FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

panduan bagaimana untuk solat kembali...

Go down

panduan bagaimana untuk solat kembali... Empty panduan bagaimana untuk solat kembali...

Post by fasha_wanna Thu 23 Jul 2009, 9:21 pm

ni copy paste dr blog sape tah..




Semasa zaman belajar dulu, saya ada seorang kawan baik.
Saya rasa tak perlulah saya dedahkan namanya. Biarlah ia
menjadi rahsia saja.
Kawan saya tu dari segi perwatakannya dan juga sikapnya memang
wajar dipuji. Dia pandai bergaul dengan orang lain. Sangat baik dengan
kawan-kawannya. Dan seorang yang prihatin kepada alam sekitar.
Pendek kata, dia amat mudah didekati dan mesra dengan semua orang.
Cuma ada satu masalah dia. Dia ni liat sikit nak solat. Jangan kata
solat sunat, solat 5 waktu sehari semalam pun dia tak buat. Malah
solat jumaat yang seminggu sekali tu pun, dia hanya buat setelah
diajak berulang kali.
panduan bagaimana untuk solat kembali... E9E9B847C3
Saya pernah juga beberapa kali tegur dan nasihat dia. Tapi macam
biasa la, dia buat dengar tak dengar jer. Kadang-kadang tu, kalau
kita ajak dia solat, dia hanya senyum kambing jer. Sambil senyum tu
dia boleh cakap pulak kat saya ; “hang sembahyang untuk aku jer la”
Aduh, liat sungguh nak solat…

OK, khusus kepada kawan saya tu,juga untuk mengingatkan diri saya
sendiri dan juga para pembaca blog pakarhowto, berikut ini saya
kongsikan satu artikel tentang panduan teknik bagaimana untuk
memulakan kembali solat setelah mungkin sekian lama kita tidak
melakukannya. Moga-moga dengan panduan ini, maka dapatlah kita
mula menunaikan kembali kewajipan paling asas dalam ajaran Islam ini.
SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN!!!
Berikut ini panduan yang boleh diamalkan bagi memastikan kita
dapat menunaikan tanggungjawab solat yang telah difardhukan atas
setiap orang Islam.
<blockquote>1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal
solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa
yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan
solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah
tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan
sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik.
Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi
rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya
untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun
masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua
dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE -
Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata
peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan
dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan
yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan
bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan
keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan
untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus
selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan
mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah
kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu
kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat
tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda
pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila
terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja
anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum
sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu
sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan
solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja
yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya
menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan
sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan
kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun
tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda,
dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan
semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan
rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan
oleh-Nya.
Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini
mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.</blockquote>
Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Sekian.
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : panduan bagaimana untuk solat kembali... Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum