Koleksi Masakan Melayu
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: Koleksi Masakan Melayu
Tom Yam (My Style)
100 gm Udang saiz serdahana- kupas kulit
100 gm isi ayam- potong dadu
50 gm cili giling
20 gm bawang besar
10 gm bawang putih
5 gm halia
5 gm lengkuas
2 batang serai
5 helai daun limau purut
2 biji tomato
5 biji cili padi
sedikit daun ketumbar
1/2 cawan santan pekat
2 kiub stok ayam
2 biji limau nipis
Cara-cara:
1. Kupas kulit udang, ketepikan isi, goreng kulit udang sahaja dengan 5 sudu minyak
2. Setelah garing, keluarkan dan buang, bagi mendapatkan rasa udang
3. Tumis cili giling beserta bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah dikisar bersama sehingga naik bau menggunakan minyak yang sama
4. Masukkan serai yang telah dititik, cili padi yang telah ditumbuk sedikit.
5. Masukkan daging ayam dan biarkan masak sebentar
6. Perahkan limau nipis dan masukkan 4 cawan air.
7. Biarkan mendidih dan masukkan daun limau purut serta stok ayam.
8. Masukkan isi udang dan daun ketumbar dan didihkan sebentar lagi.
9. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidang.

sweetcouple- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : penyelidik
Gender :
Jumlah Post : 1086
Umur : 38
Tarikh Register : 24/06/2009
Reputation : 17
Points : 6988
Character sheet
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.
Re: Koleksi Masakan Melayu
Rendang Ala Mak (Tak tumis)
Seekor ayam dipotong kecil dan dicuci
5 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
4 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
½ biji kelapa buat kerisik (buatan sendiri digalakkan)
½ biji kelapa santan (piou saja)
2 batang serai - hiris2 dan tumbuk
lada kering 9 tangkai } tumbuk
2cm kunyit } hingga
2cm halia } lumat
jintan putih sepeket ] goreng tanpa minyak
ketumbar sepeket ] ditumbuk lumat
air asam jawa sedikit garam, aji no-moto/gula
daun kunyit dihiris nipis2.
Caranye
Gaul ayam dan semua bahan yg ditumbuk lumat dalam periuk.
Masuk garam,aji/gula
Ayam dah empuk pastu baru masuk air asam jawa dan daun kunyit.
Kuah mendidih bolehlah dihidangkan.
Cdgn:-
Kalau nak lagi kick tambah ½ sudu teh lada hitam tumbuk

Sate Lilit
Bahan-Bahan:
125 gm isi ikan dihalus
125 gm isi udang
60 gm kelapa yang agak muda - diparut
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi
1 biji telur yang kecil
1 sudu kecil air limau nipis
2 sudu besar minyak untuk menumis
10 batang serai 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
3 biji buah keras
½ sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil ketumbar - disangai
2 sudu gula merah
Garam secukup rasa
Cara:
Daun limau purut dan cili padi dihiris halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi, angkat dan campurkan dengan isi ikan, udang, kelapa parut, daun limau purut, cili padi, air limau, telur dan garam gaul rata. Ambil satu sudu besar adunan lalu ratakan pada pangkal serai dan bentuk lonjong. Panggang sate lilit atas bara api atau atas api gril hingga kekuningan, angkat dan hidangkan

Daging Masak Hitam Manis
Bahan-Bahan:
3 biji bwg besar
10 biji cili kering
Kicap manis (Habhal) setengah botol kecil 500gm daging lembu
10 ulas bwg kecil
garam
gula
asam jawa
Cara:
1. Rebus daging sehingga empuk.
2. Apabila daging sudah empuk asingkan dari air nya.
3. Daging diperap bersama kicap manis selama setengah jam.
4. Bwg dan cili kering dikisar bersama air rebusan daging (agak air tersebut, jgn guna semua)
5. Setelah daging sudah sebati goreng daging tadi sehingga layu..
6. Kemudian tumiskan bhn yang telah dikisar tadi.
7. Akhir sekali masukkan sedikit garam, gula dan juga asam jawa.
8. Akhir sekali potong bwg kecil tadi untuk dijadikan bawang goreng.
9. Boleh dihiaskan dengan bawang goreng
Cadangan Hidangan:
boleh dimakan bersama pulut semasa hari raya..kanak-kanak amat menyukai kerana tidak begitu pedas
Tambahan:
garam, gula dan asam jawa hendaklah mengikut cita rasa masing-masing

Sesiapa yang minat Japanese Cuisine, leh cuba sendiri..
Futomaki
Bahan-Bahan:
20 gm Takuan Radish
20 gm timun telur goreng
20 gm jejari ketam
20 gm cendawan @#$%ake 100 gm Sakura Denpun
350 gm pulut sushi
½ keping seaweed (rumpai laut)
Cara:
Letakkan seaweed di atas alas buluh. Ratakan pulut sushi di atas seaweed. Tinggikan pulut di bahagian tepi. Atur timun, pickled radish, jejari ketam dan cendawan. Gulung ketat-ketat. Mulakan gulungan dari alas buluh.

Ketam Bercili
Bahan-Bahan:
3 ekor ketam
1 tangkai daun kari
Sedikit cuka
0.5cm halia dihiris
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk dikisar:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan daun kari dan hirisan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga sambal agak garing. Setelah garing masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dibuang cengkerangnya dan digaulkan sehingga sebati. Perlahankan api dan masukkan sedikit cuka dan tutupkan kuali dengan penutup. Ketam tak perlu masak terlalu lama dan akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka). Masakan ini tidak terlalu kering.

Kari Hijau
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
10 biji cili api
4 biji cili hijau
½ biji kulit limau purut - dihiris halus
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
Lengkuas sebesar ibu jari Halia sebesar ibu jari
½ sudu teh belacan
½ cawan santan cair
1 cawan air
1 sudu besar sos ikan
Minyak masak, gula dan garam
Daun pasli untuk hiasan
Cara:
Potong ayam dan bersihkan. Rebus ayam hingga empuk. Kisar cili padi, cili hijau, kulit limau purut, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan belacan. Tumis bahan kisar dan masukkan santan, air, sos ikan, gula dan garam. Setelah menggelegak, masukkan ayam dan biar kuah pekat. Hidangkan dan hias dengan daun pasli.

Sambal Kicap Sardin
Bahan:
1 tin sardin
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } ditumbuk halus
2 camb cili boh (secukup rasa -suka pedas letak lebih)
kicap masin (secukup rase)
kicap manis (secukup rase)
air asam jawa (secukup rase)
minyak utk menggoreng & menumis
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 biji tomato (belah 6/8 - ikut saiz ler)
Cara:
1. Asingkan ikan sardin dr kuahnya.
2. Panaskan minyak(tak perlu banyak), goreng ikan sardin yg telah ditoskan tadi sehingga sedikit garing(jgn hangus yer), ketepikan.
3. Tinggalkan +- 2 camb minyak dlm kuali. Tumis cili, bawang hingga naik bau.
4. Masukkan kicap manis, masin, air asam jawa (mesti ade 3 rase.. masam, manis & masin)
5. Masukkan sos ikan sardin tadi, dan biarkan kuah menjadi sedikit pekat.
6. Masukkan ikan yg dah digoreng tadi, bawang besar & tomato. Biarkan sekejap lebih kurang 2 minit.
7. Angkat dan hidangkan.
p/s: kalau takde kicap manis, letak gula jer..
kalau takde kicap masin, guna la garam. kalau takde kicap langsung.. gi la boli kat kodai tu..
Sedap dimakan dgn nasi panas.. atau cecah roti.. ratah pun sodap
Sedap kalau gunakan ikan sardin yg slim, kalau ikan besar, tak garing bila goreng. Selalu guna Sardin King tin kecik atau Sardin cap ayam tin leper tu.

KANGKUNG GORENG BELACAN
200 gm sotong ( dipotong jejari)
500 gm kangkung (dipotong 5 ke 6 cm panjang)
4 biji cili merah (dikisar)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 cm belacan (dikisar)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak dan goring sotong sehingga separuh masak.
2. masukkan bahan yang telah dikisar dan belacan, tumis sehingga garing.
3. masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan kangkung. Kacau rata.
4. apabila kangkung kelihatan lecur, angkat.

IKAN TERUTUB
½ ekor ikan merah /bawal (dipotong keping, dilumur kunyit & di goring)
1 ½ cwn santan (diambil dari 1 biji kelapa)
4 ulas bawang merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
2 btg serai
1 cm belacan
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah di kisar halus dan belacan sehingga garing.
2. masukkan cili boh dan serai. Tumiskan sehingga garing.
3. Kemudian masukkan santan dan biarkan ianya agak pekat.
4. Masukkan ikan dan kacau seketika. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

SUP TULANG RAWAN
2-3 liter air
500 gm tulang rawan (direbus bersama air sehingga empuk)
2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
1 ktm bunga lawang
2 biji buah pelaga & bunga cengkih
1 ½ cm kulit kayu manis
2 tbsp rempah sup (dijadikan pes)
1 tbsp rempah kurma (dijadikan pes)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 tangkai daun sup (dimayang, sebagai hiasan)
1 tangkai daun bawang (dimayang, sebagai hiasan)
2 tbsp bawang goring (hiasan)
Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar halus beserta dengan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
2. kemudian masukkan pes rempah, tumis sehingga pecah minyak @ garing.
3. kemudian masukkan bahan yang telah direbus empuk tadi ke dalam bahan tumisan.
4. Biarkan bahan mendidih, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Tunggu sehingga sayuran empuk.
5. Perasakan secukupnya dan hiaskan sup dengan bawang goring dan daun sup serta daun bawang.

SUMUR AYAM
½ ekor Ayam (dipotong kpd 8 bahagian dan digoreng ½ masak)
2 tbsp kicap pekat
1 tbsp cuka makan
1.5 cm halia (dikisar halus)
5 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 biji ubi kentang (dipotong wedges dan digoreng kekuningan)
2 biji cili merah (dipotong serong)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan air, kicap pekat dan cuka. . Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tunggu hingga kentang empuk dan kuah pekat.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau rata.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

NASI GORENG PATTAYA
Bahan – bahan A :
1 mangkuk nasi
2 biji telur - dipukul
50 gm udang
50 gm daging - didadu
50 gm sayur campur
Bahan – bahan B :
1 camca kecil pes kari
1 helai daun limau purut - dihiris nipis
Bahan – bahan C :
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara menyedia :
1. Panaskan satu sudu besar minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan B hingga wangi.
2. Masukkan udang dan daging. Goreng sehingga masak. Masukkan pula nasi, sayur campur dan bahan C. Kacau rata.
3. Panaskan satu sudu besar minyak masak dalam pan. Tuangkan telur yang telah dipukul dan goring menjadi telur dadar.
4. Isikan nasi yang telah digoreng di tengah telur itu. Gulung dan terbalikkannya di atas pinggan.

NASI PILAF CAMPURAN AYAM DAN KARANGAN LAUT
Bahan bahan :
½ ekor Ayam – dipotong sederhana, goreng
5 ekor Udang – jangan buang kulit
5 ekor Sotong – bersihkan, potong bulat
1 camca besar Minyak masak
50 gm Marjerin
3 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih dicincang
1 camca kecil Serbuk jintan putih
3 cm Kulit kayu manis
6 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
3 cawan Beras basmathi
½ camca kecil Serbuk kunyit
1 ketul Kiub perasa ayam
2 helai Daun pandan
Kismis
Gajus goreng sebagai hiasan
Cara menyedia :
1. Pijarkan minyak dan marjerin, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih, serbuk jintan putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih.
2. Masukkan beras, goreng sebentar, masukkan daun pandan, kiub perasa ayam, serbuk kunyit dan air sebanyak 3 cawan.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong. Tanak sehingga nasi elok masaknya.
4. Ketika menghidang taburkan kismis dan gajus goreng

Petai Goreng Tempoyak
Bahan:
2 cwn Petai - kopek & dibelah 2
1 gengam ikan bilis - dikopek & bersihkan
6 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
3 camb tempoyak
2 camt gula (secukup rase)
2 biji cili merah atau sejemput cili api - secukup pedas
sedikit air (dlm 1 camb)
minyak utk mengoreng bilis & menumis
Cara:
1. goreng ikan bilis hingga sedikit garing. angkat dan ketepikan.
2. tinggalkan dlm 2 camb minyak(sekadar cukup utk menumis bahan lain).
3. tumiskan bawang putih, merah, cili padi hingga naik bau.
4. masukkan petai, ikan bilis & tempoyak.
5. masukkan gula dan air (air sekadar membantu tempoyak & bahan mesra).
6. kalau rase cam tempoyak tu kurang kick, tambah lagi tempoyak, boleh juga masukkan sedikit garam jika tak masin.
7. dah siap.. sedia utk dingap..
SEDAP DIMAKAN DGN NASI PANAS..

Udang Tumis Belimbing
Bahan:
300g Udang - (bersihkan & buang kulit)
1 cwn belimbing asam (belimbing buluh) - di potong bulat/rencong saiz dlm 3mm
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1-2 biji lada merah
garam & gula secukup rase
minyak utk menumis
Cara:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & lada merah.
2. masukkan udang & belimbing.
3. masukkan garam & gula secukup rase.
sedia utk dihidangkan.. makan dgn nasi panas

Khailan Ikan Masin
Bahan utama:
sayur Khailan - bersihkan dan potong
2-3 ptg ikan masin tenggiri (jumlah ikan masin bergantung banyak mane masakan anda)
6 biji cili padi / 1 biji lada merah
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
2 camb minyak utk menumis
Cara:
1. panaskan minyak dlm kuali.
2. tumiskan cili padi, ikan masin dan bawang (jgn sampai bawang hangit)
sambil tenyeh tenyeh ikan dlm kuali bagi hancur..
3. masukkan khailan
4. biar sebentar hingga sayur layu. siap utk dihidangkan
*jika suke boleh juka dimasukkan 1 camt sos ikan.
waktu jangka masak : 5 minit
waktu penyediaan : 10 minit

Kerabu Tauge
Bahan-bahan
200 g tauge dicelur
20 ml perahan limau nipis
50 g bunga kantan dihiris
30 g daun ketumbar dihiris
100 g bawang besar dihiris
50 g cili merah dihiris
50 g isi kerang yang direbus
30 g udang kering disangrai
50 g kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuatnya :
• Satukan semua bahan dan gaul sebati.
• Hidangkan segera.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak