FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kanser Payudara / Barah Payudara

3 posters

Go down

Kanser Payudara / Barah Payudara Empty Kanser Payudara / Barah Payudara

Post by Fieza Wed 20 Jan 2010, 9:44 pm

Lemak bina payu dara

Kanser Payudara / Barah Payudara Ke_01.1

FAKTA sains membuktikan pembentukan kanser payu dara tidak melibatkan lemak yang terdapat pada tubuh.


Payu dara pesakit kanser kini boleh dibina semula tanpa risiko.


LAZIMNYA, lemak yang terdapat pada mana-mana bahagian tubuh
seringkali menimbulkan masalah hinggakan ada sesetengah individu
sanggup menjalani prosedur liposuction atau membuang lemak.

Namun, di sebalik �kehodohan� gumpalan lemak yang terdapat pada
perut, paha atau lengan, ia memberi nafas baru pada pesakit kanser payu
dara yang menjalani rawatan Lumpectomy atau Mastectomy.

Menurut Pakar Bedah dan Perunding Pembedahan Plastik dan
Rekonstruktif Pusat perubatan Prince Court, Dr. Yap Lok Huei, lemak
yang diperolehi dari bahagian tubuh dapat membina semula payu dara bagi
mereka yang kehilangan aset berharga itu akibat kanser payu dara.

�Secara am, prosedur pemindahan lemak atau lebih dikenali sebagai
fat grafting sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pembedahan
kosmetik.

�Namun bagi tujuan pembinaan semula payu dara, lemak akan
dikeluarkan dari tubuh pesakit dengan menggunakan jarum khas atau
liposuction cannula.

�Setelah mendapat jumlah lemak yang dikehendaki, ia akan disuntik ke
bahagian atas otot pectoralis secara berperingkat sambil membentuk payu
dara,� jelas Lok Huei.

Penggunaan lemak yang diambil daripada pesakit itu sendiri untuk
digunakan dalam pemindahan lemak tersebut dikenali sebagai autologous
fat grafting.
Kanser Payudara / Barah Payudara Ke_01.2



Pemindahan lemak secara autologous dibahagikan kepada dua jenis
iaitu TRAM flap (tranverse rectus abdominis muscle flap) dan DIEP flap
(deep inferior epigastric artery perforator).

�TRAM flap merujuk kepada penggunaan tisu lemak yang diambil dari
perut. Dengan menggunakan saluran darah asal, lemak tersebut akan
disuntik di bawah kulit sekitar payu dara,� ujarnya.
Merungkai lebih jelas kaedah pemindahan lemak ini, prosedur kedua

yang digunakan ialah DIEP flap yang merupakan variasi kepada TRAM flap.
Ia tidak melibatkan pemindahan otot dan kaedah ini dipercayai mempunyai
risiko lebih rendah terhadap kelemahan abdomen atau pun hernia (burut).

�Ia menggunakan sel dan lemak yang asal namun tidak melibatkan otot
bagi membentuk payu dara. Prosedur ini juga akan menegangkan semula
bahagian abdomen bawah,� jelas Lok Huei.
Tambahnya, dengan hanya satu bukaan kecil sekitar dua milimeter,

teknik ini cukup selamat di samping tidak mengganggu saluran darah atau
saraf di sekeliling payu dara yang terlibat.

Lebik baik dari implan

Menurut Lok Huei lagi, kebaikan prosedur pemindahan lemak secara
autologous ialah ia mengambil masa lebih singkat daripada prosedur
pembedahan mikro serta memerlukan insisi (bukaan) yang kurang.
Kanser Payudara / Barah Payudara Ke_01.3
LEMAK yang diperlukan untuk merawat pesakit kanser payu dara yang menjalani rawatan Lumpectomy atau Mastectomy boleh didapati daripada tubuh pesakit sendiri.


�Kelemahannya pula ialah ia mempunyai kadar penyerapan tertentu,
tidak bersesuaian bagi payu dara yang bersaiz besar serta memerlukan
lebih daripada satu prosedur.

�Pesakit juga harus faham bahawa pembentukan semula payu dara adalah
prosedur yang bergantung kepada individu. Terdapat banyak pesakit yang
berpuas hati dengan implan silikon ataupun pembentukan semula jenis
autologus,� ujar Dr. Yap.

Tambah beliau, selain boleh diolah menjadi bentuk payu dara,
prosedur pemindahan lemak ini juga banyak digunakan bagi pembedahan
kosmetik.

�Ia boleh dianggap selamat dan tidak akan menjejaskan ujian kanser,� katanya.
Di samping mengurangkan parut, prosedur ini juga mampu mengelakkan
sebarang risiko penolakan kerana ia menggunakan lemak yang berasal dari
tubuh pesakit itu sendiri.

�Berbanding penggunaan implan silikon, pemindahan lemak ini lebih selamat kerana ia serasi dari segi biologinya,� katanya.
Malahan, jangka hayat penggunaan lemak sebagai bahan bagi pembinaan
semula payu dara ini lebih panjang dan menjadi sebahagian daripada
tubuh.

Tambah Lok Huei, apa yang lebih penting ialah pembentukan kanser
payu dara tidak melibatkan lemak yang terdapat pada tubuh pesakit itu
sendiri.
Kanser Payudara / Barah Payudara Ke_01.4
KERATAN rentas menunjukkan kedudukan otot Pectoralis.



�Jadi, pesakit tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan lemak dalam
tubuhnya mempunyai sel kanser,� jelasnya yang turut menyatakan prosedur
ini langsung tidak mengganggu proses pengimbasan MRI serta sinar X.

Sekiranya pesakit bimbang mengenai lemak dalam badannya tidak
mencukupi, Lok Huei menegaskan, hanya sekitar 160 carbon copy (cc)
hingga 200cc lemak yang digunakan bagi setiap prosedur.

Menjelaskan mengenai risiko dan kesan sampingan, keberkesanan
suntikan lemak ini pada pembentukan semula payu dara bergantung kepada
kecekapan dan pengalaman pakar perubatan memindahkan lemak.

�Namun, prosedur ini tidak digalakkan kepada wanita yang menghidap
diabetes atau sebarang penyakit yang melibatkan sel tisu,� jelasnya. �
SHANIKA ABDULLATIB

SUMBER : KOSMO


Last edited by Fieza on Sun 11 Dec 2011, 2:26 pm; edited 1 time in total
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kanser Payudara / Barah Payudara Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Kanser Payudara / Barah Payudara Empty Re: Kanser Payudara / Barah Payudara

Post by Puteri Kayangan Sun 12 Jun 2011, 10:16 pm

canggihnya teknologi perubatn zmn skrg.. payudara pun boleh bina smula.tp rasanya xsmpurna mcm yg asl la kan..
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Kanser Payudara / Barah Payudara Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Kanser Payudara / Barah Payudara Empty Re: Kanser Payudara / Barah Payudara

Post by Fieza Sun 11 Dec 2011, 2:28 pm

Puteri Kayangan wrote:canggihnya teknologi perubatn zmn skrg.. payudara pun boleh bina smula.tp rasanya xsmpurna mcm yg asl la kan..

tiada yg sempurna slain dri cptaan Allah kn..
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kanser Payudara / Barah Payudara Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Kanser Payudara / Barah Payudara Empty Re: Kanser Payudara / Barah Payudara

Post by azrunia Wed 04 Jul 2012, 10:37 am

sepandai mana sains barat ni.....tak boleh nak lawan kudrat ciptaan Yg MAHA ESA......
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Kanser Payudara / Barah Payudara Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Kanser Payudara / Barah Payudara Empty Re: Kanser Payudara / Barah Payudara

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum