FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Laman IPTS: Kejururawatan

2 posters

Go down

Laman IPTS: Kejururawatan Empty Laman IPTS: Kejururawatan

Post by Fieza Fri 10 Apr 2009, 8:35 pm

Laman IPTS: Kejururawatan

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my


Matlamat IUCN lahir jururawat terlatih, berkemahiran bagi penuhi keperluan negara

MELETAKKAN visi menjadi pusat kecemerlangan, kreativiti dan
inovasi dalam bidang kejururawatan menerusi pengajaran, penyelidikan,
latihan dan perkhidmatan, Kolej Universiti Jururawat Antarabangsa
(IUCN) yakin menarik minat mereka yang menginginkan kerjaya dalam
bidang kejururawatan.

Menawarkan program pengajian kejururawatan terbaik peringkat
ijazah, sarjana dan doktor falsafah (PhD), IUCN adalah universiti
pertama di dunia memfokuskan kursus berkenaan.

Naib Canselor dan Presiden IUCN, Prof Datuk Dr Hashim
Yaacob, berkata kurikulum yang dibangunkan IUCN memenuhi syarat
digariskan Kementerian Pengajian Tinggi, selain mendapat pengiktirafan
Lembaga Jururawat Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam serta Agensi
Kelayakan Malaysia.

“Kami mempunyai kredibiliti dan sejajar moto IUCN Nursing the
World berazam melahirkan sumber terbaik jururawat terlatih yang mampu
memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa.

“Malah ia selaras matlamat IUCN untuk melahirkan jururawat
terlatih bagi memenuhi keperluan dalam negara kerana ketika ini
kekurangan kakitangan berkenaan ketara dengan nisbah seorang jururawat
bagi 600 orang penduduk,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau menjelaskan, kerjaya sebagai jururawat kini membabitkan mereka
yang berkelulusan tinggi serta berkemahiran sejajar perubahan dunia
perubatan masa kini.

Justeru katanya, keperluan peningkatan taraf pendidikan
mereka amat diperlukan, bukan hanya setakat diploma, malah ijazah,
sarjana dan PhD.

“Pengetahuan jururawat perlu berada pada tahap tinggi
setanding dengan kemajuan negara. Sebab itu di IUCN, kami menawarkan
pembelajaran berdasarkan gabungan kokurikulum dari dalam dan luar
negara.

“Malah, tenaga akademik bukan saja dari Malaysia, malah Indonesia, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat,” katanya.

Dr Hashim berkata, bermula tahun depan, IUCN akan menawarkan program
asas prakejururawatan selama setahun dengan syarat minimum lima kredit
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau menjelaskan, penawaran itu menyediakan asas kukuh
bidang kejururawatan kepada pelajar, selain menjadi laluan mudah
meneruskan pengajian peringkat ijazah kelak.

Justeru, beliau mengalu-alukan lulusan SPM mengunjungi kampus
sementara IUCN di Kampus Bandar di Cova Square, Kota Damansara,
Petaling Jaya sempena Hari Terbuka kolej itu pada 19 April bagi
mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program itu.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, pembinaan kampus utama
di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan kini bermula dan
dijangka mula beroperasi pada April tahun depan.

Katanya, kampus berkeluasan kira-kira 80 hektar itu bakal
dilengkapi bangunan akademik, pusat sukan, makmal bahasa moden, pusat
penyelidikan dan penginapan pelajar.

“Buat permulaan kita menganggarkan 3,000 hingga 5,000 pelajar
dengan 60 peratus daripadanya tempatan, manakala selebihnya pelajar
asing termasuk dari China, Australia, India, Kanada dan Amerika
Syarikat akan mengikuti pengajian di kolej itu,” katanya.

dicetak dari berita harian online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Laman IPTS: Kejururawatan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Laman IPTS: Kejururawatan Empty Re: Laman IPTS: Kejururawatan

Post by ZA_70 Sun 12 Apr 2009, 10:53 am

Eeemmm...satu perkembangan yang bagus tu...
Akhirnya terbina juga pusat pengajian yg specialist berkenaan kejururawatan.... Wink
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Laman IPTS: Kejururawatan Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6080

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum