FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selangor Kekal Di Tangga Ketiga Liga Super

Go down

Selangor Kekal Di Tangga Ketiga Liga Super Empty Selangor Kekal Di Tangga Ketiga Liga Super

Post by Info Bola Sepak Sat 11 May 2013, 9:45 am

Selangor Kekal Di Tangga Ketiga Liga Super 167581hp2

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Selangor bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Perak dengan keputusan 1-1 pada perlawanan dramatik Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat.

Perkongsian mata itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Selangor dan Perak yang masing-masing menduduki tangga ketiga dan ketujuh liga dengan pungutan 26 dan 22 mata.

Kedudukan Selangor boleh dipintas oleh pasukan tangga keempat liga, Johor Darul Takzim (Johor DT) sekiranya pasukan selatan tanahair itu menundukkan Selangor PKNS FC di halaman sendiri, Sabtu malam.

Pada pertemuan antara Selangor-Perak, Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa mengejutkan pasukan Gergasi Merah menerusi sepakan percuma yang menarik daripada jarak 20 meter pada minit ke-19 sebelum pemain gantian, Raimi Mohd Nor menyelamatkan maruah Selangor dengan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Kelantan pula terus memberi tekanan kepada pasukan tercorot liga, Negeri Sembilan yang masih belum mencatatkan kemenangan dengan keputusan 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Tiga gol skuad The Red Warriors dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-31, Indra Putra Mahayuddin (minit ke-75) dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-81.

Dalam saingan Liga Perdana, Sarawak berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Sime Darby FC musim ini selepas menundukkan wakil kelab Lembah Klang itu dengan keputusan 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Bobby Gonzales muncul wira skuad Bujang Senang dengan jaringan gol tunggal pada minit ke-19 untuk membolehkan mereka mengutip 37 mata, kurang dua mata berbanding Sime Darby FC yang kekal menerajui takhta Liga Perdana setakat ini.

Di Alor Star, Kedah merekodkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Sabah dalam perlawanan dramatik di Stadium Darul Aman, Alor Star.

Penyerang import dari Croatia, Alen Guc menceriakan penyokong tuan rumah dengan gol seawal minit kelapan selepas mendapat hantaran kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar.

Akmal Rizal Ahmad Rakhli menambah derita pasukan Sabah dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-37 setelah memanfaatkan keadaan kelam kabut yang berlaku dalam kawasan penalti.

Sabah yang tidak berputus asa bangkit menyamakan kedudukan menerusi dua gol pantas oleh Koh Traore dan Safi Abdel Fatah masing-masing pada minit ke-56 dan 58 sebelum Alen Guc menjaringkan gol kemenangan untuk skuad Hijau Kuning menerusi sepakan penalti pada minit ke-80.

Keputusan lain menyaksikan UiTM FC seri 2-2 menentang Johor FA di Stadium UiTM, Shah Alam; SPA Putrajaya FC menundukkan NS Betaria FC 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pos Malaysia pula tewas 1-0 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Kuala Lumpur kalah 2-0 kepada Perlis di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Selangor Kekal Di Tangga Ketiga Liga Super Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum