FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke?

3 posters

Go down

Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke? Empty Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke?

Post by Jururawat_Nakal Tue 13 Oct 2009, 8:17 pm

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan
sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan
minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta
mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran
Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau
telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket
untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga
liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak
untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya
berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika
dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol,
kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari
sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai
minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah
lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar
kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak,
pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya
menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini
merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini
sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta
berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan
minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas
jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan
kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata:
"Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita
tidak tahu mengenainya. "

Mekanik
kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia
minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu
selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak
itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai
minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di
Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin
kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit
sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak
berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu
sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam
keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter
minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik
sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan
orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang
lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin
kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgr oup.us/oil. htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama
Jururawat_Nakal
Jururawat_Nakal
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke? Kelant10
Jawatan : Jururawat Terlatih U29
Gender : Female
Jumlah Post : 70
Umur : 36
Tarikh Register : 25/01/2007
Reputation : 0
Points : 6527

Back to top Go down

Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke? Empty Re: Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke?

Post by fiz Tue 13 Oct 2009, 9:32 pm

hmmmmmm.......
avatar
fiz
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke? Tereng10
Jawatan : pelajar
Gender : Male
Jumlah Post : 1732
Umur : 33
Tarikh Register : 03/09/2009
Reputation : 5
Points : 7552

Character sheet
Mutiara Kata saya: berkawan biar beribu, beristeri biar 1

Back to top Go down

Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke? Empty Re: Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke?

Post by Palladium Mon 23 Jul 2012, 3:29 pm

habis la lingkup tokey minyak hitam.....
Palladium
Palladium
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke? Penang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 295
Umur : 46
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 6242

Back to top Go down

Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke? Empty Re: Minyak SAJI. (dijadikan minyak enjin)-betul ke?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum