FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010)

2 posters

Go down

Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010) Empty Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010)

Post by transpoter Sun 21 Mar 2010, 2:40 am

Selangor terus catat kes denggi tertinggi


2010/03/20

SHAH ALAM: Selangor terus mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu 5,137 kes sejak awal tahun ini hingga semalam, dengan 20 peratus atau 1,009 daripadanya berlaku di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata dalam tempoh itu, Seksyen 7 Shah Alam melaporkan sebanyak 171 kes demam denggi berbanding 92 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan kes sebanyak 185 peratus.

"Setakat ini, terdapat 34 kawasan panas denggi di Selangor dan Seksyen 7, Shah Alam adalah salah satu lokasi kawasan berkenaan. Kawasan Seksyen 7 mengalami wabak denggi selama 52 hari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Aedes Pupus Denggi Lupus" di sini. Rosnah berkata, kawasan panas dikategorikan sebagai kawasan yang mengalami wabak denggi melebihi tempoh sebulan.

Beliau juga berkata, kadar pembiakan nyamuk aedes di Seksyen 7 masih tinggi iaitu membabitkan antara 3.9 peratus hingga 33 peratus.

Ketika berucap pada majlis itu, Rosnah berkata penyemburan racun serangga atau "fogging" yang dilakukan Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat menyelesaikan masalah wabak denggi di negara ini.

"Semburan itu hanya dapat meredakan penularan jangkitan untuk seketika tetapi tidak dapat menghapuskan jentik-jentik yang berada dalam takungan air," katanya.
Rosnah berkata, daripada sejumlah 3.5 juta premis yang diperiksa sepanjang tahun lalu, 46,848 premis dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau juga berkata, sebanyak 11,113 kes demam denggi membabitkan 40 kematian dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga semalam, berbanding 11,904 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. - Bernama
transpoter
transpoter
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010) Perak_10
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 990
Umur : 40
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 6598

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

Back to top Go down

Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010) Empty Re: Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010)

Post by Fieza Sun 21 Mar 2010, 2:07 pm

kt penang pun xsunyi dari kes denggi
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Selangor terus catat kes denggi tertinggi (berita harian 20/3/2010) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum