FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bila Hospital Yang Jatuh Sakit

2 posters

Go down

Bila Hospital Yang Jatuh Sakit Empty Bila Hospital Yang Jatuh Sakit

Post by HH Sun 25 Oct 2009, 3:10 am

Hospital Pekan bukan lagi 'projek sakit'


PEKAN 24 Okt. - Masalah ketidakcekapan pengurusan dan pembinaan Hospital Pekan di sini yang dilaporkan dalam Laporan Audit 2008 telah diatasi sepenuhnya sejak setahun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehubungan itu, tegasnya, projek pembinaan Hospital Pekan bukan lagi dikategorikan sebagai 'projek sakit' sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut beliau, laporan tersebut merupakan masalah pembinaan yang dialami pada 2003 tetapi kini ia telah diatasi selepas kontraktor baru mengambil alih projek tersebut.

''Hospital itu telah beroperasi sejak setahun lalu dan laporan audit itu adalah laporan mengenai kelewatan yang berlaku pada 2003," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri istiadat pengurniaan darjah-darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Ke-79 di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Beliau mengulas Laporan Audit 2008 yang mendapati pelaksanaan projek pembangunan Hospital Pekan menghadapi banyak masalah disebabkan ketidakcekapan dan kecuaian pihak yang mengurus serta memantau pembinaan hospital tersebut termasuk dari segi alat kelengkapan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, projek tersebut kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada kerajaan malah kepada orang awam berikutan kemudahan yang disediakan tidak dapat dimanfaatkan.

Kata beliau, antara kelemahannya ialah masih ada kerja yang belum disiapkan sepenuhnya dan peralatan tidak dibekalkan dengan sempurna oleh pihak pemaju sedangkan Sijil Perakuan Siap Kerja telah dikeluarkan.

Mengulas lanjut, Tiong Lai memberitahu, pihaknya sedang memantau kualiti pembinaan dan pengurusan Hospital Pekan dari semasa ke semasa supaya tidak timbul sebarang masalah pada masa akan datang.

Menurutnya, kelewatan pembinaan hospital tersebut berpunca daripada kegagalan kontraktor asalnya
meneruskan projek berkenaan.

''Projek ini sepatutnya siap dalam tempoh tiga tahun tetapi terpaksa dilewatkan sehingga enam tahun," jelasnya.

Mengulas Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Tiong Lai berkata, rakyat akan mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik apabila kerajaan membina 50 klinik kesihatan komuniti 1Malaysia bermula tahun hadapan.

Katanya, klinik tersebut akan beroperasi selama 12 jam bermula pukul 10 pagi setiap hari.
''Rakyat akan mendapat lebih kemudahan apabila klinik kesihatan komuniti 1Malaysia ini dibina di kawasan yang dekat dengan kawasan perumahan," katanya.

Utusan Malaysia 24/10/2009
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035

Back to top Go down

Bila Hospital Yang Jatuh Sakit Empty Re: Bila Hospital Yang Jatuh Sakit

Post by kelisa Sun 25 Oct 2009, 6:23 am

wow..nasid xbalik pekan.. Bila Hospital Yang Jatuh Sakit Icon_cool
kelisa
kelisa
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Bila Hospital Yang Jatuh Sakit Selang10
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender : Female
Jumlah Post : 4246
Umur : 1133
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10467

Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!

https://www.facebook.com http://kelisa50932Gmail.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum