FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Memberus dan pemilihan berus gigi (Utusan Malaysia)

Go down

Memberus dan pemilihan berus gigi (Utusan Malaysia) Empty Memberus dan pemilihan berus gigi (Utusan Malaysia)

Post by Fieza Mon 21 Dec 2009, 8:04 pm

ARKIB : 20/09/2009

Memberus dan pemilihan berus gigi

Memberus dan pemilihan berus gigi (Utusan Malaysia) Kn_05.1
PILIH berus gigi yang bersesuaian dan dapat membersih gigi, gusi, lidah dan keseluruhan mulut dengan berkesan.


BERAKHIR sudah zaman pemilihan berus gigi sederhana yang mempunyai
berus padat, sederhana dan lembut. Kini, berus gigi datang dalam bentuk
dan warna berbeza. Kita perlu peka apabila memilih berus gigi kerana
ini bukan sahaja dapat memastikan gigi sihat, tetapi juga untuk
memastikan kesihatan gigi yang optimum.

Kita haruslah melihat beberapa faktor dalam pemilihan berus gigi:
l Pilih berus gigi yang mempunyai berus lembut! Berus sederhana atau
keras boleh menghakis bahagian dalam mulut dan memusnahkan tisu gusi
jika digunakan berulang kali. Ia adalah baik untuk menggunakan berus
gigi yang mempunyai berus silang pangkah kerana ianya boleh
menanggalkan sisa-sisa makanan di kawasan yang sukar dicapai.
l Pastikan berus gigi itu adalah saiz yang betul untuk anda. Berus
bersaiz sederhana adalah yang terbaik untuk muat ke dalam mulut.
l Carilah yang berkepala bulat. Berus yang berbentuk segi empat
tepat menyukarkan lagi kita memberus gigi. Oleh itu carilah yang
berkepala bulat.
l Pegangan kuat. Pilihlah berus gigi yang mempunyai pemegang berkusyen yang kuat.
Berikut adalah lima mitos tentang memberus gigi yang anda harus ambil kira:

1. Berkongsi berus gigi tidak berbahaya.
n Ini mungkin satu penyelesaian masalah yang senang apabila anda
lupa membawa atau tersalah letak berus gigi anda di mana-mana, tapi ini
tidak sepatutnya menjadi satu pilihan. Pertukaran cecair badan di
antara mereka yang berkongsi berus gigi boleh menyebabkan seseorang
individu berisiko mendapat jangkitan daripada bakteria yang menyebabkan
pereputan gigi, penyakit gusi dan penyakit serius. Ini haruslah
dipertimbangkan khususnya bagi mereka yang mempunyai sistem imuniti
yang rendah dan penyakit berjangkit.

2. Berus yang sederhana melakukan kerja yang lebih baik daripada berus lembut.
n Walaupun bunyinya logik, realitinya, berus sederhana lebih
mendatangkan bahaya dengan mencederakan tisu gusi. Menggunakan teknik
memberus gigi yang betul, dengan berus yang lembut adalah lebih
berkesan untuk menanggalkan plak dan sisa-sisa makanan, serta
meninggalkan permukaan gigi yang lebih bersih dan tisu gusi yang sihat.
Dalam sesetengah kes, berus gigi yang lebih (amat) lembut mungkin
disyorkan (bagi mereka yang mempunyai permukaan akar yang terbuka,
hipersensitiviti, mereka yang telah melakukan terapi laser atau
pembedahan periodontal). Jika anda tidak pasti, silalah tanya doktor
gigi anda dan dapatkan nasihat tentang berus gigi yang terbaik bagi
anda.

3. Oleh kerana saya memberus gigi dua hingga tiga kali sehari, saya tidak perlu berflos.
n Walaupun memberus gigi setiap kali selepas waktu makan dan waktu
snek mengurangkan risiko dan mengelakkan daripada pereputan gigi serta
penyakit gusi, ini tidak dapat menggantikan flos. Flos dental masih
merupakan cara paling berkesan untuk membersihkan kawasan sentuhan,
juga permukaan gigi di bawah garisan gusi di mana berus gigi tidak
dapat mencapainya.

4. Lebih besar kepala berus lebih banyaklah ia membersih.
n Kepala berus gigi yang besar mungkin boleh meliputi lebih banyak
kawasan di permukaan gigi, tetapi ia juga boleh menghalang anda
daripada membersihkan kawasan yang sukar dicapai. Kepala berus gigi
yang kompak dan kecil adalah lebih elok untuk masuk ke kawasan sukar
dalam mulut dan lebih senang untuk membersihkan gusi di sepanjang
garisan gusi, membolehkan anda memberus gigi dengan lebih cekap dan
berkesan.

Berapa kerapkah saya perlu menggantikan berus gigi?
n Apabila berus nampak leper dan haus (sesetengah berus gigi
mempunyai petunjuk warna pudar), inilah masanya untuk mendapatkan berus
gigi baru.

Anda seharusnya menggantikan berus gigi anda setiap tiga bulan. Ia
juga adalah penting untuk menukar berus gigi anda selepas anda
dijangkiti selesema (flu), kerana berus boleh mengumpul kuman yang
boleh menyebabkan jangkitan.

Dengan memberus gigi anda sekurang- kurangnya dua kali sehari, dapat mengelakkan pereputan gigi dan penyakit gusi.

Berikut merupakan beberapa tip memberus gigi yang betul:
l Berus gigi anda antara dua hingga tiga minit.

l Elakkan daripada memberus dengan kuat.

l Pegang berus gigi anda pada sudut 45 darjah dan berus gigi secara perlahan-lahan dengan lembut dari gigi, ke arah gusi.

l Berus kesemua permukaan luaran dan dalaman.

l Bersihkan ruang dan krevis di permukaan gigi mengunyah dengan sapuan lembut.

l Bersihkan lidah untuk menanggalkan bakteria dan menyegarkan nafas.
Artikel ini dibawakan oleh Oral-B sempena kempen kesihatan oral 2009.

l Sesetengah daripada maklumat ini diperolehi dari laman web Dentistry http://dentistry.about.com/
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Memberus dan pemilihan berus gigi (Utusan Malaysia) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum