FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

degree untuk jadi pengajar

5 posters

Go down

degree untuk jadi pengajar Empty degree untuk jadi pengajar

Post by mala Mon 05 Apr 2010, 2:14 am

salam. boleh provide info, degree apa yang PPF wajar ambik dalam pathway untuk jadi pengajar di KSKB?
avatar
mala
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : penolong pegawai farmasi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 44
Tarikh Register : 26/03/2009
Reputation : 0
Points : 5731

Back to top Go down

degree untuk jadi pengajar Empty Re: degree untuk jadi pengajar

Post by mala Wed 07 Apr 2010, 10:37 pm

hmmmmm.....
avatar
mala
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : penolong pegawai farmasi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 9
Umur : 44
Tarikh Register : 26/03/2009
Reputation : 0
Points : 5731

Back to top Go down

degree untuk jadi pengajar Empty Re: degree untuk jadi pengajar

Post by azrunia Wed 07 Apr 2010, 10:39 pm

hehehhehhehee.........yg ni banyak cabang jadi.....nak panjang @ pendek
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : degree untuk jadi pengajar Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6763

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

degree untuk jadi pengajar Empty Re: degree untuk jadi pengajar

Post by ppfkkpa Tue 03 Aug 2010, 7:42 pm

Semua Degree yang related dgn sains di terima, sebab semua degree IPTA dan IPTS sama je dan di iktiraf oleh JPA, memang tak ada masaalah, yang penting mohon, pergi temuduga dan lepas tu dapat jawatan dan lapor diri, nak senang jadi guru je, kolej pun banyak, pengajar juga,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5611

Back to top Go down

degree untuk jadi pengajar Empty Re: degree untuk jadi pengajar

Post by nori Wed 02 Mar 2011, 5:44 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Selamat bertugas kepada semua PPF. Tahniah kerana telah berjaya meharungi segala dugaan dan cabaran sepanjang 53 tahun berkhidmat. Segalanya seperti bermimpi sahaja, dan waktu berlari amat pantas, rasa baru macam sehari sahaja bertugas sebagai PPF.

Banyak rungutan di terima dari semua PPF di seluruh negara, berkaitan keadaan tempat bertugas, kebajikan PPF dan segala macam persoalan yang membelengu diri PPF setiap hari.
Tetapi, yakinlah bahawa, itu adalah asam garam kehidupan sebagai PPF. Semasa belajar di kolej, segalanya nampak indah sahaja, tetapi pada hari pertama menjalankan tugas sebagai PPF, barulah tersingkap segala harta perbendaharaan keadaan PPF yang sebenarnya. Ramai PPF yang terkedu dengan keadaan tersebut, dan ramai juga yang tersenyum simpul. Ini adalah bergantung di manakah PPF tersebut bertugas. Jika bertugas di hospital lain problemnya dan jika di KK lain pula persoalannya.

Yakinlah semua PPF bahawa semasa menuntut di kolej itu adalah basik sahaja dan selepas bekerja segala kursus, ilmu, dll pengetahuan pos basik adalah perlu. Jika pergi kursus pos basik, dah tentu 6 bulan tak tengok pesakit dan ubat. Tu kan ke rilex nama nya. Tetapi apa yang perlu ialah semua PPF perlu menyesuaikan diri semula dengan keadaan tempat dan situasi tempat bertugas. Rakan-rakan juga telah bertambah.

Semasa perhubungan sesama PPF di dalam talipon talian tetap dan talian mudah alih, kerap kali berlaku kesilapan dalam menyebut beberapa huruf, kerana gangguan talian sama ada black out ataupun talian telah di curi orang. Masaalah ini amat ketara apabila menyebut huruf huruf abjad eg alamat e mel PPF, dan hasilnya alamat e mel yang di berikan tersalah hantar dan PPF yang menunggu seperti menanti buah yang tak gugur. Ianya tak kan sampai jika silap alamat.

Bagi membantu PPF mengatasi masaalah sebegini agar tidak terus berlaku, di sertakan disini sebutan antarabangsa bagi setiap abjad, Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, India, Juliet, Kilo, Lima, November, Oscar, Papa, Quebec, Romeo, Sierra, Tango, Uniform, Victor, Whiskey, X-Ray, Yankee, Zulu. Dan selepas ini diharap, tiada lagi PPF yang tersilap memberi alamat e meld an perhubungan sesame PPF dapat di eratkan.

Seperkara lagi ialah tentang perkiraan mathematic PPF yang tidak beberapa bagus, terutamanya kepada PPF senior. Dua persidangan PPF telah di adakan iaitu di Kelantan dan di Perak. Setiap persidangan memberi 20 point mycpd.moh.gov.my. Tetapi yang hadir pada persidangan tersebut hanyalah sebahagian kecil sahaja PPF di negeri berkenaan. Seribu alasan boleh di berikan dan semua alasan adalah di terima. Dan pada tahun 2011 ini akan ada 2 lagi persidangan PPF iaitu agm ppfm dan kesatuan. Jika PPF hadir kedua-duanya 40 mycpd point dalam tangan, dan ianya adalah mematuhi standard minimum mycpdpoint PPF iaitu 30 point.

Satu perkara penting yang harus di tanam dalam diri PPF iaitu ppfm dan kesatuan bukanlah satu organisasi yang akan menentang kepimpinan kerajaan, tetapi yang sebenarnya ialah ppfm dan kesatuan akan membantu kerajaan menjayakan program setiap penjawat awam menghadiri sebanyak 7 hari kursus setiap tahun. Kerajaan akan dapat jimat RM yang banyak dan RM tersebut boleh di gunakan bagi aktiviti lain demi kemajuan negara.

Seperkara lagi kepada PPF yang telah KUP32 tu, silalah menyumbang sedikit kepada perkembangan kerjaya dan peningkatan mutu perkhidmatan PPF keseluruhannya kerana selepas 15 tahun, kerajaan telah mengiktiraf jasa dan bakti PPF tersebut, tetapi banyak PPF yang KUP32 tu, dok macam masa-masa lalu sahaja. Menyepi dan menyendiri sahaja. Lepas kerja balik rumah, esok pergi kerja semula. Dan begitulah seterusnya. Dan jika PPF semua tidak mahu berubah dan mengikuti arus perdana, jadilah kita semua macam yang dulu-dulu.

Seperkara lagi jika semua PPF ingin maju dan terus kehadapan, biarlah IPTA/IPTS sahaja yang menjalankan program dip in pharm, dan KSKB harus tumpukan kursus pos basik sahaja. Ini adalah kerana semua IPTA/IPTS sudah mendapat pengiktirafan MQA Akreditasi Kem Pengajian Tinggi, dan rasanya KSKB belum lagi lulus MQA. Sebab di IPTA/IPTS ada aktiviti ko kurikulum, sedangkan di KSKB, rasanya masih tiada. Ko kurikulum di UITM adalah 2 kredit hour, dan semua pelajar tak kan dapat grad jika tak dapat 2 kredit hour tersebut. Kebaikannya jangan ceritalah, semasa ko kurikulum, semua student di ajar untuk menyelesaikan segala masaalah yang bakal mendatang. Lepas tu barulah semua PPF dapat sambung Bac in pharm sebab, semua IPTA/IPTS tersebut dah ada program Bac in pharm. Pasti mereka terima bekas pelajar mereka. Mungkin secara Wild Card, macam pemain tennis ATP tu.

Mesyuarat pengurusan PPF pada 8 Feb yang lalu, terdapat pembentangan perancangan aktiviti 2011, dan pada 5 Mac akan datang, ada mesyuarat susulan. Semua minit mesyuarat telah di faxkan kepada semua yang berkenaan. Sepatutnya semua PPF akan dapat sesalinan minit tersebut, tetapi jika tidak dapatkannya, tak dapat lah den nak menolong. Perubahan sikap PPF dalam perkara ini amat di perlukan.

Intan ada menganjurkan kursus pengendalian minit mesyuarat yang berkualiti, semua PPF boleh memohonnya, tetapi kena seminggu berkampung di Intan, dan pastinya ramai PPF yang berminat. Rujuk laman web Intan, sonang je.

Work load PPF di KK akan cuba di selesaikan dalam waktu yang terdekat dan secara drastik.
1. Tambah PPF di fasiliti berkenaan
2. Be smart, tempatkan student PPF di sana
3. Tempatkan PPK sepenuh masa di farmasi
4. Tempatkan PRA secara tetap, ataupun lantik PRA secara kontrak
5. Yang akhir sekali, tempatkan PF U41 di sana, kan PF ramai dah di negara ni.

Segala cadangan, pandangan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza.

Tamat : 2 Mac 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : degree untuk jadi pengajar Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5803

Back to top Go down

degree untuk jadi pengajar Empty Re: degree untuk jadi pengajar

Post by Hosni Mubarak Fri 11 Mar 2011, 1:40 am

Pengajar Pembantu Farmasi Gred U41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji:
P1T1 RM1999.19 - P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 - P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 - P3T24 RM5317.92

Syarat Lantikan:
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang berkaitan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika
berkenaan); dan
2. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Farmasi
adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Pengajar Pembantu Farmasi Gred U41 tertakluk kepada
kekosongan jawatan,
2. apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
3. mempunyai kelayakan di atas; dan (merujuk kepada Syarat Lantikan no 1 dan 2)
4. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:
1. Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi
2. Sarjana Muda (Kepujian) Kimia
3. Pharmaceutical Science
4. Evidence Based Practice
5. TCM
6. Degree in Pharmacy Technician
avatar
Hosni Mubarak
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : degree untuk jadi pengajar Kelant10
Jawatan : Pembatu Farmasi
Gender : Male
Jumlah Post : 25
Umur : 44
Tarikh Register : 19/02/2011
Reputation : 0
Points : 5068

Back to top Go down

degree untuk jadi pengajar Empty Re: degree untuk jadi pengajar

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum