh, seorang nenek mungkin berpuas hati dengan kejelasan penglihatan sebanyak tujuh puluh peratus kerana tuntutan gaya hidupnya hanya memerlukan dia bermain dengan cucu dan membuat sedikit kerja rumah.
Sedangkan bagi seseorang yang memerlukan penglihatan yang sempurna untuk memandu dan membuat kerja halus, kekaburan penglihatan walaupun sedikit, boleh mendatangkan masalah.
Patutkah saya mempercayai kemahiran doktor atau mesin berteknologi tinggi?
Penggabungan peralatan moden dengan rekod yang terbukti dengan kemahiran doktor adalah kombinasi yang terbaik. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang berterusan, seseorang mesti berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan dakwaan teknologi canggih dan mesin baru.
Biarpun ringkas, pembedahan katarak masih berisiko. Penilaian secara teliti dan penjelasan yang lengkap mesti diberi oleh doktor.
Anda juga seharusnya menyiasat latar belakang kakitangan yang melayani anda - adakah mereka mewakili pelabur swasta yang mengharapkan pulangan lebih tinggi daripada pelaburan mereka?
Atau, adakah mereka benar-benar pakar oftalmologi? Adakah anda lebih suka menerima nasihat daripada seorang doktor atau pakar bedah yang
akan menjalankan pembedahan anda atau pasukan jualan yang cuba mengagumkan anda dengan pakej paling mahal?
Ingatlah, jurujual bukanlah orang yang akan menjalankan pembedahan anda. Bidang ubat-ubatan tidak boleh diperkenalkan semata-mata untuk
mencari keuntungan.
Ia bukan komoditi dan anda seharusnya berwaspada terhadap mereka yang mungkin menggunakan industri perubatan semata- mata untuk kepentingan dan keuntungan mereka sendiri.
Kerana itulah Kementerian Kesihatan berusaha untuk membanteras pelabur yang menggunakan doktor sebagai proksi.
Apakah implan kanta yang harus saya pilih untuk pembedahan katarak?
Selepas katarak dibuang, kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul yang tinggal. Ketepatan kuasa kanta yang dimasukkan dikira sebelum pembedahan.
Kuasa tersebut boleh memulihkan penglihatan mata pesakit kepada 20/20 atau membetulkan rabun dekat atau rabun jauh. Astigmatisme tidak boleh diperbetulkan dengan kanta konvensional tersebut.
Contohnya, sebelum pembedahan, cermin mata yang dipakai mungkin rabun jauh dioptre -3.00, astigmatisme dioptre -0.75. Selepas pembedahan, pesakit mungkin hanya mempunyai kuasa astigmatisme dioptre -0.75.
Pergantungan terhadap cermin mata sebanyak 100 peratus sebelum pembedahan telah berkurangan dan anda boleh melakukan tugas harian tanpa memakai cermin mata.
Tetapi, pencapaian terbaru kini?
Alangkah bagusnya jika ada kanta tiruan yang memperbetulkan kedua-dua jenis kerabunan - jarak jauh dan jarak dekat - tanpa perlu bergantung kepada cermin mata.
Kini, syarikat kanta tiruan yang terkenal seperti Alcon dan AMO telah melancarkan kanta multifokal (berbilang fokus) di pasaran.
Sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat ini, garis panduan yang ketat dan pemilihan pesakit dengan betul sangat penting untuk memastikan kejayaan kanta ini.
Penilaian sebelum pembedahan mesti memastikan pesakit mempunyai hanya sedikit atau tiada langsung astigmatik dan selepas pembedahan, pesakit tersebut hampir tidak memerlukan cermin mata langsung.
Malangnya, doktor dan individu yang terlalu ghairah telah menyebabkan kekesalan di kalangan pesakit yang tidak puas hati dengan kanta baru ini.
Terdapat sekumpulan pesakit yang diberi janji palsu dan akibatnya, mengadu penglihatan yang kabur bagi jarak dekat dan jarak jauh selepas pembedahan.
Saya telah meneliti kes ramai pesakit yang melalui pengalaman yang menakutkan dan kesilapan astimatik yang tinggi.
Lebih menakutkan, sesetengah pesakit yang muda yang masih tidak mengalami sebarang kekaburan dipujuk supaya menjalani pembedahan implan
kanta multifokal.
Memburukkan lagi keadaan, adalah sukar untuk mengeluarkan kanta sedemikian tanpa menjejaskan keutuhan kapsul yang meletakkan kanta dalam kedudukan yang betul.
Di samping itu, seseorang mesti melakukan pembedahan bilateral untuk memperolehi kesan-kesan kanta multifokal sepenuhnya.
Justeru, pesakit menghadapi dilema kerana kanta terlekat dalam beg dan dia keberatan untuk menjalani pembedahan bagi mata yang sebelah lagi dengan kanta yang serupa.
Adakah saya seorang calon yang sesuai untuk pembedahan katarak dan implan kanta multifokal (fokal berbilang)?
Pembedahan diharuskan apabila masalah katarak menjejaskan gaya hidup anda. Semua jenis pembedahan, baik pembedahan katarak, laser mata atau sebarang pembedahan khusus yang lain, mempunyai risikonya.
Oleh yang demikian, semua pembedahan hanya patut dikendalikan oleh doktor yang pakar.
Seseorang tidak harus membiarkan jurujual memujuk mereka supaya menjalani pembedahan. Aspek perniagaan tidak boleh sama sekali melebihi
kepentingan pesakit.
Jika anda digalakkan menjalani sebarang pembedahan seperti implan kanta multifokal, sekurang-kurangnya tanya doktor pakar sama ada dia boleh menjanjikan penglihatan jarah jauh dan jarak dekat yang jelas.
--- UTUSAN MALAYSIA
Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Similar topics
» Rahsia SOLAT yang ramai tidak ketahui......
» Elaun Bagi Kakitangan KKM yang harus Kita Ketahui.
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» 5 rahsia imej lelaki-lelaki yang perlu WANITA ketahui
» Elaun Bagi Kakitangan KKM yang harus Kita Ketahui.
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» 5 rahsia imej lelaki-lelaki yang perlu WANITA ketahui
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak