Tak tahu anak hamil
3 posters
Page 1 of 1
Tak tahu anak hamil
Tak tahu anak hamil
Laporan dan foto DJ DOLASOH
am@hmetro.com.my
PASIR PUTEH: “Makcik tidak tahu Fuziani mengandung tiga bulan dan arwah sengaja tidak beritahu kami sekeluarga di sini kerana mungkin mahu membuat kejutan apabila pulang berhari raya semalam (kelmarin).
“Namun kejutan lain pula diterima apabila dimaklumkan Fuziani dan suaminya meninggal dunia dalam kemalangan ketika pulang menyambut Aidiladha,” kata Rohimah Mat Diah.
Rohimah, 55, adalah ibu Fuziani Abdul Latif, 28, yang meninggal dunia bersama suaminya, Md Saufi Mohamed, 28, apabila kereta Perdana V6 dipandu Md Saufi bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 35.6, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Lenggong, Perak, petang kelmarin.
Turut terbunuh dalam kejadian itu penumpang kereta yang bertembung dengan kereta mangsa, Halijah Hamzah, 57.
Jenazah Fuziani dan suaminya, kedua-duanya dari Pasir Puteh, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Abal, dekat sini, jam 12 tengah hari semalam, selepas bedah siasat di Hospital Grik.
Selain sanak saudara mangsa, turut menghadiri upacara pengebumian pasangan itu ialah pegawai dan rakan setugas Allahyarham Md Saufi yang bertugas sebagai Inspektor di Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak.
Menurut Rohimah, mereka sekeluarga hanya mengetahui arwah Fuziani mengandung daripada adik mangsa, Salahuddin, 22, yang baru tiba dari Shah Alam kerana mereka berdua sangat rapat.
“Makcik sangat sedih kerana kehilangan bukan dua, tapi tiga insan paling disayangi, termasuk anak dalam kandungan arwah.
“Arwah disayangi ahli keluarga kerana sikap ramah dan mesranya. Arwah anak kelapan daripada 11 beradik dan juga seorang yang manja.
“Dia sebelum ini bertugas sebagai jururawat di Hospital Muar selama empat tahun sebelum berpindah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak setahun lalu kerana mengikuti suaminya dan menetap di Batu Gajah,” katanya ketika ditemui di rumah besannya di Kampung Permatang Rambai, di sini.
Sementara itu, ibu Md Saufi, Siah Drahim, 60, berkata arwah beberapa kali menghubungi adiknya, Umi Kalsum, 19, yang tinggal bersamanya supaya menyimpan kek yang dibuat adiknya.
“Sebelum dia dan isteri bertolak balik pada jam 2 petang semalam (kelmarin) dari Batu Gajah, arwah menghubungi adiknya dan bertanyakan kek hari raya yang dibuat Umi kerana teringin memakannya,” katanya.
Arwah juga ada meminta Siah dan ayahnya, Mohamed Awang, 67, serta adik beradik lain datang ke Batu Gajah kerana dia akan memasuki rumah yang baru dibeli pada 1 Disember ini.
“Apakan daya hasrat itu tidak kesampaian, namun kami reda di atas ketentuan takdir dan hanya mampu bersabar menghadapinya,” katanya.
--------------------
sama-sama kita sedekah kan alfatihah kepada arwah tersebut..

HH- KERABAT FORUM
- Jawatan : PPP
Gender :
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035
devil- KERABAT SUPER SENIOR
- Jawatan : rempit
Gender :
Jumlah Post : 619
Umur : 42
Tarikh Register : 22/08/2009
Reputation : 0
Points : 6243
Re: Tak tahu anak hamil
Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un...
Salam takziah buat keluarga mangsa..Semoga rohnya dicucuri rahmat.alfatihah wat mangsa.

rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Similar topics
» Camner Nak Tahu Ikhlas Ke Terima Janda N Anak..?
» siapa ada petua untuk mudah hamil? ingin hamil...
» Adakah anda ingin tahu?????????syringe blh beri tahu anda...
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» anak-anak buah mama leong group 1/03

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak