FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lions XII FC Diaibkan Oleh Kelantan Dalam Aksi Terakhir Liga Super

Go down

Lions XII FC Diaibkan Oleh Kelantan Dalam Aksi Terakhir Liga Super Empty Lions XII FC Diaibkan Oleh Kelantan Dalam Aksi Terakhir Liga Super

Post by Info Bola Sepak Sun 07 Jul 2013, 9:40 am

Lions XII FC Diaibkan Oleh Kelantan Dalam Aksi Terakhir Liga Super Badhri_razi_121110a

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Juara Piala FA, Kelantan mengalahkan juara Liga Super 2013, Lions XII 2-0 pada perlawanan penutup liga musim ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, Sabtu malam.

Gol Kelantan dijaringkan oleh kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit kelima menerusi sepakan sudut cantik dan Dickson Nwakaeme pada minit ke-58.

Selangor pula memastikan tempat kedua liga menjadi milik mereka walaupun terikat seri 1-1 menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 40 mata, namun skuad Gergasi Merah berada di tangga kedua liga berdasarkan perbezaan gol.

Pada perlawanan di Johor Baharu itu, penyerang import Johor DT, Leonel George Nunez membuka tirai jaringan pada minit ke-22 sebelum Francis Forkey Foe menyamakan kedudukan untuk Selangor menerusi sepakan percuma pada minit ke-51.

Keputusan seri itu turut membolehkan Selangor mengiringi Kelantan selaku wakil Malaysia dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), musim depan.

Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pula muncul wira pasukan Perak apabila jaringan penaltinya pada minit ke-79 sudah memadai untuk mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Terdahulu, pemain ATM, Mohd Hafizi Amiruddin diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan pada minit ke-76 kerana mengasari pemain Perak.

Di Stadium Shah Alam, Pahang mencatatkan kemenangan tipis 5-4 ke atas pasukan tuan rumah, Selangor PKNS FC.

Lima gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal pada minit ke-10, R.Gopinathan (20'), Matias Ruben Conti (44'), Mohd Faizol Hussein (49') dan gol sendiri pemain tuan rumah, Ally Imran Samarkhan pada minit ke-54.

Patrick Ronaldinho Wleh pula menyelamatkan pasukan tuan rumah daripada diaibkan Pahang selepas meledak empat gol masing-masing pada minit ke-34, 70 dan 77 dan 90.

Dalam pertarungan melibatkan adik-abang, T-Team dan Terengganu terikat seri 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol skuad T-Team dijaringkan oleh Damir Ibric pada minit ke-13 dan pemain gantian, Ahmad Syamin Yahya pada minit ke-58 manakala dua gol skuad Penyu dihasilkan oleh Mohd Nasril Izzat Jalil pada minit ke-36 dan Mohd Fakhrurazi Musa pada minit ke-51.

Felda United FC pula mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan tercorot liga, Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kemenangan tersebut bagaimanapun tidak memberi sebarang makna buat skuad kendalian jurulatih sementara, Azuan Zain, yang berada di tangga ke-11, sekali gus mengiringi Negeri Sembilan turun beraksi dalam Liga Perdana, musim depan.

Juara Liga Perdana 2013, Sarawak dan naib juara, Sime Darby FC pula akan beraksi dalam Liga Super, musim depan.

Saingan Liga Malaysia 2013 akan diteruskan dengan aksi Piala Malaysia yang dijadualkan September ini.

-- BERNAMA

 
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Lions XII FC Diaibkan Oleh Kelantan Dalam Aksi Terakhir Liga Super Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum