FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lions XII FC Kekal Di Tangga Teratas Liga Super

Go down

Lions XII FC Kekal Di Tangga Teratas Liga Super Empty Lions XII FC Kekal Di Tangga Teratas Liga Super

Post by Info Bola Sepak Wed 08 May 2013, 1:23 pm


Lions XII FC Kekal Di Tangga Teratas Liga Super Su_01.1
Indra ledak 2 gol untuk membantu Kelantan menewaskan Felda united 3-0
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII FC terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas mengalahkan Terengganu, 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Selasa.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan V. Sundramoorthy itu untuk terus menerajui takhta liga dengan 31 mata selepas 15 perlawanan.

Pada perlawanan itu, pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan selepas menyambar hantaran silang daripada G.Puaneswaran pada minit ke-63 sebelum pemain pertahanan pelawat, Baihakki Khaizan menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk sepakan penjuru kapten pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-78.

Kesilapan pertahanan Terengganu, Hasmizan Kamarodin yang menanduk masuk gol ke dalam gawang sendiri hasil sepakan percuma Shahril pada masa kecederaan membolehkan wakil Singapura itu mengutip tiga mata penuh.

Terdahulu, pasukan pelawat ditimpa malang selepas pemain pertahanannya, Madhu Mohanna dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim pada minit ke-86 kerana mengutip kad kuning kedua.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mengekori rapat kedudukan Lions XII FC di persada liga selepas mengalahkan Johor Darul Takzim FC (Johor DT), 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Marlon Alex James muncul wira skuad 'The Gladiators' dengan dua gol masing-masing pada minit ke-55 dan 63.

Pasukan selatan tanah air itu berpeluang mengurangkan defisit jaringan namun sepakan penalti yang diambil oleh Leonel Nunez pada minit ke-65 berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun.

Kelantan turut meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah Felda United, 3-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Tiga gol skuad The Red Warriors dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-32 dan 35 serta kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi pada masa kecederaan.

Perak yang kembali beraksi di Stadium Perak, Ipoh buat kali pertama musim ini ekoran masalah lampu limpah turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.

Skuad Seladang selesa berada di hadapan menerusi jaringan Paulo Rangel pada minit ke-22 dan Azlan Ismail (minit ke-61) sebelum Mohd Nazrin Mohd Nawi mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan pelawat pada minit-minit akhir perlawanan.

Turut mencatatkan kemenangan ialah Selangor PKNS FC yang menundukkan wakil kelab Terengganu, T-Team dengan keputusan 2-1 di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Pahang gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri selepas hanya mampu terikat seri 2-2 ketika melayan kunjungan Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Lions XII FC Kekal Di Tangga Teratas Liga Super Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum