FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Liga Super: Johor DT Gagal Rapatkan Jurang Dengan Lions XII FC

Go down

Liga Super: Johor DT Gagal Rapatkan Jurang Dengan Lions XII FC Empty Liga Super: Johor DT Gagal Rapatkan Jurang Dengan Lions XII FC

Post by Info Bola Sepak Sun 23 Jun 2013, 9:05 am

Liga Super: Johor DT Gagal Rapatkan Jurang Dengan Lions XII FC Image

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Johor Darul Takzim (Johor DT) mempersia-siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super, Lions XII FC apabila kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu.

Keputusan itu membolehkan pasukan jemputan dari Singapura itu untuk terus menerajui takhta Liga Super dengan 39 mata manakala Johor DT kekal di tangga kedua menerusi kutipan 35 mata, dengan saingan liga berbaki tiga perlawanan.

Pada perlawanan itu, penyerang import Johor DT dari Argentina, Leonel Nunez meletakkan skuad 'Harimau Selatan' di hadapan pada minit kesembilan, hasil kealpaan pertahanan pasukan tuan rumah.

Safuwan Baharudin bagaimanapun menafikan hajat pasukan pelawat untuk memungut tiga mata penuh menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-81.

Pasukan Johor DT terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-86 selepas pertahanan mereka, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin kerana melakukan terjahan keras ke atas Irwan Shah Arismail.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kalah 1-2 kepada Perak.

Azlan Ismail membuka tirai jaringan untuk skuad Seladang pada minit ke-60 sebelum mereka beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-77 selepas M. Yoganathan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana mengasari pemain tuan rumah.

Kesempatan itu digunakan oleh Pahang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang menarik menerusi Mohd Hafiz Kamal, seminit kemudian.

Kealpaan pertahanan Pahang membawa padah apabila penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel menjaringkan gol kemenangan untuk Perak pada minit ke-81.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan hampir pasti diturunkan ke Liga Perdana musim depan selepas tewas 0-1 kepada Selangor PKNS FC.

Kekalahan ke-11 untuk pasukan bimbingan jurulatih sementara, Ridzuan Abu Shah menyebabkan mereka kekal berada di tangga tercorot liga dengan kutipan 10 mata selepas mengharungi 19 perlawanan.

Gol tunggal perlawanan hadir menerusi sepakan penalti oleh pemain tengah Selangor PKNS FC, Mohd Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-17 selepas pemain Negeri Sembilan, Abd Ghani Abd Rahman menjatuhkan Roman Chmelo dalam kotak penalti.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Liga Super: Johor DT Gagal Rapatkan Jurang Dengan Lions XII FC Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum