Petua penjagaan bayi & rumahtangga…
2 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Petua penjagaan bayi & rumahtangga…
Assalamualaikum w.b.t..
Alia sekadar nak berkongsi
maklumat tentang petua2 yg diamalkan oleh nenek2 kita dulu2. Maklumat
ni alia dapat drp pelbagai sumber. Buat sahabat2 yg dah tau or nak
tambah pe2 suggestion, adalah amat dialu2kan…. Semoga maklumat yg
dikongsikan beroleh keberkatan… Insya’allah...
1) Petua hidung bayi tersumbat:
Ambil
beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan
dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya
sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung
bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali
sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur
nyenyak dan tidak meragam.
2) Kembung Perut atau Senudung:
Sirih
dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil
membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu masih kecil
lagi.
3) Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar:
Jika
anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan dapati air
pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih
(buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau
mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau
sebulan
4) Menjauhkan Tikus:
Guntingkan
daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini
akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau
daun pandan.
5) Menjimatkan Lilin:
Sebelum
lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur
dengan garam sekurang-kurangnya selama 2 malam, kemudian lilin itu
hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering bolehlah digunakan.
6) Selusuh Beranak:
Bagi
melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru saja
mengandung anak pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu mengamalkan
meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh penghamilan. Caranya
ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air yang terakhir kita
siramkan itu disambut sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya
dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang
kita lakukan cara seperti tadi.
7) Ruam Lampin:
BAGAIMANA BERLAKU?
Ruam
lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan
kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila
bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah:
Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.
Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.
SIMPTOM
Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:
Ruam
lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil
Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang
normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan
akan menjadi lebih teruk.
Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
Jangkitan
Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di
bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke
muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit
ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit
yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang
kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang
kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang
berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru
dan merasa gelisah.
PENCEGAHAN
Ruam
lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di
sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung
ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum,
minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari
menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan
kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah
baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu
diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.
RAWATAN
Apabila
bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah
mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan
kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya
biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung
dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada
masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di
bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan
Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim
Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam
lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis
penyakit kulit yang serius.
Elak ikan melekat ketika digoreng:
Seringkah
anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu
memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang
digoreng. Selamat mencuba.
9) Melegakan selsema bayi
Ambil
sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada
batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi
anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

- Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
- Kulit berasa kasar dan gatal.
- Bagi
ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada
bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis
pada setiap kali basah (membuang air).
Ruam
lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil
Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang
normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan
akan menjadi lebih teruk.
Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
Jangkitan
Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di
bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke
muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit
ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit
yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang
kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang
kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang
berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru
dan merasa gelisah.
PENCEGAHAN
Ruam
lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di
sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung
ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum,
minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari
menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan
kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah
baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu
diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.
RAWATAN
Apabila
bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah
mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan
kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya
biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung
dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada
masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di
bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan
Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim
Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam
lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis
penyakit kulit yang serius.
Elak ikan melekat ketika digoreng:
Seringkah
anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu
memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang
digoreng. Selamat mencuba.
9) Melegakan selsema bayi
Ambil
sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada
batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi
anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Petua penjagaan bayi & rumahtangga…
bgus fieza..
bleh diamalkan...
bleh diamalkan...
MLT_hidayah- KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender :
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 6029
Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."
Similar topics
» Petua penjagaan bayi
» Petua RumahTangga Bahagia
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Ibu Bapa Disaran Terus Tingkatkan Ilmu Penjagaan Bayi
» Petua RumahTangga Bahagia
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Ibu Bapa Disaran Terus Tingkatkan Ilmu Penjagaan Bayi
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak