FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lions XII Rampas Takhta Liga Super

Go down

Lions XII Rampas Takhta Liga Super Empty Lions XII Rampas Takhta Liga Super

Post by Info Bola Sepak Sun 31 Mar 2013, 10:23 am


Lions XII Rampas Takhta Liga Super Shahri10
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Naib juara Liga Super musim lepas, Lions XII menamatkan saingan pusingan pertama Liga Super di tangga teratas setelah menang tipis ke atas Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam Sabtu.

Wakil pasukan daripada negara jiran itu berjaya merampas takhta Liga Super dari pasukan 'Gergasi Merah' dengan kelebihan satu mata setelah mengutip 20 mata.

Kapten pasukan, Shahril Ishak menjadi wira pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79.

Johor Darul Takzim tidak mempersiakan peluang bermain di tempat sendiri apabila mengalahkan Terengganu 3-2 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

Skuad kendalian Fandi Ahmad itu kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 19 mata.

Pasukan pelawat bermula garang apabila pemain importnya Jean Emmanuel Effa Owona membuka jaringan pada minit kesepuluh.

Kegembiran skuad 'Penyu' tidak kekal lama apabila penyerang berbisa Johor Darul Takzim, David Guiza meledakan dua gol pada minit ke-37 dan minit ke-45 sebelum Nurul Azwan Roya mengukuhkan kedudukan 3-1 pada minit ke-48.

Terengganu bagaimanapun berjaya bangkit mengurangkan defisit jaringan menerusi Effa Owona pada minit ke-55.

Pahang berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah mengalahkan pasukan kelab dari Terengganu, T-Team 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pasukan pelawat pada awal perlawanan dikejutkan dengan jaringan T-Team menerusi Mohd Muinuddin Mokhtar pada minit ke-25.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Dollah Salleh bangkit dengan menjaringkan tiga gol masing-masing menerusi Mohd Fauzi Roslan minit ke-43, Mohd Faizol Hussein (minit ke-83) dan R.Gopinathan (minit ke-86).

Perak melakukan kejutan apabila mengalahkan Selangor PKNS 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan Mohd Rafiuddin Rodin pada minit ke-75.

Sementara itu, pada saingan Liga Perdana, Kuala Lumpur mengutip tiga mata penuh setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Lions XII Rampas Takhta Liga Super Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum