FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RISIKO BUTA AWAL

Go down

RISIKO BUTA AWAL Empty RISIKO BUTA AWAL

Post by rubaniibrahim Sun 26 Jul 2009, 4:58 pm

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my



RISIKO BUTA AWAL Mainpix


Glukoma, katarak dialami pada usia muda akibat pendedahan komputer, memandu malam

SEBAHAGIAN besar masalah mata tidak menunjukkan sebarang simptom. Bertambah sukar, pemeriksaan mata selalunya tidak dimasukkan dalam senarai pemeriksaan kesihatan kebanyakan orang. Justeru, tidak hairanlah masalah mata hanya disedari apabila ia sudah semakin serius.

Glukoma yang menjadi antara penyebab mata buta, adalah masalah yang berkaitan dengan saraf optik mata. Bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom, kebanyakan pesakit tidak mengetahui mereka berdepan dengan glukoma dan masalah ini hanya boleh dikesan menerusi pemeriksaan kesihatan.


Pakar Perubatan Mata Pusat Mata Vista di Kuala Lumpur, Dr Aloysius Joseph Low, berkata pemeriksaan kesihatan mata sering kali tertinggal dalam senarai pemeriksaan kesihatan.

"Kebanyakan orang melakukan pemeriksaan mata sebagai memenuhi rutin di sekolah atau ketika perlu menggunakan kaca mata. Bagaimanapun, jika anda datang daripada keluarga yang berdepan masalah glukoma, diabetes atau tekanan darah tinggi, pemeriksaan mata sebenarnya perlu dimasukkan dalam jadual," katanya.

Dr Low berkata, katarak adalah sebahagian masalah kesihatan mata yang akan dihadapi semua. Jika generasi terdahulu berdepan masalah katarak pada usia 70 tahun ke atas, generasi hari ini mungkin mengalaminya pada usia jauh lebih muda. Ini disebabkan pendedahan pada komputer dan kekerapan memandu pada waktu malam.

RISIKO BUTA AWAL Mainpix2


Selain itu, ada sesetengah masalah mata yang bersifat genetik, seperti glukoma. Bagaimanapun, seseorang itu sukar mengetahui risikonya terhadap glukoma jika tiada ahli keluarga lain yang pernah melakukan pemeriksaan kesihatan berkaitan glukoma.

Kata Dr Low, ada kalanya menerusi pemeriksaan mata, masalah kesihatan yang lebih serius dikesan seperti tumor otak dan masalah mata yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi (hypertension retinopathy).

"Ada kalanya, penglihatan yang kabur bukan sekadar simptom mata yang rosak tetapi lebih teruk daripada itu. Ia mungkin disebabkan penyakit yang lebih serius seperti tumor otak atau masalah tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik," katanya.

Dr Low berkata, selain masalah jantung dan ginjal, tekanan darah tinggi yang tidak dikawal juga boleh menjejaskan penglihatan.
"Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan salur darah dalam retina, kawasan di sekitar belakang mata iaitu kawasan fokus imej. Gangguan penglihatan yang lebih teruk boleh berlaku jika tekanan darah tinggi tidak dikawal," katanya.

Bagaimanapun, ada juga keadaan yang sukar ditangani misalnya penglihatan yang terjejas akibat tumor atau ketumbuhan dalam otak.

"Kanta mata yang bengkak biasanya berpunca daripada salur darah. Apabila seseorang diserang barah otak, ia menambah tekanan pada salur darah. Selalunya juga, ia disertai dengan simptom muntah pada awal, muntah yang berbentuk terarah (projektor) dan bukan muntah biasa," katanya.

Dr Low berkata, berbanding 10 tahun dulu, tidak ramai doktor yang membuat pengkhususan dalam kesihatan mata. Justeru, pemeriksaan mata yang terperinci sukar dilakukan. Bagaimanapun, keadaan semakin berubah apabila semakin ramai doktor membuat pengkhususan.

Selain melakukan rutin kesihatan seperti tekanan darah, pemeriksaan kesihatan mata juga sepatutnya diberikan perhatian.

INFO: Pemeriksaan utama mata

<LI>Penglihatan - membantu menentukan beberapa faktor sama ada anda memerlukan kaca mata untuk membaiki penglihatan sama ada masalah untuk membaca atau sesuai untuk pembetulan laser.

<LI>Pemeriksaan kornea, iris dan anak mata - ruang dalam mata yang menentukan sama ada bahagian itu sihat.

<LI>Pemeriksaan tekanan pada mata untuk mengesan glukoma. Ia berlaku apabila tekanan dalam mata menjadi terlalu tinggi dan merosakkan saraf optik dan akhirnya membawa kepada hilang penglihatan. Ia boleh dicegah melalui rawatan awal. Apatah lagi, glukoma sebenarnya dipengaruhi faktor genetik.

<LI>Pemeriksaan kanta katarak. Masalah katarak pasti dihadapi semua. Apa yang membezakannya ialah cepat atau lambat berlaku katarak yang turut menjadi antara punca buta di seluruh dunia. Pengesanan awal dengan teknik pembedahan moden dan lensa multifocal, boleh membantu mengembalikan penglihatan.

<LI>Pemeriksaan retina untuk penyakit seperti diabetic retinopathy (kebutaan yang disebabkan diabetes atau kencing manis), penuaan makular dan masalah retina seperti glukoma. Masalah mata jenis ini sebenarnya boleh dirawat jika didiagnosis lebih awal.

<LI>Pemeriksaan saraf optik - masalah seperti radang (optic neuritis), tumor dan bengkak boleh menyebabkan simptom seperti penglihatan kabur, hilang pandangan warna, apungan (floaters), sakit kepala, sakit mata atau tidak selesa.


</LI>
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : RISIKO BUTA AWAL Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5946

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum