FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Menentang Selangor Di Laman Sendiri

Go down

Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Menentang Selangor Di Laman Sendiri Empty Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Menentang Selangor Di Laman Sendiri

Post by Info Bola Sepak Tue 05 Mar 2013, 10:09 pm


Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Menentang Selangor Di Laman Sendiri Bl13280721841523
KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) -- Pasukan kelab negeri, T-Team gagal menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri selepas terikat seri tanpa jaringan ketika melayan Selangor dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, petang ini.

Skuad 'The Titans' bimbingan Peter Butler melancarkan serangan bertali arus ke kubu Selangor dan mereka berpeluang membuka tirai jaringan seawal minit pertama permainan menerusi sepakan kencang Ahmad Takhiyuddin Roslan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gawang Selangor Norazlan Razali.

Pada minit ke-46, pemain tengah T-Team itu mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pendahuluan di kala Norazlan meninggalkan posisi beliau, namun sepakannya melewati palang gol pasukan pelawat.

Dua minit kemudian, penyerang import T-Team, George Boateng turut berpeluang menjaringkan gol namun percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh Norazlan.

Pasukan Gergasi Merah bimbingan Irfan Bakti yang sekali sekala melakukan serangan balas berpeluang cerah untuk mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi percubaan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-50, namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol skuad 'The Titans', Mohd Iqbal Suhaimi.

Keputusan seri tanpa jaringan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir permainan oleh pengadil, Syed Azhar Syed Kamar untuk membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Satu mata yang diraih oleh Selangor hari ini membolehkan pasukan itu memintas kedudukan wakil kelab Singapura, Lions XII di tangga ketiga Liga Super dengan 15 mata manakala T-Team kekal di kedudukan ke-10 selepas mengumpul sembilan mata.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Menentang Selangor Di Laman Sendiri Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum