FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

rebut pahala kacau kawan tido...

Go down

rebut pahala kacau kawan tido... Empty rebut pahala kacau kawan tido...

Post by byduri Tue 05 May 2009, 4:57 pm

Very Happy

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya
orang itu tidur dalam keadaan berikut:



Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan
hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:


خرجت مع النبي صلى الله
عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا
ناداه بالصلاة أو حركه برجله



“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan
solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya
untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”


(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang
solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:


من بات على ظهر بيت ليس له
حجار فقد برئت منه الذمة



“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan
tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas
dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).


(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah
lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:


إذا كان أحدكم في الشمس
فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في
الظل فليقم


“Apabila salah seorang kamu berada di bawah
pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena
pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”


(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima: [size=12
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:


الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”

(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya
sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:


الأرزاق تقسم وأنت نائم


“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau
tidur.”


Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis
yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:


كان يكره النوم قبلها والحديث
بعدها


“Baginda tidak suka tidur sebelum solat
isya dan sembang-sembang selepasnya.”


(Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:


من نام بعد العصر فاختلس
عقله فلا يلومن إلا نفسه



" Sesiapa yang tidur selapas solat asar
dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”


(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya
al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang
disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:


إن هذه ضجعة يبغضها الله
ورسوله


Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara
baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”


(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


[size=12Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat
seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan
kakinya dan berkata: [/size]


قم واقعد فإنها نومة جهنمية


Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan
duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”


(Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته
فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة
قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى
نضحت في وجهه الماء


“Allah merahmati lelaki yang bangun malam,
menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan,
dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang
bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya
enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.


(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)


Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي
ابن مكتوم


“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan
azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga
Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”


(Hr Muslim)



Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.


Selamat Beramal....[/size]
byduri
byduri
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 42
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 0
Points : 5834

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum