FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun

3 posters

Go down

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun Empty Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun

Post by blur Tue 01 Dec 2009, 9:23 pm

KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sejajar
dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan
mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok
yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.


"Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara
ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya
larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang
rokok mulai 1 Jun 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu telah dipersetujui oleh semua syarikat
rokok dan kerajaan berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama
syarikat terbabit.


"Larangan pengilangan dan penjualan rokok paket rokok yang
mengandungi kurang dari 20 batang sebenarnya telahpun diwartakan pada
23 September 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau
2004.


"Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan tersebut telah
ditangguhkan selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada
syarikat-syarikat rokok," katanya.

Liow
berkata, sehubungan penguatkuasaan itu, sesiapa yang didapati melanggar
peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara
tidak melebihi dua tahun.


Katanya, larangan itu juga selaras dengan saranan Konvensyen
Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO).


"Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini adalah
bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan
kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang
tidak sihat dan merugikan," katanya. - Bernama
avatar
blur
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Menanam anggur
Gender : Male
Jumlah Post : 69
Umur : 37
Tarikh Register : 13/09/2009
Reputation : 3
Points : 5640

Back to top Go down

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun Empty Re: Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun

Post by HH Tue 01 Dec 2009, 11:33 pm

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun Kandun10

lebih baik tutup sahaja kilang rokok..

buat aper merokok..

tiap-tiap hari bakar duit..

kesihatan terjejas..

-------

ada cerita seorang kawan kaki rokok..

dier tanya kita camna nak buang tabiat merokok..

kiter cakap..ko beli rokok satu kotak..

ko buka..

ko hisap 2 atau 3 kali sedut..

lepas tu ko buang...

baki 19 batang tu pulak ko lontar dalam semak...

dier cuba buat...

dalam 2 hari kemudian dier jumpa kiter lagi..

apa macam kwn..dah buat..

dah katanya...

boleh terus amalkan...

boleh katanya..tapi!!

tapi aper pulak kata kiter..

aku rasa membazir duit lah..penat-penat kerja, beli rokok mahal-mahal lepas tu hisap 2-3 kali buang,,,lepas tu bakinya 19 btg tak hisap langsung terus campak dalam semak...jadi aku kutip baliklah..kan membazir tu amalan syaitan...

ewah..ewah..ewah..itu tau membazir..kalu ko berhenti lagi jimat..ko saving RM6.00 sehari, 10 hari RM60.00, 30 hari RM180.00, setahun dah save RM2190.00...sepuluh tahun RM21,900.00..simpan dalam ASB kan baik...

itulah kalau dah ketagih..memang susah..

kepada yang belum merokok janganlah hendak mencubanya..
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7036

Back to top Go down

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun Empty Re: Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun

Post by devil Sat 19 Dec 2009, 3:07 am

hm.. salah 1 langkah utk brent mrokok..
Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun Icon_cool
devil
devil
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : rempit
Gender : Male
Jumlah Post : 619
Umur : 42
Tarikh Register : 22/08/2009
Reputation : 0
Points : 6244

Back to top Go down

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun Empty Re: Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum