FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

3 posters

Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by kamalia Tue 12 May 2009, 12:35 pm

MENGAPA SYAITAN LARI



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.



Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6803

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by kamalia Tue 12 May 2009, 12:40 pm

RAHSIA PEMAKANAN RASULLULAH S.A.W

Ustaz Abdullah Mahmood pernah berkata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.
Di antara amalan yang dilarang:
1. Makan SUSU + DAGING
2. Makan DAGING + IKAN
3. Makan IKAN + SUSU
(Saintis menjumpai dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita)
4. Makan AYAM + SUSU
5. Makan IKAN + TELUR
6. Makan IKAN + DAUN SALAD
7. Makan SUSU + CUKA
8. Makan BUAH + SUSU (contohnya :- KOKTEL)
9. Makan BUAH SELEPAS MAKAN NASI
10. Meninggalkan MAKAN MALAM
(Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan di makan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda)
11. Makan MAKANAN DARAT + MAKANAN LAUT
12. Makan sebarang ORGAN DALAMAN (contohnya:- HATI)
13. Makan MAKANAN RAPU (contohnya:- coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage)
14. Minum MINUMAN BERGAS
15. Makan JERUK-JERUK KERING dan BASAH
Di antara amalan yang digalakkan:
1. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI
2. Makan BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
3. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik
(Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul)
4. Minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi
5. Makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari
(Ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. *enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
6. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit
7. Makan buah delima dan epal hijau
WallahuAā€™lam
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6803

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by kamalia Tue 12 May 2009, 12:41 pm

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecil Baginda, lalu menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Ini kerana kedua belah tangan kita mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Enzim yg ada di tangan kanan merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion).
Garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr. di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6803

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by kamalia Tue 12 May 2009, 4:51 pm

Ramai umat Islam
merasakan rahmat
dan nikmat Tuhan itu kesihatan badan,
Diberi murah rezeki, dianugerahkan
anak,
mendapat pangkat tinggi,
Rumah besar, banyak harta,
kereta mewah dan canggih,
Padahal nikmat yang disebutkan
belum boleh menyelamatkan kita,
Adakalanya ia merosak dan dan
membinasakan kita,
Kalau tidak di dunia, ia akan berlaku
di Akhirat,
Tapi ada rahmat dan nikmat Tuhan yang
tersembunyi,
Setengah orang tidak sedar bahawa itu
adalah rahmat dan nikmat,
Rahmat dan nikmat Tuhan yang
tersembunyi itu
banyak pula,
Di antaranya kalau kita berdosa
diingatkan
agar kita bertaubat dan bersedih
dengan dosa,
Di waktu kita lalai dengan-Nya
disedarkan kita,
Sekali-sekala disusahkan kita agar
kita insaf,
Adakalanya kesusahan itu untuk darjat
dan pangkat,
Selalu sahaja kita mengingati Dia,
Dimasukkan di dalam hati kita sentiasa
takut
kepada-Nya,
Di samping itu rasa cinta kepada-Nya
selalu ada,
Digemarkan kita membuat kebaikan
dan dibencikan kita dengan kejahatan,
Dijadikan kita boleh berlemah lembut
dengan orang,
Boleh meminta maaf dan boleh memberi
maaf,
Boleh beristiqamah dengan kebaikan,
Inilah di antara rahmat dan nikmat
Tuhan
yang tersembunyi,
Kalau hendak bersyukur, bersyukur
kerana
itulah yang lebih utama,
Kerana rahmat dan nikmat yang
tersembunyi itu
jarang orang dapat,
Tidak seperti rahmat dan nikmat di
atas tadi,
Oleh itu pandai-pandailah menilai
rahmat
dan nikmat,
Agar syukur kita lebih sempurna dan
tepat.

petikkan dari web rasa bertuhan...
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6803

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by kamalia Tue 12 May 2009, 4:52 pm

kita jarang memerhati akan pemberian dan nikmat ALLAH...
hanya menadah tangan tanpa lafaz kesyukuran walau sedikit pun
bila kesusahan kita kembali kepadanya...buruk benar akhlak manusia..
mengingati ALLAH apabila dalam kesusahan...
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6803

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by ZA_70 Thu 14 May 2009, 12:11 am

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.

“apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita”
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by ZA_70 Thu 14 May 2009, 12:41 am

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Wink
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by tam Thu 21 May 2009, 4:13 pm

yang paling baik di buat pada waktu pagi ialah bangun di awal subuh .. mandi kemudian solat subuh .... pastu duduk berzikir sehingga terbit matahari...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7046

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN Empty Re: SUDUT RENUNGAN UNTUK DI JADIKAN PANDUAN

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum