Ibu Bapa Disaran Terus Tingkatkan Ilmu Penjagaan Bayi
Page 1 of 1
Ibu Bapa Disaran Terus Tingkatkan Ilmu Penjagaan Bayi
Oleh Nurul Halawati Azhari
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Tempoh usia seawal dilahirkan hingga 36 bulan bagi seorang bayi adalah tempoh yang sangat bermakna bukan sahaja kepada si bayi malahan kepada ibu bapa.
Penjagaan rutin harian bayi akan menentukan sama ada bayi itu akan menjadi kebanggaan keluarga dengan keletah yang comel dan manja.
Siapa yang tidak sukakan bayi yang comel, sihat dan cergas? Lantaran itu seorang pakar dalam penjagaan pediatrik Dr Mimita Magendra menganggap setiap bayi adalah unik dan comel.
Selain fizikal yang terjaga, pertumbuhan mental dan sosial bayi juga dapat dinilai melalui gerak balas, koordinasi motor dan interaksi sosial mereka dengan orang lain.
"Adalah perkara yang biasa untuk setiap bayi berkembang pada tahap yang berbeza. Oleh itu, kemungkinan perkembangan seseorang bayi itu agak lambat untuk mencapai peringkat pembesaran berbanding bayi yang sebaya, namun dia mungkin memiliki faktor X yang lain," jelas beliau.
PERHATI PERKEMBANGAN ANAK
Dr Mimita turut menyarankan ibu bapa agar sentiasa memperhatikan anak sejak hari mereka lahir. Perkara yang perlu diutamakan adalah penjagaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki bayi.
Menurut beliau bayi yang normal pada usia sebulan perlu diperhatikan pergerakan mata atau fokus mata mereka. Dr Mimita turut menasihatkan ibu bapa antara perkara yang perlu ditekankan dalam tahun-tahun pertama ialah fokus mata mereka.
Pada usianya mencecah dua bulan, bayi sudah mula melihat dan memerhati objek-objek di hadapan mereka. Ketika inilah ibu bapa boleh melihat sama ada bayi mereka menghadapi masalah atau tidak.
Memasuki usia tiga bulan, bayi yang sihat akan mula bergolek dan mampu meniarap bila usianya 4 bulan.
Diikuti bagaimana bayi mula bertindak balas seperti ketawa, menjerit dan pelbagai lagi pada usia 6 bulan. Menginjak usia tujuh bulan bayi sudah mula ingin bermain dan sehingga umurnya setahun bayi mungkin sudah mula pandai memasukkan blok mengikut bentuk atau bagi yang sudah mula berjalan mampu menyepak bola.
PENJAGAAN FIZIKAL BAYI
Sungguhpun ibu bapa hari ini sudah bijak dan berpengetahuan dalam hal penjagaan bayi, namun Dr Mimita menyarankan ibu bapa agar sentiasa berusaha melakukan yang terbaik buat si manja. Misalnya dalam penjagaan rambut, wajah dan kulit bayi.
Beliau yang ditemui selepas majlis pelancaran pencarian "Johnson's Baby of the Year" baru-baru ini turut memberi beberapa panduan berguna buat ibu bapa yang berminat menyertai pertandingan yang telahpun memasuki tahun ke-21 itu.
Sebagai seorang daripada juri pada pertandingan akhir tahun lepas, antara perkara yang ditekankan oleh juri dalam pemilihan bayi paling comel, sihat dan pintar itu ialah kesihatan fizikal, tekstur kulit, rambut, ketinggian, berat badan serta perkembangan deria mereka.
Selain itu turut dinilai ialah pertumbuhan mental dan emosi mereka.
Pertandingan yang telah memasuki usia dua dekad ini telah menobatkan 20 orang bayi lelaki dan perempuan sebagai "Johnson's Baby of the Year".
HADIAH LUMAYAN
Tahun ini peserta berpeluang merebut hadiah-hadiah yang keseluruhannya bernilai RM50,000.
Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM10,000, hamper Johnson's baby bernilai RM1,000 dan penampilan eksklusif di kulit majalah tempatan yang bernilai Rm10,000.
Si manja yang menduduki tempat kedua pula bakal menerima wang tunai berjumlah RM5,000 dan hamper tajaan penganjur bernilai RM500. Manakala tempat ketiga bakal memperoleh wang tunai RM3,000 beserta hamper daripada penganjur bernilai RM300.
Sebanyak 17 peserta akhir yang lain turut menerima wang sagu hati RM500 bersama hamper bayi bernilai RM100.
Pertandingan ini terbuka kepada bayi berusia 0 hingga 36 bulan. Ibu bapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini hanya perlu mengikuti tiga langkah berikut.
Sediakan dua keping gambar terbaik bayi anda. Kemudian beli barangan Johnson's baby bernilai RM10 dan ke atas, simpan resitnya sebagai bukti pembelian.
Akhir sekali, lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan resit dan gambar bersama. Hantarkan secara pos atau atas talian. Boleh juga dihantar ke kedai-kedai terpilih yang menyediakan sesi fotografi percuma.
Tarikh tutup penyertaan ialah 30 Jun, 2013 dan maklumat lanjut boleh diperoleh di www.facebook/ilovejohnsonsbaby.com.
--BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Similar topics
» Petua penjagaan bayi
» Petua penjagaan bayi & rumahtangga?
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Tingkatkan prestasi - CUEPACS
» Petua penjagaan bayi & rumahtangga?
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
» Tingkatkan prestasi - CUEPACS
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak