FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?

2 posters

Go down

MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP? Empty MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?

Post by azrul Mon 31 Aug 2009, 12:35 pm

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
Maksudnya:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)

Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1.Tuhan jadikan mati dan hidup
2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

Kalaulah
kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita
berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati.
Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati
dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun
satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan.
Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu,
hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu
tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud,
tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu
dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak
tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih
daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara.
Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah
tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

Cuba kita
analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam
kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti
apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga
menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak
ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya.
Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi
sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh
baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan
ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara
puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun.
Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun.
Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun.
Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun
itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68
tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam
1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia
dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya,
setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun

Di
sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat.
Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam
kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar,
makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati.
Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam
masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup
dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian
Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4
penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak
boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara
lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang
matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata
kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah
berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam
syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang
hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah
di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang
gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan
istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu
tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang
yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala
susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50
tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak
pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah
orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu
yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada
menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan
kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami,
tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda.
Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam
dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di
tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah
balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama
kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium,
orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia.
Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu
akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat
datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga
terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh
jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah
mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara
penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas
ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran
diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat,
padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga
peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan
paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal
Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di
antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan
dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada
di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka
ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap
hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api
Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka,
bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta
tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang
waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan
diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh
itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia
pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah
yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena
langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu
mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di
Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang
Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku
hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih
cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding
Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding
Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat
iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir
yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk
masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual
aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah
kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak
fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh,
padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal
selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah
belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak
mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah
dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan
dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan
Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat
macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi
itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat
nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa?
Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat
dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah
durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi
nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali
pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa,
bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak
sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu
semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat.
Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis
itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di
Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar
macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan
keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam
Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua?
Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu.
Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan
di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat
lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu
melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah
kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat
sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat
dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta
dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri,
ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari
istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita
masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua
isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak
pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun
tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat
penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut
mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga.
Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap
nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia
ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa
paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat.
Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada
nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih
Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah
kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati
dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada
dunia.


copy dari forum halaqah
azrul
azrul
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 110
Umur : 45
Tarikh Register : 13/02/2009
Reputation : 5
Points : 6020

Back to top Go down

MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP? Empty Re: MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?

Post by minnie_mouse Tue 01 Sep 2009, 8:33 pm

dunia hya sementara...
avatar
minnie_mouse
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP? Selang10
Jawatan : cardiologist...(amin..)
Gender : Female
Jumlah Post : 943
Umur : 37
Tarikh Register : 21/08/2009
Reputation : 9
Points : 6587

Character sheet
Mutiara Kata saya: "we cannot ALL b great but we can alwyz attach ourSELVES 2 smthg that is GREAT"

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum