FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kayu Sugi Vs Berus Gigi

Go down

Kayu Sugi Vs Berus Gigi Empty Kayu Sugi Vs Berus Gigi

Post by Puteri Kayangan Sat 08 Sep 2012, 9:20 pm


JOM KITA BELI KAYU SUGI...dpt pahala kerana amalkan sunnah disamping khasiat2nya.











Kayu Sugi Vs Berus Gigi Siwak

Daripada
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak
menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali
hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Daripada Ibn
Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu
satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan
kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

"Bersugilah
kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan dan keredhaan dari
Allah swt." sabda Rasulullah saw (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra)

---------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU BERSUGI?


Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

HUKUM BERSUGI

1.
Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi
masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak
mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau
mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa
fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu
selepas masuk waktu zuhur.

CARA BERSUGI

Kayu Sugi Vs Berus Gigi Cara%2Bbersugi


HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2.
Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan.
Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi
tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu
melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4.
Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar
kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh
berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan
mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

ADAB BERSUGI

1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.


TAHUKAH ANDA?

Kajian
klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian (Pencegahan),
Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi
mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi berdarah,
gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)

RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI

Satu
satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan
mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui
cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.

Kayu Sugi Vs Berus Gigi Sugi%2Belectromicro


Liang
kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron
apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga
sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi
yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima
benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal
aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi
yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan
plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun
anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh
tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut
bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan
tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok
di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat
elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh
itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi
termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan
gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron
tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.

Kayu Sugi Vs Berus Gigi Caj%2Bgigi%2Bsugi


Teknik Menggosok (Bersiwak)

Bersiwak
atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara
elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap
spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi
otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu
tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga
berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula
kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding
dengan kayu yang masih padat.

sumber : Super Skale

p/s: rm2 sahaja kayu sugi ni. sangat murah berbanding dengan berus gigi.



--
Sebaik2 msia adalah yang memberi manfaat pd org lain.
Org yg kuat adalah org yg dpt menahan marahnya.
Allah SWT suka hambaNya yg sentiasa memohon ampun pdNya.
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Kayu Sugi Vs Berus Gigi Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 32
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5241

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum