Mengapa Muslim biarkan hati mati
3 posters
Page 1 of 1
Mengapa Muslim biarkan hati mati
Mengapa Muslim biarkan hati mati |
Ustaz Zainudin Hashim Fri | Apr 17, 09 | 10:07:12 am MYT | |
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. |
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
...........................................................................................
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*� Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*� Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6090
Re: Mengapa Muslim biarkan hati mati
tanda2 hati mati yg no.9 saya rasa nampak sgt byknya di sekeliling saya.sedih gak bila tgk orang mcmni..umur dah lanjut,masih lg tk berubah..tunggu masa yg sesuai baru tegur,masih baru lagi di sini.
taknak campur takut dikata sombong,bila campur tk tahan plak telinga dgr cerita hal orang lain je.takut2 lama bercampur t,kita plak terikut2 perangai dia.
nak tau pasal zuhud ni..setakat mana kita perlu zuhud?
taknak campur takut dikata sombong,bila campur tk tahan plak telinga dgr cerita hal orang lain je.takut2 lama bercampur t,kita plak terikut2 perangai dia.
nak tau pasal zuhud ni..setakat mana kita perlu zuhud?
azrul- SUPER SENIOR
- Jawatan : paramedik
Gender :
Jumlah Post : 110
Umur : 45
Tarikh Register : 13/02/2009
Reputation : 5
Points : 6020
Re: Mengapa Muslim biarkan hati mati
azrul wrote:tanda2 hati mati yg no.9 saya rasa nampak sgt byknya di sekeliling saya.sedih gak bila tgk orang mcmni..umur dah lanjut,masih lg tk berubah..tunggu masa yg sesuai baru tegur,masih baru lagi di sini.
taknak campur takut dikata sombong,bila campur tk tahan plak telinga dgr cerita hal orang lain je.takut2 lama bercampur t,kita plak terikut2 perangai dia.
nak tau pasal zuhud ni..setakat mana kita perlu zuhud?
Buat Azrul berkenaan no 9 cuba hayati surah Al-Asr.
Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tak ada istilah baru atau lama.
Jika ada ayat spt "aku lebih dulu makan garam atau "umur baru setahun jagung", itu semua hanya suatu penafian dr org2 yg mati hatinya.
Zuhud??
Ana lebih suka katakan bahawa zuhud itu "sederhana" dlm kehidupan. Ianya bertingkat2 dan tingkatan itu mengikut kemampuan setiap insan.
Sentiasa berusaha menjadi insan yg bertaqwa. Kelak akan adalah segala gelaran itu, baik zuhud, waraq, lebai, alim, 'abid dll.
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6090
Re: Mengapa Muslim biarkan hati mati
zikir la byk2.... sbb tu jer cara nak bersihkan hati dan menyegarkan roh..
sejak dari kecil lagi hati kita dikelilingi oleh zulmat.... sampai umur dah 30 x pernah zikir mmg la tebal zulmat tuh... kata tok guru zulmat nih bukan selapis 2 tp 70 ribu hijab.... bayangkan lah...
sejak dari kecil lagi hati kita dikelilingi oleh zulmat.... sampai umur dah 30 x pernah zikir mmg la tebal zulmat tuh... kata tok guru zulmat nih bukan selapis 2 tp 70 ribu hijab.... bayangkan lah...
tam- KERABAT SUPER SENIOR
- Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender :
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7047
Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri
Similar topics
» Muslim Demographics
» MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?
» MLT KENA AMBIK DARAH KER? VENOUS BLOOD?
» FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor
» hati- hati .. maknyah lagi power
» MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?
» MLT KENA AMBIK DARAH KER? VENOUS BLOOD?
» FAM Minta Media Tempatan Hati-Hati Buat Laporan Mengenai Tunku Mahkota Johor
» hati- hati .. maknyah lagi power
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak