FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

4 posters

Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by Lord Vlad Thu 29 Mar 2007, 10:02 am

Operasi pemantauan kurangkan salah guna beta-agonist

MERUJUK kepada kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam Forum, 21 April 2006 mengenai Bahaya makan daging mengandungi beta-agonist, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan ribuan terima kasih ke atas keprihatinan persatuan itu.

Beta-agonist pada asalnya digunakan untuk merawat pesakit asma bagi melegakan kesesakan pernafasan, tetapi ia disalahgunakan dalam penternakan untuk mengurangkan lemak dan meningkatkan pembentukan otot haiwan.

Kesan sampingan beta-agonist amat ketara terutama kepada mereka yang mempunyai masalah jantung kerana ia boleh menyebabkan fungsi jantung tidak teratur.

Kesan-kesan lain adalah seperti otot menggigil, sakit kepala dan keresahan.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan 37 dan Peraturan 40, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menggunakan beta-agonist di dalam makanan.

Mana-mana pihak yang terlibat di dalam rangkaian makanan yang mengandungi beta-agonist jika bersabit kesalahan di bawah Akta makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengharaman beta-agonist selain daripada untuk kegunaan perubatan adalah dikuatkuasakan di bawah akta Racun 1952.

Pengimportan bahan mentah beta-agonist hanya boleh dilaksanakan oleh pengimport yang berlesen dan untuk jualan kepada pengilang farmaseutikal yang mengilang produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM atau untuk tujuan eksport.

Bagaimanapun, pada September 2005 hanya Ractopamine sejenis beta-agonist sahaja yang dibenarkan penggunaan dalam penternakan khinzir pada kadar maksimum yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2005, daripada 753 sampel yang diambil, hanya 5 sampel didapati positif untuk beta-agonist (kadar pelanggaran sebanyak 0.66%).

Operasi khas juga dijalankan setiap tahun semasa Perayaan Tahun Baru Cina.

Pada tahun 2005, tiada pelanggaran dikesan daripada 52 sampel yang diambil semasa operasi khas yang dilakukan.

Pelanggaran beta-agonist menunjukkan trend menurun yang ketara hasil dari pemantauan yang dijalankan.

Kadar pelanggaran sebanyak 19.49% pada tahun 2000, diikuti 2001 (5.79%), 2002 (4.15%), 2003 (2.33%) dan 2004 (2.19%).

Pada tahun 2004 bagi Negeri Pulau Pinang daripada 58 sampel daging (khinzir, lembu dan kambing) yang diambil didapati kesemua 4 (6.9%) yang melanggar adalah daging khinzir.

Manakala pada tahun 2005, tiada pelanggaran daripada 44 sampel daging haiwan ternakan.

Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan (BKKM) sentiasa bekerjasama dengan jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Kimia dan bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam memperkukuhkan lagi penguatkuasaan ke atas penyalahgunaan beta-agonist di dalam haiwan ternakan bagi memastikan rangkaian makanan adalah selamat dari ladang ke meja.

Aktiviti pemantauan diteruskan dari masa ke semasa demi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna.

Pengguna dinasihatkan supaya memainkan peranan agar tidak mendorong penternak-penternak menghasilkan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan.

Bagi mengelakkan pendedahan kepada beta-agonist melalui makanan, pengguna seharusnya cermat dalam pemilihan daging kerana daging yang menggunakan beta- agonist didapati lebih merah, mempunyai kandungan lemak yang kurang, lebih pejal dan tiada rasa.

- JAMILAH MOHD. SHAHID,

Pegawai Kanan Perhubungan Awam,

b.p Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by Lord Vlad Thu 29 Mar 2007, 10:03 am

Paras asid borik mi Hokkien paling tinggi
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
(utusan online)

PULAU PINANG 29 Jun - Kepada penggemar mi Hokkien, anda perlu berhati-hati atau berhenti terus dari mengambil makanan itu kerana ia mengandungi paras asid borik paling tinggi iaitu 33 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, hasil analisis kementeriannya mendapati mi jenis itu mengandungi asid borik yang membahayakan kesihatan.

Jika diambil secara berlebihan, menurutnya, ia boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, kegagalan buah pinggang, kegagalan sistem peredaran darah seterusnya membawa maut.

“Mi wantan dan mi kuning turut mengandungi paras asid borik yang tinggi iaitu masing-masing 18 peratus dan enam peratus manakala kuey teow serta bihun mengandungi asid borik yang lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Balik Pulau di sini hari ini.

Berdasarkan operasi pada Mac dan April lalu, Selangor mencatatkan pelanggaran penggunaan asid borik tertinggi mengikut Akta Makanan 1983 iaitu 19 peratus diikuti Pulau Pinang sebanyak 16 peratus.

Isu kandungan bahan pengawet itu dalam mi menimbulkan kegusaran di kalangan orang ramai Mac lalu, apabila seorang peniaga di Johor Bahru mendapati tiga bungkus mi yang dibelinya bertukar warna setelah diuji dengan air kunyit.

Peniaga tersebut, Mohd. Noh Semono, 52, memberitahu, dia menguji mi dibelinya dengan campuran air kunyit dan amat terkejut apabila mendapati warna mi kuning itu bertukar menjadi merah.

Pertukaran warna itu membuktikan mi terbabit mengandungi asid borik yang digunakan untuk tujuan pengawetan.

Asid borik dilarang penggunaannya kerana ia boleh menyebabkan penyakit kanser dan menjadi antara punca kaum lelaki mengalami kemandulan.

Ia adalah bahan yang digunakan untuk kawalan serangga, pengawet kayu dalam industri perabot, kaca dan bidang perubatan serta dilarang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Soi Lek berkata, komplikasi daripada pengambilan makanan mengandungi asid borik bergantung kepada jumlah kandungannya yang dimakan oleh pengguna.

“Sehingga kini terdapat kilang yang diarah tutup seperti di Klang dan mereka yang (terbukti) melanggar peraturan boleh didenda sehingga RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,'' jelasnya.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by Lord Vlad Thu 29 Mar 2007, 10:05 am

KKM sentiasa pantau keselamatan makanan
(Utusan Online)


MERUJUK kepada rencana Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan terima kasih kepada Ismail Hashim kerana keprihatinan beliau dalam isu keselamatan makanan.

Apabila isu tahap asid propionik ditimbulkan oleh CAP adalah menjadi tanggungjawab KKM untuk memaklumkan kepada pengguna keputusan pemantauan yang selama ini dijalankan.

Masalah perbezaan maklumat adalah tidak dapat dielakkan bagi jumlah sampel yang rendah. Tetapi ini adalah sebagai gambaran kepada orang ramai apa yang ada di pasaran.

Pemantauan sentiasa dijalankan di mana setiap tahun berpuluh ribu sampel diambil untuk pelbagai analisis.

Dalam tahun 2006, sebanyak 61,592 sampel telah diambil. Pemantauan bukan sahaja dijalankan di pasaran tetapi juga di pintu-pintu masuk.

Pihak kementerian akan mengambil tindakan undang-undang terhadap produk yang melanggar dan akan membuat kenyataan akhbar sekiranya perlu.

Pendidikan kepada pengguna mengenai keselamatan makanan sentiasa dijalankan. Temu ramah di televisyen dan radio, kenyataan di akhbar dan ceramah ada dijalankan sepanjang tahun.

Selain daripada itu, risalah dan poster juga dikeluarkan bagi membantu pengguna dalam meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan makanan.

Kerjasama yang erat juga dijalin terutamanya dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN-HEP), Kementerian Pertanian Asas Tani dan lain-lain dalam memastikan keselamatan makanan di Malaysia berterusan.

Bagi setiap kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tindakan sama ada amaran, tindakan undang-undang atau pemusnahan produk dilakukan.

Pengumuman nama boleh dibuat jika syarikat berkenaan disabitkan kesalahan di mahkamah.

Bagi produk yang didapati melanggar peraturan dan boleh menjejaskan kesihatan, orang ramai akan dimaklumkan melalui media massa untuk mengelakkan dari membeli produk tersebut dan arahan tarik balik produk akan dikeluarkan kepada pihak terlibat.

Tetapi jika kesannya tidak berat atau tidak menjejaskan kesihatan, produk tersebut boleh dilepaskan dengan pihak industri diminta untuk membetulkan setiap kesalahan, contohnya pelabelan yang tidak mematuhi perundangan di masa hadapan.

Mengenai cadangan menyiarkan perancangan program pemantauan di laman web, ingin ditekankan di sini bahawa BKKM perlu memastikan setiap produk makanan dipantau dan strategi pemantauan berubah mengikut keadaan, contohnya tumpuan persampelan mungkin berubah mengikut kadar pelanggaran sesuatu produk makanan.

– DR. ABD. RAHMAN MOHAMAD,

Pengarah Bahagian,

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,

KKM.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by Lord Vlad Thu 29 Mar 2007, 10:17 am

Asid borik dalam kuih tradisional
Oleh: ROKIAH ABDULLAH
(utusan online)

PULAU PINANG 19 Jan. – Selepas digemparkan dengan penemuan asid borik pada mi kuning, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendedahkan asid itu yang sepatutnya hanya digunakan petani untuk menghapuskan siput **** dan serangga perosak, turut dijadikan bahan dalam beberapa jenis kuih tradisional.

Antara kuih dikesan menggunakan asid borik yang boleh menyebabkan keracunan, masalah gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan walaupun digunakan dalam kuantiti yang kecil ialah seri muka, tepung talam dan pulut seri kaya serta bak chang, sejenis kuih tradisional kaum Cina, untuk memastikannya tahan lebih lama.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, ujian terhadap kuih-kuih berkenaan bulan lalu mendapati ia mengandungi asid borik pada paras yang tinggi iaitu antara 4.06 hingga 11.2 bahagian persejuta (bps).

“Apa yang membimbangkan, asid borik masih terus digunakan terutama dalam makanan walaupun CAP telah mendedahkan akan bahayanya sejak 23 tahun dahulu.

“Walaupun Kementerian Kesihatan juga menyedari perkara ini, namun amat jelas apa sahaja langkah yang diambil oleh kerajaan tidak berkesan kerana pengguna masih terdedah kepada asid borik dalam makanan. Isu ini akan berlanjutan selagi penjualannya tidak dikawal,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sehubungan itu, CAP mendesak Kementerian Kesihatan mengklasifikasikan asid borik di bawah kumpulan B Akta Racun 1952 agar penjualannya dikawal dengan lebih ketat.

“Pada ketika ini, asid borik berada di bawah kumpulan C dan D, Akta Racun 1952, pengkelasan sebegini hanya mendedahkannya kepada penyalahgunaan.

“Di bawah kumpulan B, setiap pembeli perlu mengisi borang terlebih dahulu yang merekodkan maklumat pembeli seperti kuantiti dan tujuan asib borik itu dibeli. Ia secara tidak langsung dapat menyekat penggunaan asid borik bagi tujuan yang salah,'' katanya.

Selain itu, menurut Mohamed, ujian CAP terhadap tiga sampel mi kuning yang dibeli daripada beberapa pasar di sini juga menunjukkan makanan itu masih mengandungi asid borik dalam lingkungan 173 sehingga 461 bps.

Katanya, walaupun penggunaan asid borik sebagai pengawet makanan dilarang di bawah Akta Makanan 1983, namun penggunaannya masih berleluasa kerana mudah dibeli dari kedai menjual bahan kimia dengan harga RM6.50 sekilogram.

“Selain meminda undang-undang yang sedia ada, kerajaan juga perlu melakukan pemeriksaan yang meluas di seluruh negara ke atas pengeluar makanan serta sampel makanan yang dijual di pasar, tempat makan dan kantin untuk menentukan kehadiran asid borik,'' ujarnya.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by Lord Vlad Thu 29 Mar 2007, 10:23 am

Pengeluar teh cap masjid dihadapkan ke mahkamah
(utusan online)

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Sebuah syarikat pengeluar serbuk teh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.

Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.

Syarikat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983 dibaca bersama Seksyen 13B(2)(d) akta yang sama dan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap satu kesalahan.

Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).

Sampel berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia pada keesokan harinya disahkan mengandungi bahan pewarna sunset yellow FCF yang dilarang dalam serbuk teh.

Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.

Majistret Ahmad Rizki Abdul Jalil menetapkan perbicaraan kes itu pada 25 April depan.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by <<BLaCk>> Mon 18 Jun 2007, 9:09 am

selepas ni akan dikeluarkan SOP dalam setiap Penguatkuasaan yang dijalankan..

ini adalah utk menyeragamkan serta menyelaraskan setiap penguatkuasaan yang di laksanakan..
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by izah84 Wed 20 Jun 2007, 4:53 am

SOP tu apa?nak tnya bleh?adakah setiap makanan yg ada di pasaran kat m'sia ni perlu melalui ujian tertentu utk menentukan ia slmt d mkn @ tak?
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6478

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by <<BLaCk>> Wed 27 Jun 2007, 3:54 pm

SOP tu singkatan dari Standard Operation Procedure mcm garis panduan la..

setiap makanan dalam m'sia ni mmg akan diuji utk parameter tertentu bagi memastikan makanan tersebut selamat utk dimakan oleh manusia di M'sia.

seandainya terdapat pelanggaran dikesan, tindakan undang-undang akan diambil kepada pengilang, pengedar, penimport, agen atau peniaga kerana menjual makanan yg tidak selamat dimakan..
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by watashi Mon 08 Jun 2009, 1:13 pm

SOP TU SUP AYAM.... EJAAN LAMA HEHEHEHE
avatar
watashi
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : I.K
Gender : Male
Jumlah Post : 14
Umur : 47
Tarikh Register : 12/06/2008
Reputation : 0
Points : 5948

Back to top Go down

Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw Empty Re: Penguatkuasaan Akta Makanan&Prosedur Perundangan (Pndakw

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum