FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bayi pramatang perlu penjagaan rapi

Go down

Bayi pramatang perlu penjagaan rapi Empty Bayi pramatang perlu penjagaan rapi

Post by Fieza Thu 08 Oct 2009, 8:44 pm

Bayi pramatang perlu penjagaan rapi

Doktor di BM

SOALAN:

ISTERI saya baru melahirkan anak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, anak saya dikategorikan sebagai pra matang dan masih lagi
di hospital buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana untuk kami suami
isteri kendalikan anak sebaik DIA dibenarkan keluar nanti. Selain itu,
apakah kemungkinan masalah kesihatan yang akan dia hadapi?

Bapa Serba Tak Tahu,

JAWAPAN:

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan
sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh
berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok,
mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan
alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan
hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur
ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab
lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup
bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit
rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90
peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat
dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan
selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang
lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?

  • Haba atau
    kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak
    secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
    diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
    pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
    keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
    kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
    kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
    sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
    cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?

Susu
ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.


Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang

  • Jaundis (penyakit kuning)


    Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
    Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
    sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
    bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
    jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
    bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
  • Apnea


    Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
    masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
    kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
    daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
    memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
  • Anemia (kurang darah)


    Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
    mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
    serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.


    Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)


    Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
    secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
    bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.


    Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
    sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
    surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
    lebih baik.

    Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
    memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
    surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
    pernafasan.
  • Jangkitan


    Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
    pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
    sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
    bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
    membasuh tangan


    yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
  • Patent Ductus Arteriosus(PDA)


    Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan
    salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang
    mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh
    mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
    mengecilkan salur


    darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
  • Masalah Retina


    Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
    pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
    yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
    oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
    dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.



Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi


Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan
susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai
perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan
otak.

DICETAK DARI BERITA HARIAN ONLINE
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Bayi pramatang perlu penjagaan rapi Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum