Kami Pon Boleh....!!!!!!!
2 posters
Page 1 of 1
Kami Pon Boleh....!!!!!!!
Jangan pandang kami sebelah mata!
Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my
Dalam acara tersebut, Lovella muncul juara bagi kategori
Campro yang telah diubah suai manakala Suhaily mendapat tempat ketiga
bagi kategori Campro Standard.
Deruman enjin kereta yang memecah kesunyian di sebuah kawasan
terpencil di Persiaran Cyberjaya memaksa penonton menutup telinga.
Kelihatan sederet kereta sudah bersedia di garis permulaan untuk
membuat pecutan bagi menentukan siapa yang paling hebat.
Sepanjang jalan yang ditutup khas bagi acara MUSC Drag Challenge
2009 itu, kereta-kereta lumba berbaris menunggu giliran. Para pemandu
begitu teruja untuk mempamerkan skil dan kemampuan masing-masing dalam
pemanduan laju.
Di celah-celah deretan kereta itu, terdapat kelibat dua wanita yang
berlegar di bawah terik matahari sambil mengipas diri untuk
mengurangkan bahang panas di badan. Ia mungkin pandangan yang biasa dan
tidak mustahil jika ada yang menganggap mereka ialah penonton dan hanya
memberikan sokongan kepada teman.
Namun, hakikatnya Lovella Ng Francisco, 24, dan Suhaily Mohd Jai,
33, merupakan peserta antara lebih 20 kereta yang bertanding bagi
kategori enjin Campro. Sudah tentu mereka menjadi perhatian dan giliran
mereka untuk berlumba dinantikan penonton.
Lovella yang mempunyai perniagaan dobinya sendiri memberitahu, dia
mula berminat dalam perlumbaan kereta sejak tiga tahun lalu. Segalanya
bermula di Litar Batu Tiga, Shah Alam, Selangor. Kereta pertama yang
dimilikinya ketika itu adalah Nissan Turbo SR20.
Tidak lama kemudian, Lovella mula berminat untuk menceburi kategori
Campro. Dia memilih Gen2 yang telah diubah suai khas untuk memasuki
pertandingan seperti itu.
DERETAN kereta berenjin Campro bersiap-sedia untuk memulakan MUSC Drag Challenge.
Bagi Suhaily pula, dia sememangnya meminati kelajuan dalam pemanduan
kereta. Minat itu bertambah setelah bertemu dengan suaminya,
Shaifulnizam Kamarudin iaitu pemilik sebuah bengkel DoriDori Auto
Works. Suaminya memberi galakan untuknya menyertai pertandingan seperti
drag. Drag adalah perlumbaan kelajuan dan daya pecutan pada trek lurus sejauh 400 meter.
Bermula dengan perlumbaan go-kart anjuran tempat Suhaily bekerja dan
atas galakan suami, dia menyertai kategori wanita dan menjadi juara.
Melihat Lovella dan Suhaily, tiada bezanya mereka dengan wanita
lain. Mereka sedikit pun tidak mempamerkan sisi kasar pada fizikal.
Malah kipas dan payung tetap menjadi teman sepanjang acara. Cuma yang
membezakan mereka adalah ketika mereka menekan pedal minyak dan
mengawal stereng kereta yang sedang dipandu laju.
Dalam acara tersebut, Lovella muncul juara bagi kategori Campro yang
telah diubah suai manakala Suhaily mendapat tempat ketiga bagi kategori
Campro Standard. Kejayaan mereka telah membuka mata lelaki dan
mengingatkan kaum itu supaya jangan memandang rendah kepada kebolehan
wanita dalam pemanduan kenderaan. Walaupun pertandingan itu menerima
hanya dua wakil wanita, namun mereka berjaya menempatkan diri dalam
tangga kemenangan.
"Sudah tentu apabila orang melihat perempuan berlumba, mereka akan
mempertikaikan kemampuan sama ada boleh menyaingi lelaki atau pun
tidak. Kalau kita terlalu memikirkan mengenai gender ketika berlumba,
memang rasa kecut juga. Apa yang penting, tumpukan sepenuh perhatian
dan lakukan yang terbaik," katanya.
Menurut Lovella, kepuasan utama dalam perlumbaan adalah kelajuan
memecut sesebuah kereta dan yang paling penting adalah kemenangan.
Sudah tentu, kejayaan mengalahkan lelaki dalam bidang yang dikuasai itu
memberi kepuasan dan keseronokan kepada mereka.
Lovella belajar memandu kereta (untuk berlumba) dengan usahanya
sendiri di samping mendapat bantuan daripada teman-teman yang lebih
berpengalaman. Baginya, skil pemanduan harus didalami sendiri dengan
mencuba. Dengan itu, barulah kita boleh mengetahui sama ada kita
berupaya berlumba atau tidak. Apa yang penting adalah keberanian.
"Sebenarnya, keluarga agak bimbang apabila saya menyatakan hasrat
untuk berlumba. Namun, akhirnya keluarga memberi sokongan penuh
terhadap aktiviti yang saya minati ini.
"Mereka sering menasihatkan saya supaya tidak terlibat dengan lumba
haram. Nanti tak pasal-pasal masuk lokap," katanya sambil ketawa.
Lovella juga pernah mendapat tawaran untuk memandu kereta lumba di litar namun minatnya hanya pada drag. Mereka yang meminati sukan pemotoran seperti drag
biasanya mempunyai sebuah kereta khas untuk tujuan itu. Bagi tujuan
kegunaan harian pula, mereka akan menggunakan kereta yang lebih mesra
dengan jalan raya di Malaysia.
Ini kerana kereta yang digunakan dalam perlumbaan drag mempunyai nisbah gear yang pendek, ekzos yang berlainan dan aksesori seperti pelekat di seluruh kenderaan.
Berlainan bagi Suhaily. Dia yang memandu Satria Neo menggunakan
kereta yang sama untuk kegunaan harian dan juga untuk berlumba. Ini
kerana dia memasuki kategori standard dan tiada perubahan major yang dilakukan pada keretanya.
"Setiap kali ada perlumbaan, barulah saya pasang aksesori tambahan
seperti ekzos dan pelekat pada kereta. Saya pastikan pelekat itu tidak
keterlaluan supaya saya boleh memandu di atas jalan raya tanpa gangguan.
"Selepas tamat acara, saya akan tukar balik keadaan kereta seperti
biasa," katanya sambil memberitahu semuanya dilakukan di bengkel milik
suaminya, DoriDori Auto Works.
Suhaily memberitahu, dia pernah ditahan oleh anggota polis kerana
bunyi ekzos yang agak kuat. Kejadian itu berlaku sehari sebelum
perlumbaan diadakan. Dia terpaksa memandu kereta itu di jalan raya
kerana pada hari itu, tidak ada kereta lain yang boleh dipandu ke
tempat kerja.
PARA pemandu begitu teruja mempamerkan skil dan kemampuan masing-masing.
Apabila tingkap kereta dibuka, pihak polis terkejut kerana yang memandu kereta itu ialah seorang wanita.
"Saya terpaksa menjelaskan kepada polis tersebut bahawa saya ada
perlumbaan pada keesokan hari dan semua aksesori pada kereta ini akan
dibuka selepas tamat acara.
"Saya juga menunjukkan lesen perlumbaan. Lesen ini mengesahkan
bahawa saya memang terlibat dengan acara perlumbaan atau pertunjukan
automotif. Semua pelumba akan memiliki lesen tersebut," katanya.
SUHAILY (kiri) dan Lovella (kanan) membuka mata masyarakat dengan menyertai pertandingan lumba kereta.
Baginya, berlumba di litar memberikan kepuasan kerana dia tidak
perlu risau tentang gangguan daripada pihak berkuasa untuk memandu laju
sekali gus tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Suhaily mengesyorkan kepada wanita yang berminat menceburi bidang perlumbaan untuk mencuba drag kerana ia kurang berbahaya berbanding dengan sukan pemotoran yang lain.
Katanya, risiko kemalangan hanyalah satu peratus dan apa yang
penting adalah pergi ke saluran yang betul iaitu menyertai perlumbaan
di litar untuk mendapatkan kepuasan.

kelisa- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender :
Jumlah Post : 4246
Umur : 1133
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10467
Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!
devil- KERABAT SUPER SENIOR
- Jawatan : rempit
Gender :
Jumlah Post : 619
Umur : 42
Tarikh Register : 22/08/2009
Reputation : 0
Points : 6243
Similar topics
» tempat korang dah mula keja syif ker...
» -aPaKah NasiB kaMi -
» kelayakan ijazah atau diploma untuk jawatan mlt u29!!!!!!
» Dilemma Degree Nurse...kami berbangga...
» sudut ilmiah ( soal jawab 2)

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak