AL QURAN HANTARAN PERKAHWINAN
+3
fiz
minnie_mouse
suring
7 posters
Page 1 of 1
AL QURAN HANTARAN PERKAHWINAN
> Kepade mreke2 yg nk menghantar dan
> menerime hantaran..pk2n
>
>
> “Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna
> keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah
> kepada Nabil..
>
> “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu
> kita nak beli nih” balas Nabil.
>
> Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat
> hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu
> AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
>
> “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh
> Jamilah.
>
> “Ala, awak bukan reti pun bahasa
> arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya
> dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
>
> “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
> tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah
> menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan
> 40-an.
>
> “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak
> bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh
> dari situ..
>
> “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik
> menyoal sambil tersenyum.
>
> “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak
> Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
>
> “Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar
> hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
> tegur pakcik berhemah.
>
> “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda.
> Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan
> selamba jawapannya.
>
> “Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah
> tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.
> Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
>
> “Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
> senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu
> keemasan. Saiznya kecil.
>
> “Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil
> meninggalkan pasangan tersebut.
>
> “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
>
> Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan
> kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
>
> Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.
> Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara
> yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar
> menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja
> sampai.
>
> “Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
>
> Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai
> gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang
> dipandangnya dihadapan.
> Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak
> Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
> Rambutnya ada yang berwarna putih.
>
> “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
>
> “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..”
> jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat
> kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
>
> “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
> Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan
> pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai
> mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
> dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
> Khamis selepas maghrib.
>
> Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
> menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin
> berwarna putih.
>
> “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan
> diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang
> kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
> berlaku.
>
> “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
> kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih
> hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
> Surah Ar Rad
>
>
> Surah Ar Ra'd
>
> “Apa
> benda nih”
> detik hati Nabil.
>
> “Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA..
> RIII..!!”
> berlagu Nabil.
>
> Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang
> keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air
> mata menahan
> kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa
> Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin
> berpura-pura ke tandas.
>
> “Baru ustaz tahu ada kalimah almari
> di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
> A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
> Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...
> RAA..”
> kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
> Orang
> ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan
> irama ALQurannya.
>
> Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
>
> “Nabil, kamu jangan
> merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
> hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah
> lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina
> ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat
> tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang
> muslim”
> tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara
> penyampaian ustaz Sa’ad.
>
>
> “Tinggi mana pun kamu belajar, tiada
> gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca.
> Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,
> kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan
> menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu
> orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab
> petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran
> itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan
> AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
> menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang
> yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
> sebagainya..”
> penutup Ustaz Sa’ad
> sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
>
> Hari semakin cepat berlalu.
>
> Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran
> yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari
> kehidupannya yang aktif setiap hari.
>
> Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita
> belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.
> SMS dari ustaz Sa’ad
> tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

suring- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Timbalan pengarah JKKN.Pahang
Gender :
Jumlah Post : 1723
Umur : 48
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 10
Points : 7080
minnie_mouse- KERABAT TEGAR
- Negeri :
Jawatan : cardiologist...(amin..)
Gender :
Jumlah Post : 943
Umur : 37
Tarikh Register : 21/08/2009
Reputation : 9
Points : 6586
Character sheet
Mutiara Kata saya: "we cannot ALL b great but we can alwyz attach ourSELVES 2 smthg that is GREAT"
fiz- KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : pelajar
Gender :
Jumlah Post : 1732
Umur : 34
Tarikh Register : 03/09/2009
Reputation : 5
Points : 7614
Character sheet
Mutiara Kata saya: berkawan biar beribu, beristeri biar 1
Re: AL QURAN HANTARAN PERKAHWINAN
wah.. so meaningful.. suka cerita ni. Al-quran yg ustaz sa bg masa 12 thn dulu, itulah yg sa jaga smpai skrg..
Alisa_Chan- AHLI JUNIOR
- Negeri :
Jawatan : Nursing lecturer
Gender :
Jumlah Post : 49
Umur : 38
Tarikh Register : 22/05/2007
Reputation : 0
Points : 6452
Character sheet
Mutiara Kata saya: Dogs are the greatest friends of all...
Re: AL QURAN HANTARAN PERKAHWINAN
...hmmm,moralnyer jgn wat hantaran duniawi semate2 tp wat la hantaran ke akhirat kelak...'bahagia spjg hayat'...
kelisa- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender :
Jumlah Post : 4246
Umur : 1133
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10467
Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!
Re: AL QURAN HANTARAN PERKAHWINAN
kelisa wrote:...hmmm,moralnyer jgn wat hantaran duniawi semate2 tp wat la hantaran ke akhirat kelak...'bahagia spjg hayat'...
mndalam makne eh 2..
devil- KERABAT SUPER SENIOR
- Jawatan : rempit
Gender :
Jumlah Post : 619
Umur : 42
Tarikh Register : 22/08/2009
Reputation : 0
Points : 6243
Similar topics
» duit hantaran
» Hantaran nilai kasih sayang?
» Kelebihan Al-Quran
» Hantaran kena sama dengan orang lain ke
» Kembalilah kepada al-Quran

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak